BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, June 10, 2014

KENANGAN DI PLKN PHR :*

Assalamualaikum dear readers,

apa cer semua ? sihat ? yang sebaya wani yang pergi PLKN tu apa cer? okay tak kat kem masing2?
haaa. hope best je lah kat sana eh? okay, post kali nie. wani nak update pasal kenangan terindah wani kem PELANGI HILL RESORT, KERLING, HULU SELANGOR :* kumpulan 2 siri 11/2014.

hari pertama :

sesi melapor diri di dewan serbaguna. dorang check tinggi berat dan sebagainya.
okayyyyyy, first sekali, wani nak sarankan kepada rakan rakan yang bakal ke PLKN selepas ini. bawak baju biasa ala kadar je. untuk dipakai semasa tidur dan hari cuti (sabtu dan ahad) tu pun sabtu ahad, korang pakai baju biasa waktu nak turun g solat subuh je. sebab kat sana seharian korang kena pakai baju yang dorang dah sediakan. hahaaa. nyesal wani pakai bawak baju belambak2. sbb wani xtau pulak yg kita kena pakai baju yg dorang bagi tu sepanjang hari. ergghhhh. then benda benda yg perlu korang bawa akan diberitahu dalam sampul notis panggilan. :)

hari pertama kat sana, memang akkward gila sbb tak kenal siapa siapa kat sana. kalau ada budak satu sekolah pun. semua lelaki. seperti ayien. shafiq kalana, shahrul and apek, dan wani seorang je perempuan. bayangkan? xsyiok gila. tapi x syiok masa hari pertama je lah. mujurlah ada hamba Allah yg peramah nie dtg tegur wani, nama dia Murni, semurni orangnya. tapi wani panggil dia Mun ;) kat sana wani guna nama Shafa. sbb dorang kata nama wani x sesuai. hek eleh. makin lama nama wani nie makin hilang pulak sbb ramai yang panggil wani dengan nama Shafa. okaylah tu.

hari kedua :

kitaorang pergi ambil baju yang telah dorang sediakan. bapak banyakkkkk. baju celoreng 3 pasang, baju kelas 2 pasang, baju sukan dua pasang, inner celoreng dua pasang., stoking hitam, putih dan kelabu dua pasang setiap satu. kasut kelas, kasut sukan. spike boot, topi plkn, beret, tali pingggang medan, tali pinggang kelas. tuala dua helai, pengilat kasut dan berus. dan semua barang barang nie. korang boleh hantar ke dobi yg mereka telah sediakan. free je kot. apak syiokkk. hahaha.

hari seterus seterusnya :

korang akan lalui benda yang sama setiap hari, cuma pembelajaran sahaja yang berbeza. makan kat sana 6 kali sehari, pepandai lah korang kawal kalau xnak gemuk. wani sarankan makan keenam enam waktu nie tetapi dalam kuatiti yg sedikit. supper x digalakkan sbb dah malam sangat. minum air je. perbanyakkan air mineral. sbb kat sana. korang akan berpeluh je.
nak tahu jadual sepanjang hari wani disana?

5.00 pagi : bangun tidur.
5.45 pagi : solat subuh. *ikut waktu masing masing tempat*
6.30 pagi : berkumpul di padang kawad untuk lapor.
6.50 pagi : senaman pagi / bumi hijau.
7.30 pagi : sarapan pagi.
8.50 pagi : kuliah.
10.30 pagi : makan pagi.
11.00 pagi : kuliah.
12.30 tgh/hari : makan tengah hari.
1.20 ptg : solat zohor
2.30 ptg : pembelajaran
4.30 ptg : makan petang.
4.50 ptg : solat asar.
5.30 ptg : riadah.
6.30 ptg : makan malam
7.20 mlm : solat magrib.
7.50 mlm : kuliah magrib
8.36 mlm : solat isyak.
9.00 mlm : rocall.
10.30 mlm : makan tgh malam.
11.00 mlm : tidur / pipe down/ tiada pergerakan luar dorm kecuali ketandas.

moto kem : nampak langit jalan berkumpulan.

MEMORI TERCIPTA ...

Kat sana wani kenal dengan shahirah. huda, azera, farah. qama. alma, izzati, kim., madhu.aishah, adlin, saffa, carmen. yu jie, arisya. nisa, christina, surinder, aina, ekah lagi dua orang wani lupa nama. alahai.
dorang semua nie kwan satu dorm dengan wani. dorm kemboja. wani company Charlie sajaaaa. aummm . ! nombor indeks, CPKM06 (Y) wani takkan lupa kenangan wani dengan dorang semua nie. sentiasa ada bersama wani. suka katai wani sbb wani bawak teady bear, then wani pakaikan baju sidia kat bear tu and peluk teady bear tu tiap malam. hehehe. ambil bau :p dorang jealous lettew. kat sana. wani hari hari rindukan dia. kalaulah dia tau betapa seksanya wani disana menanggung rindu. hm. kengkadang wani menangis tanpa sbb.  wani xsedap hati. hmm. k lahh. dah penat menaip. nanti wani bagitau apa yang menarik kat PLKN. gentle syok. okaylah. bbye. Assalamualaikum :*

Monday, June 2, 2014

OH JEJAKA IDAMAN.

Assalamualaikum dear readers yg sangat wani rindui,

amuahhh muahh muahhhh :** nak bagi kiss sorang satu. hahahaa.
apa khabar semua? hope sihat selalu ;)
erm, wani? sihat alhamdulillah. balik dari PLKN nie bertambah sihat pulak wani. hohoh
nak tau pengalaman wani kat PLKN? haaaaa. tunggu post yg akan datang eh? byk sangat wani nak kongsi,
tapi sekarang. wani tak berapa nak larat nak menaip pepanjang. so harap bersabar lah ye?

okayy. post wani pada kali ini ialah mengenai ciri ciri jejaka idaman yang wani nak. ahahahaaa. haaa. sayang. take note. actually wani terima pasangan wani seadaanya. no doubt. tapi suka wani post mengenai ciri ciri lelaki idaman wani atas permintaan rakan rakan yg nak tau sangat apa ciri yang wani suka?

wani rasa kebanyakkan wanita diluar sana juga mahukan lelaki seperti wani nyatakan dibawah ::

1. taat pada perintah Allah.
2. berbuat baik terhadap orang tuanya.
3. tinggi.
4. ada rupa. biar tak kacak asalkan sedap mata memandang. ( tak kisah warna kulit. sawo matang paling ideal. )
5. bertanggungjawab.
6. mempunyai pekerjaan tetap dan mampu menyara kita. dan TAK BOROS. sbb lelaki nie kengkadang ada gak yg boros. ( bagi yg nak berkahwin )
7. rajin bekerja.
8. romantik dan macho. *ehem, bagi wani kan? lelaki yang pandai main gitar dan pandai memasak nie nampak sangat romantik dan macho. haishhh. :*
9, setia. PALING PENTING
10. boleh jaga kita sampai tua.