BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, December 31, 2013

POST TERAKHIR 2013

Assalamualaikum dear readers,

jadi, kita betul betul sudah di penghujung tahun 2013. hari nie 31.12.13. esok dah nak masuk tahun baru 2014. kenangan 2013 takkan wani lupakan. semua akan tersemat dalam memori wani. wani akan rindukan semua nie. :') so, esok. wani rancang nak sambut tahun baru kat the curve. tapi tak tahu laa mcm mna. hanya mampu merancang. ini post yang terakhir untuk tahun 2013 dan post yang ke - 300 sepanjang 3 tahun wani guna blog nie :*

sebenarnya tujuan wani buat post nie untuk memohon maaf dekat semua orang,
wani minta maaf kalau wani ada buat salah sepanjang kita kenal. ketahuilah bahawa wani tak pernah ada niat pun untuk sakitkan hati sesiapa. yapp. wani nie seorang yang cakap lepas, pedas lagi berapi. tapi wani hanya berterus terang. wani tak kesah apa yang dorang nak ckap pasal wani. sebab inilah diri wani yang sebenarnya. harap mereka boleh terima.

hmm, wani xada idea lah nk taip apa. hehe. yang wani tahu, lusa wani ada bbq ngan member member. member wani merangkap jiran wani nak gerak melaka dah. dia nak sambung blaja kat sana. nama dia Naifzuddin. tapi masalahnya, member baik wani iaitu Afif pun nak jumpa sebelum dia berangkat ke Pahang utk PLKN. arghh. gonna miss them. seriously. Naif akan gerak 5.1.2014, Afif pulak gerak 4.1.2014.
Haihhh dilema dilema. dua dua buat hari rabu. masa yang sama, tempat yang berbeza. haih haih haih.
hope wani sempat bahagikan masa :') insyaAllah.

okaylah. wani nak kena bobok luuu. sebab pukul 10pagi nanti nak teman naif ngan kakak dia beli barang bbq. hheee. tak sabaq doe nak melantak esok :* bbyee. Assalamualaikum.

salam sayang,
- wani -

Sunday, December 29, 2013

HARUS KUAT.

Assalamualaikum dear readers,

korang ~ wani demam. tsktsktsktsk T.T

hm, tak apalah. demam biasa je nie. nnti okaylah tu. :)
hm. korang. wani x taulah. betul ke tak tindakan wani nie. malam semalam wani ada cakap sesuatu yang menyinggung perasaan dia. dan wani pun sebenarnya berat hati nak menuturkan ayat tu. tapi wani terpaksa.
demi kebaikan dia. dan jugak wani.
terkadang wani rasa dia mcm bagi harapan kat wani. no no no. wani bukan perosak hubungan orang.
dan wani xnak jadi !
tapi kadang2 wani kalah dengan perasaan wani. wani nak benci dia. wani nak marah dia. wani xnak layan dia. tapi semua tu hilang bila wani bersembang dengan dia. dia pandai guna kelemahan wani. dia tahu yang wani susah nak marahkan orang. ya Allah. lemahnya wani :/
ya Allah, kuatkan hati wani. untuk melawan perasaan nie. wani xnak hanyut dengan perasaan cinta sementara nie. yup. wani masih cintakan dia. tapi dia cintakan orang lain. dia bukan milik wani lagi. wani dah lepaskan dia. jadi wani cuma perlukan ruang, bukan senang nak lupakan orang yang wani sayang. benda nie terjadi lagi. orang yang wani paling susah nak lupa adalah cinta pertama wani. Mohamad Hanif Bin Mohamad Solihin Ooi. bertahun jugak lah wani nak lupakan dia. Alhamdulillah. akhirnya wani boleh lupakan dia, dan teruskan hidup wani. tapi untuk kali kedua, hal ini terjadi lagi kepada cinta terakhir wani, i mean ex wani yang terakhir , iaitu Mohd Shahfizal M. Taufik. tapi wani yakin, wani boleh lupakan Shah mcm mana wani lupakan Anep. wani hanya perlu kuat dan tak ingat kenangan lama. wani cuma perlu jauhkan diri untuk seketika. atau mungkin bertahun. wani hanya mampu mendoakan kebahagian dan kejayaan dia, wani tak lemah, ya. wani tak lemah. wani harus kuat ! insyaAllah. doakan wani eh korang? :')

Saturday, December 28, 2013

KALI TERAKHIR

Assalamualaikum dear readers,

hmm, wani harap wani kuat untuk hadapi semua nie.
wani rasa, semalam akan menjadi pertemuan yang terakhir untuk wani dan dia.
wani tak berniat untuk putuskan silaturrahim. dia still kawan wani. always. wani tak akan lupakan dia.
cuma wani rasa itu lebih baik. wani tak nak menyusahkan dia lagi. wani nak dia bahagia dengan gf dia,
so wani ambil keputusan utk tak nak contact or layan contact dia. wani cuma nak dia bahagia tanpa wani.
wani tak penting. wani nak mulakan hidup baru. tanpa dia, wani nak hilangkan perasaan wani nie. :)
insyaAllah wani boleh. dah nak masuk tahun baru dah pun.

and awak, saya harap awak faham. please. Assalamualaikum. saya akan kotakan apa yang saya cakap malam semalam.

KENANGAN PANTAI REMIS

Assalamualaikum dear readers,

kemarin kan? wani and family pergi pantai remis kat kuala selangor,
best. sampai sampai je kan? kita orang terus menjala. woaaa. serius best. banyak ikan dapat. tapi kebanyakannya ikan dia kecil kecil je, tp yg kecil tu yg best. sedap. then dah dapat banyak ikan tu, kitaorang goreng kat situ jugak. perghhh. serius sedap. rangup. :* terliur pulak bila ingat balik kesedapan dia tu. hahaa. sedap dia lain mcm sebab fresh gila. yelah. tangkap sendiri kan? :P tolong jangan jeles.
hahaa. selain tu, kitaorang panggang ayam jugak. ayam tu beli laa. kalau ada ayam hidup tepi pantai, dah lama kitaorang tangkap then panggang. wahahahahaa.

lepas makan, wani turun lagi kat laut. time tu dah surut dah. kitaorang pergi cari kerang. wuishhh. best gilaaaa. yang tak bestnya kena redah selut yang busuk dan redah lautan serpihan kerang. adodoii. serius sakit. kaki wani sampai terbelah tau? naik darat baru rasa sakit yang teramat sangat. tp nasib calar calar je, xde pulak kaki wani berdarah walau terbelah dengan dalamnya :')

see the picture below. keadaan wani selepas meredah selut.


see? badan penuh dengan selut, bushukkk gilaa. uhuks. tgk wani pijak apa? lautan serpihan kerang, bayangkan, sakit woyyyy. tempat nie memang tak sesuai utk mandi manda. kitaorang je yang buat kerja gila nie. hahaa. apa pun, pengalaman cari kerang sendiri memang best. but ini first and last wani turun laut utk cari kerang :3


terfikirkan seseorang time nie. hmm

Friday, December 27, 2013

JUMAAT TERAKHIR 2013

Assalamualaikum dear readers,

kita dah berada di penghujung tahun 2013, dalam tahun 2013, banyak kenangan yang wani simpan kemas dalam memori wani, kenangan dengan kelas 5Bestari. ya Allah. sungguh wani rindukan rakan rakan sekelas wani. tahun nie ada tahun terakhir wani bersekolah di SMKDD1. 5 tahun wani bersekolah di situ. sememangnya banyak kenangan yang telah tercipta. ahhh. semua indah indah. disekolah jugak wani kenal kawan kawan wani. wani belajar erti persahabatan. kadang kadang wani rasa masa berlalu begitu pantas. tanpa sedar, wani sudah meningkat usia remaja. dan akan melangkah ke alam dewasa, alam pekerjaan. wani akan rindukan keadaan disekolah. betapa wani berharap masa bergerak dengan perlahan.

hari nie, hari jumaat, jumaat yang terakhir utk tahun 2013. tak sangka kan? dah nak masuk tahun baru dah. tahun 2014. wani harap tahun depan lebih baik dari tahun 2013. wani nak happy2. biarkan apa yang terjadi sepanjang tahun nie dijadikan teladan, pengajaran dan mematangkan kita. semua hanya tinggal kenangan. esok adalah masa depan. dan wani tak akan toleh kebelakang lagi. wani berazam utk menjadi seorang wanita yang berjaya, solehah dan berbakti pada agama, ibu bapa dan negara. tahun 2014. wani akan menyertai kem PLKN siri 11. harap banyak kenangan manis yg akan tercipta sepanjang kem itu berlangsung, dan sememangnya wani akan rindukan family dan rakan rakan wani. :)

harap korang jugak akan mencipta memori indah. btw. tak sangka blog nie dah 3 tahun wani gunakan. :)

sekian,
salam sayang
- wani -

Tuesday, December 24, 2013

WE MET AGAIN.

Assalamualaikum dear readers,

wani baru balik dari lepak ngan ex wani, ex yang mana? ex yang nie.


nie time kat taman desa riang. baru balik dari Mcd. hehee. muka wani mcm nk gaduh je. shah pulak buat muka xbersalah. nie gambar candid :'3



haaa. time nie nak hantar shah g bus stop. kesian, tak sampai hati nak suruh dia balik sengsorang.



hmm, sebenarnyakan korang. wani tak pernah benci dia, marah mungkin pernah. tapi tak lama. sekejap je. wani tak mampu nak marah lama lama. itulah kelemahan wani. wani senang maafkan orang. tapi wani tak kesah. wani x suka jadi pendendam. wani sayang dia. sayang sebagai kawan. walau apapun dia pernah ada dalam hati wani dlu. sama jugak dengan ex ex wani sebelum nie. wani tak pernah bencikan dorang. wani still anggap sebagai kawan wani. and wani xpernah bermasam muka dengan dorang. wani hanya mampu doakan kebahagian mereka. mungkin wani xmampu jadi yg terbaik dulu. tak apalah. sekarang pun wani xrasa nak bercinta lagi. rileks dlu, kalau ada jodoh ada laa. wani x kesah sebab, wani still ada family, kawan kawan, and korang semua. hehe. walaupun wani tak pernah jumpa korang. tapi wani merasa kehadiran korang, wani nak berterima kasih kpd korang sbb sudi membaca blog wani nie. mesti bosan kan? tapi korang x jemu jemu kunjung. thanks ;)

okaylah. gtg. Assalamualaikum :*

Sunday, December 22, 2013

KATERING ~

Assalamualaikum dear readers,

woaaaaa. penatnyaaaa. baru balik katering T.T serius penat nak mapuh, dua hari berturut2 katering. wani rasa wani boleh kurus oh cenggini. hahaa. yang paling best katering hari nie (ahad) gila tak best? best kottttt.
buat kat dewan. muzium shah alam. wuihh. lagi best bila ada TTM kat sana sekali. hehehe.
buat kerja pun semangat ;p actually wani dalam misi nk mengumpul duit nie :') nak keluar ~
hehe. nak beli baju ~ haih.. tapi cukup cukup utk wani je laa. xmampu nk belanja family lagi. baru kerja dua hari je kot. adalah dalam RM 100 lebih, tak sampai RM150 pun. uhuksss ~

Friday, December 20, 2013

TERIMA HAKIKAT.

Assalamualaikum dear readers,

salam subuh dan selamat pagi ;)

woahhh. awal pulak wani bangun pagi nie, maybe sebab semalam wani tidur awal kut. segar lagi mata. sbb tu berjaga je nie. bosan tak tau nak buat apa wani on lappy and online. hahaa. apa je yg wani boleh buat time online? bukannya ada orang layan wani pun. kalau ada pun, wani pulak malas nak layan. erk? ada pulak cenggitu. hahaa. kejam beno. bukan apa. cuma xtau nk tegur apa. so baik wani layan blog.

hmm., post kali nie mengenai menerima hakikat. menerima hakikat bahawa orang yang kita sayang dah tinggalkan kita dan berbahagia dengan orang lain, and wani redha dengan semua nie. maybe nie salah wani. senang terima orang.
alih alih, hati wani yang sakit. tapi wani tak pernah berdendam dengan dia. malah wani harap dia bahagia dengan pasangan dia. mungkin wani bukan yang terbaik untuk dia, dan wani mungkin boleh dapat yang lebih baik dari dia. thanks awak sebab bagi peluang kat saya untuk dapat orang yang boleh terima saya seadanya. harap awak bahagia. Allah boleh ampunkan hambanya, tetapi tak boleh nak ampunkan kesalahan sesama manusia. jadi saya maafkan awak sebab saya xnak awak rasa bersalah, dan saya harap awk maafkan saya jugak kalau kalau saya ada buat salah. selalu buat awak sakit hati. knp tak tunggu hari raya? ohh. xkan minta maaf waktu hari raya je ? siapa ajar?

semua hanya kenangan.

Thursday, December 19, 2013

HEART BROKEN :'/

Assalamualaikum dear readers,

hmm. huwaaaaaaa. :'( sobsobsob T.T

hahaha. wani tak nangislah. wani cuma rasa hati wani tengah banjir nie.
haha. sebab apa? sebab wani sukakan seseorang. tapi wani tak rasa wani boleh bersama dia.
ada orang suka dia jugak. wani xnak jadi penghalang.
walaupun dia wani nie tetap yg pertama, awek tu kedua. wani tetap tak rela. wuuu, xrela woy kena kongsi.
so, atas sebab itu wani tarik diri. huhu. wani xnak jadi penghalang, walaupun hati wani mcm dlm gambar kat bawah nie.

prankkkkk, kedebaboom. 






wani tetap dengan keputusan wani untuk undur diri. huhu. entahlah. sebenarnya wani tak berniat nak bercinta pun, tapi macam mana hati wani nie boleh terjatuh cinton plak doh. spoil betul. alih alih sendiri yg sakit. bukan sakit apa. sebab terpaksa menahan amukan rasa akibat cemburu. lagipun, buat apa wani cemburu. wani bukannya awek dia kan? tak patut tak patut ~ so jalan terbaik adalah menjauhkan diri daripada dia.
menjauhkan diri daripada orang yang menaruh harapan yang sememangnya wani tak akan bagi harapan kat dorang. maap ye? maap :/


aduh aduh aduh. sakit pulak hati kitaaaaa :'/




hmm. okaylah okaylah. malas nak feeling2. wani yakin boleh ;) wani kan kuat. :*

bbyeee,

salam sayang
- wani -


AKU PUNYA MANJA ;)

Assalamualaikum dear readers,

hehee, wazapppp? ohyaaa, adek-adek PMR. how result you guys? okay? hope lulus cemerlang elok lah noh? ;)

okayy. post wani kali nie ada mengenai MANJA. oh wait. apa itu MANJA? and apa beza manja dengan GEDIK? aigoo. manja tak apa lagi. kalau gedik? eii, geli mak.
apa yang wani nak sampaikan kat sini ialah. mengenai perbezaan manja dengan gedik, actually wani pun xtahu apa itu gedik dahulu. and wani pernah tanya kat ex wani. hahaha. dan dia pun dengan senang hati menjawab. perghh. lepas tu dengan sesedap hati secukup rasa dia je nak mengutuk kaum hawa ye?
kwasam betul. hahaa.
disitu dia nyatakan, manja dan gedik nie. beza sangat sangat. manja adalah sesuatu perbuatan yg keanak anakkan tapi tak keterlaluan dan membuat orang senang dengan sikap kita. nampak comel je. manakala, gedik pulak, manja yang keterlaluan lah pulak. suara tu plastik sungguh kalau bersembang. erghh. ehh. tu ex wani laa yg cakap. hahaa

and nak tau? wani anti gila dengan perkataan 'gedik'.
sebab tu wani ganas. actually bukan ganas senanya. cuma kasar. wani tak berlembut dengan lelaki,
bahasa yang wani gunakan pun kasar, tapi bergantung jugak lah pada individu tu. kalau dia jenis yg gentleman. wani lembut ah ngan dia. tp kalau dengan orang yg kuat mencarut pe semua. memang harsh word la wani pakai dengan dorang. tapi xdelah tahap mencarut dengan dorang. adab sebagai seorang wanita kena jaga jugak kan? and wani cuma manja dengan orang yang wani sayang je ;)
bak lagu 150 Juta.

'aku punya manja, kau saja boleh rasa. rahsia kita berdua ;)'


okaylah. nk layan twitter and fb plak. daaa.
ohhyaaa. kalau senang. follow lah wani on twitter and addlah wani difacebook ;)

twitter : NorshafawaniE_
facebook : Norshafawani Elias
Instagram : Norshafawani

thanks. and Assalamualaikum.

salam sayang

- wani -

Wednesday, December 18, 2013

TAK ADA LIFE !

Assalamualaikum dear readers,

hai korang. apa cerita hari nie? ada baik? in shaa Allah. hope baik baik ajelah ye? ;)
hehehe. kalau ada yang sakit, meh sini jumpa wani. wani bagi penawar. nama wani kan shafawani, shafa mean penawar. wani boleh sembuhkan orang. aicehh. iye iye je ;)

haaa. apa eh yg wani nak cerita? boleh pulak terlupa. aigo aigo.
haaaa. dah ingat balik. haih lima minit pikir apa yg wani nak taip tadi. hahaa. act wani nak cerita yang cuti kali nie terasa sangat la bosan yang teramat sangat. arghhh. serius tak ada life. nak kerja, tapi nnt nk dpt PLKN, so~ terpaksalah pendam dulu niat nak bekerja, lepas keluar PLKN baru kerja kot. hehee.
rutin harian wani sekarang nie mcm nie laaa. bangun je tidur novel, tak novel, laptop, tak laptop, handset. layan wechat and whatsapp. begitulah hari2. kadang2 kalau rajin, keluar jumpa dengan kengkawan.
tak keluar bercuti pun. tak apa. wani faham bulan nie abah banyak nak guna duit. it okay with me. ;)
wani bukannya kesah pun kalau x keluar jalan. tahun depan masih ada kan?
ohhyaaa, sedar x sedar lagi berapa minggu je nak masuk tahun 2014 kan? tak sabar pulak. hehe.
hope tahun depan lebih baik daripada tahun nie. oh and tak lupa jugak, goodluck utk budak PMR esok. nak ambil result kan? jangan tension2 okay? doa. and tawakal. hope korang dapat keputusan yg cemerlang, amin. kalahkan akk eh? akk dlu cuma dapat 4A 3B 1C je. SPM nie tak tahu lah mcm mna. doakan untuk wani okay? hope dapat keputusan yg okay jugak :') wani xnak menaruh harapan yg tinggi. at least kalau boleh, harap result lepas utk masuk Uni nanti. in shaa Allah. btw. imagine time SPM hari tu, boleh plak wani tidur waktu exam BM. PERGHHHHH ! nasib baik dah habis jawab. hahaha. setengah jam pulak wani tidur. member kiri kanan semua cakap, rileks gila kau wani. haa. adek adek. jangan tiru perangai akk okay? tak elok. akk tidur pun sebenarnya bukannya sbb apa. akk takut kalau akk berjaga, then akk tgk balik paper, akk xconfident then akk tukar jawapan. selalunya jawapan pertama tu la yang betul, so be confident okay? good. okaylah. gtg. ada kerja. apa pun rileks je okay? dimulakan dengan bismilah. sebelum tgh result tu bismillah banyak2. baca ayat kursi sekali kalau boleh. ayat seribu dinar ke kan? penerang hati jangan lupa. malam nie buat solat hajat okay? esok pagi, tawakal aje. keluar rumah, langkah kaki kanan. salam mak ayah. minta restu.

bbyeeee.

salam sayang
- wani -

Sunday, December 15, 2013

WHY I CHOOSE TO STAY SINGLE?

Assalamualaikum dear readers,

hmm, okayy kayy kayy. now wani dalam dilema okay? entahlah, susah nk keluar dari dilema nie,
hmm, apa masalahnya? hmm hmm hmm, haihh. mcm tak sesuai je cerita kat sini, cuma wani nak dorang tau kenapa wani xboleh terima dorang. wani nak single. dengan single, wani tak sakitkan hati sesiapa.
wani bukan milik sesiapa kecuali milik Allah dan selagi wani belum berkahwin, wani milik ibu bapa wani.
wani tak nak couple sebab wani belum pandai utk jaga hati orang. wani tak suka kena kongkong.
wani nak bebas buat apa yg wani nak. wani nak bebas berkawan dengan sesiapa saja yg wani nak.
wani xnak itu xboleh ini tak boleh. jangan kawan itu jangan kawan ini. jealous tak tentu pasal. wani rimas.
and wani rasa sekarang nie bukan masa yg sesuai untuk wani bercinta. wani dah merasa apa itu 'Cinta Monyet' iaitu cinta zaman sekolah, and now.. wani bukan budak sekolah lagi. wani kena matang dalam buat keputusan. kalau dulu. couple putus couple putus. now.. wani takkan semudah itu terima orang.
orang yg betul betul nak wani kena sabar menunggu. wani tak akan halang kalau dorang nk berhenti sayang and care pasal wani, sebab itu hak perasaan masing2. wani hanya mampu balas sebagai seorang kawan.
wani menyenangi dorang, tapi setakat itu je. wani xmampu nak bagi lebih. masih belum ada yg boleh buat wani menggigil dan berdebar bila bertentang mata. woah woahh. ayat hiperbola habis. hahaha
yang pasti memang ini sebab dia kenapa wani nak single. hope dorang faham. dan dorang kena tahu yg wani sayangkan dorang. sebagai kawan. tipulah kalau wani kata wani x sedih kalau terpaksa kehilangan dorang. dan wani berharap dorang akan stay sebagai kawan. wani juga x boleh nak ramal perasaan wani. bila bila masa je perasaan sayang kepada kawan ini boleh menjadi cinta. so, wani tak akan menolak kalau suatu hari nanti ada salah satu diantara dorang adalah jodoh wani. siapa wani nak tolak takdir kan? sekarang nie wani berserah je.
tak nak fikir sangat masalah cinta nie. disebabkan cinta, wani berubah. disebabkan cinta, wani jadi matang, disebabkan cinta, wani kena lebih berhati hati sebelum beri hati wani kepada seseorang. hati wani dah lelah sebab selalu dipermainkan. selalu sangat hati ini diberi kepada orang yang salah. penat. serius penat. so jangan salahkan wani bila wani jadi macam nie. dorang boleh nampak wani happy. mcm xada masalah. tapi dorang xtau apa yg ada dalam hati wani. wani malas nak bercerita. sebab xnak bagi dorang risau, kusut atau letih dengar masalah wani yang tak habis habis dengan cinta. sekarang masanya wani tumpu pada my future study, nak study kat mana, nak ambil course apa. mcm mcm wani nak kena fikir. :)


so itu sahaja yang wani nak post kali nie. esok lusa kalau wani ada new story, wani update k? ;)


salam sayang,
-wani-

THE BEST CATERING EVER :*

Assalamualaikum dear readers,

heyy korang. jeng jeng jeng. wani ada new update nie. hehee. *sengeh*
semalam kan? time kateringkan? err. mcm mana wani nak cerita eh? adoihhh.
haa. wani cerita dari awal wani sampai kat RJ eh?

first. kitaorang akan bertolak ke sungai buloh untuk ambil makanan. kemudian, 2 van lagi muncul.
ohh. wani lupa nak cerita wani under katering mana. wani dengan katering mahligai. memang best.
so hari tu (semalam) ada 3 event. so seramai 42 orang dibahagi kepada 3 van.
kawan kawan yg wani kenal yg ada sekali ngan wani ialah lelep, alis, dasyira, boyot, bear, dekda, myra, ryn, botak, iftikhar  and nasrul.

so, tempat kitaorang dekat melawati, jauh jugak ahh. dengan sesatnya, hahaaih. nasib nasib,
then sampai je kat sana, terus buat kerja mcm biasa lah, tapi apa yang lainnya. kali nie wani serve pengantin. perghhh. nervous gak ah. sbb first time kot. hehee. tp lelep banyak ajar lah. hehee.
alarhhh. wani xtau ah nk cerita camne. wani bagi gambar je laa. biar gambar ceritakan semuanya ;)







jyeahhh. memang happy lah katering kali nie. sebab dorang memang sporting habis :* gentle . lagi lagi org tu :*

Saturday, December 14, 2013

I'M BACK

Assalamualaikum dear readers,

hello bloggers yg wani rindui selalu. arghhh. rindunya kat korang. hehe whatzup?
lama wani tak bukak blog nie. nasib baik wani still ingat email and pass. hehe
btw. sekarang dah bulan december. and you know what? tahun nie tahun terakhir wani bergelar pelajar.
dan sekarang. wani dah jadi lepasan SPM :')
arghhh. gonna miss my classmate and school friends. arghhh. serius wani akan rindukan dorang.
hmm. hope dorang xlupakan wani :')
so, apa plan eh? plan wani, nak lek lek luuu. lepak dulu. tahun depan nak masuk PLKN. wani dpt panggilan ke 2 atau 3. tapi wani ada buat permohonan pertukaran panggilan 1. hope dapat. hehee. nnti keluar PLKN terus dapat result and boleh sambung blajar :)
new update? about boyfriend? naaaaa, i don't have a boyfriend. haha. still single meyhh.
belum jumpa orang yg boleh buat rama rama dalam perut wani menggelupur kegigilan. hahaa. ayat tak nak kalah kan?
tapi wani tak akan menolak kalau ada orang nak berkawan dengan wani. cuma wani tak nak terlalu cepat menerima. pengalaman membuat wani utk lebih berhati hati ;)
tahun depan, 2014. umur wani akan jadi 18 tahun. wuuuu ~ dah tua :3 hahahaa. haihhh.
tak sabar nak masuk tahun baru :***

ehh korang. wani nak kena gerak luu. esok ada katering. pape nanti wani update lg kay? :)
btw, glad can being with you all.

salam sayang,
- wani -