Assalamualaikum dear readers,
kita dah berada di penghujung tahun 2013, dalam tahun 2013, banyak kenangan yang wani simpan kemas dalam memori wani, kenangan dengan kelas 5Bestari. ya Allah. sungguh wani rindukan rakan rakan sekelas wani. tahun nie ada tahun terakhir wani bersekolah di SMKDD1. 5 tahun wani bersekolah di situ. sememangnya banyak kenangan yang telah tercipta. ahhh. semua indah indah. disekolah jugak wani kenal kawan kawan wani. wani belajar erti persahabatan. kadang kadang wani rasa masa berlalu begitu pantas. tanpa sedar, wani sudah meningkat usia remaja. dan akan melangkah ke alam dewasa, alam pekerjaan. wani akan rindukan keadaan disekolah. betapa wani berharap masa bergerak dengan perlahan.
hari nie, hari jumaat, jumaat yang terakhir utk tahun 2013. tak sangka kan? dah nak masuk tahun baru dah. tahun 2014. wani harap tahun depan lebih baik dari tahun 2013. wani nak happy2. biarkan apa yang terjadi sepanjang tahun nie dijadikan teladan, pengajaran dan mematangkan kita. semua hanya tinggal kenangan. esok adalah masa depan. dan wani tak akan toleh kebelakang lagi. wani berazam utk menjadi seorang wanita yang berjaya, solehah dan berbakti pada agama, ibu bapa dan negara. tahun 2014. wani akan menyertai kem PLKN siri 11. harap banyak kenangan manis yg akan tercipta sepanjang kem itu berlangsung, dan sememangnya wani akan rindukan family dan rakan rakan wani. :)
harap korang jugak akan mencipta memori indah. btw. tak sangka blog nie dah 3 tahun wani gunakan. :)
sekian,
salam sayang
- wani -
Friday, December 27, 2013
JUMAAT TERAKHIR 2013
Posted by NORSHAFAWANI ELIAS at Friday, December 27, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment