BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, February 26, 2014

WA SAYANG LU :*

sebulan.. genap sebulan..
wani sayang dia. wani nak dia jadi yang terakhir. insyaAllah. :*
baru sebulan? hehe. ek eleh. biarlah :p insyaAllah sebulan, 5 bulan. 1tahun. 10 tahun. 25 tahun. 50 tahun dan sampai syurga wani dengan dia ;) insyaAllah.

YOU ARE MY WORLD :*

Assalamualaikum dear readers,

post kali nie wani nak bagitau kat korang, yang wani sayang sayang dekat wanita ini. she is a great woman. :*
and she is my mom. i do love her. i love her more than i love myself.
she is the number one for me.



tadi, sebelum wani start tolong ibu kat dapur, wani sempat pasang lagu kat youtube, bertajuk "Number One For Me - Maher Zein. and i said ' this song is for you my love' :*
tetiba wani nampak mata ibu bergenang. hmm. why dear? :') then ibu cerita, pasal mcm mana susahnya nak lahirkan wani dlu. ibu kata ibu ingat ibu akan pergi lepas lahirkan wani. no no. do say that :'/ ibu kata wani dah cukup bulan, tapi x keluar keluar lagi. ibu takut wani mati dalam kandungan, so ibu kata kat doktor, ibu nak lahirkan wani jugak. maksudnya, paksa utk keluarkan wani. hmm. doktor bagi ibu ubat. hmm. doktor kata wani mati dalam perut. ibu tak percaya, sbb ibu dapat rsakan wani masih hidup, ibu suruh doktor check sekali lagi and doktor sahkan wani masih hidup. heyy. doktor nie -.-
masa ibu cerita sambil menahan sebak, wani peluk ibu dari belakang dan cium pipi ibu. 'thanks ibu' akak tak mampu nak cakap apa. pengorbanan ibu besar buat akk. i'm sorry for take a granted of you. i'm sorry because always making trouble to you. akk selalu susahkan ibu. hmm. only God know how much you mean to me, :') ya Allah. berikan aku peluang utk berbakti pada ibu dan abah, semoga Norshafawani binti Elias mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM 2013.  dan dapat melanjutkan pelajaran yang lebih tinggi. amin. wani nak kerja dan bantu ibu abah. ya Allah, wani tak nak jadi anak yang lupa diri. wani nak jadi anak yang soleh dan selalu berbakti utk orang tua wani, dan jadilah wani hambaMu yang taat dengan perintahMu serta menjauhi laranganMu, berikan wani jodoh yang baik baik, dan mampu membimbing wani ke jalanMu. wani tak minta sebaik ustaz. wani hanya minta jodoh yang boleh menyayangi wani seperti wani menyayangi dia. boleh menjaga wani seperti abah menjaga ibu, boleh menjadi bapa yang bertanggungjawab kepada anak anak wani. ya Allah, wani sayangkan Aliff Aiman, wani ingin dia menjadi yang halal utk wani, tapi jika nama dia bukan ditakdirkan utk wani di lohmahfuz, berikan dia wanita yang lebih baik daripada wani. dan semoga dia berjaya dalam hidup dia. :')

Wednesday, February 19, 2014

MACAM KEJAM JE? MACAM JAHAT JE? NAKAL DIA NIE ~

Assalamualaikum dear readers,

uhuksss. okayy. post for today is about kejadian kat tempat wani kerja. pagi tadi punya cerita. haiyoo.
terasa kejam, jahat pulak wani nie. uhuksss.

alkisahnya cenggini. wani pergi tandas,.... apa? asyik asyik citer pasal tandas? hahaa. kan? tak habis habis dengan tandas. mcm xde tempat lain je kan? post sebelum nie pun kat tandas jugak. haiyooo.
dah dah dah. wani nak cerita nie. diam dulu.

cerita dia bermula bila wani tengok bebudak nie seronok sangat main kejar kejar dlm tandas, tau ah tandas tu besar. tapi kalau tergelincir acano? plus bising pulak tu. haih. then, tetiba ada idea nakal muncul dalam otakk. tinggggggg *tanduk sudah keluar.* hahhaaa. wani sembunyi belakang pintu bilik air, then buat suara mengilai. berlari lintang pukang dorang keluar dari situ, hahahaa. okay stop sampai situ.

lepas tu, time wani tengah berniaga. ada sorang budak perempuan nie datang kat tempat wani,
dia tanya, "akak, tadi akak ada g tandas tak?" then wani pun jawab ah "ada, kenapa?"
then dia tanya lagi "akak ada dengar suara pelik tak? suara hantu?" wani pun balas " ada, ada.. uish seram"
adek tu kata " tu akak yang buat kan?" wani pun serbasalah nak jawab, karang kalau wani tipu, dorang takut pulak nak masuk tandas tu. then wani pun mengaku " a ahh, akk yang buat, akk saje je bergurau. hehehe"
tetiba adek tu merengek sambil berkata "alarh akak nieeee, buat orang nak menangis je :'(" dan itu budak mula menangis, adoihhhh. serbasalah dibuatnya, wani bergurau je, takkan takut sangat kut? alahai. maknanya suara wani sebijik macam hantu lah eh? hahahaa. aduh jahatnya wani buat bdak menangis tanpa niat. adohai. maaf ye dek? akk bergurau je. habis lah wani, jadi akak kantin most wanted kat situ., hoho. xpelah. kalau wani jumpa adek tu, wani minta maaf kat dia lagi, act kat semua budak yang lari lintang pukang tu lah. ish ish. kesian ~

Monday, February 17, 2014

FLIRT WITH HIM, I KILL YOU.

Assalamualaikum dear readers,

wani pernah janjikan yang wani nak kenalkan insan yang mendapat tempat dalam hati wani kan?
okayy, hari nie wani nak tunaikan janji wani, siapakah gerangan Mr. DoubleA wani tu ;)

inilah orangnyaaaa. heyy, tengok sekali pandang je tau? jangan tengok lama lama, nanti wani jealous. hahaa
joke. korang boleh pandang je. tapi dia wani punya ;p hey hey. nampak tajuk tu? flirt with him, i kill you. hahaa.



Aliff Aiman aka Lelep aka Mr. Dragon aka Cinta :*

apa yang wani suka tentang dia ialah, dia nie comel sebenarnya, hahaa. lesung pipit dia tu yang xleh tahan tu. cair bakk hang :'3 perangai dia, penyayang, ada sifat pelindung, tapi dia nie degil tau ! geram ! kengkadang rasa nak tumbuk je. hahaa. kenapa wani cakap dia penyayang? sbb hari tu wani pernah tgk dia dengan budak budak. ade budak comel tu datang kat dia. dia senyum kat budak tu sambil hulur tangan, budak tu sambut tangan dia then dia bawak g kat mak ayah budak tu, wani tengok je dari jauh. dalam hati wani mcm dah lemah iman. hahaa. kuatkan wani kuatkan. sweet sangat :*

btw dalam banyak banyak gambar, wani paling suka gambar dia yang nie, nampak handsome, cute and banyak lagi, senang citer wani suka gambar dia berbaju melayu. caiyak bak hang. hahaa

tapi, ada banyak benda yang mengusutkan kepala otak wani, wani cuma nak dia tau yang wani sayang dia, sayang sangat sangat, andai ditakdirkan jodoh wani dengan dia, wani harap Allah satukan dan tetapkan hati kami. tapi, andai dia bukan jodoh wani, wani tetap mendoakan dia. mendoakan dia agar dapat pengganti yang lebih baik daripada wani. dan semoga dia dapat mencapai cita cita dia :') sayang, better awak jadi Chef. menjamin masa depan :)

je't aime Mohd Aliff Aiman bin Abdul Aziz :* I Love You For No Reason

'TERPERANGKAP'

Assalamualaikum dear readers,
 heyy heyy, whatsupp? hehee, lama tak dengar cerita kan? well? wani kan wanita ber'kerja'ya. hoho. busy. tak sempat nak update update bagai nie. hoho. keyekkk je ayat. hahaa.

okayy, tajuk post utk hari nie ialah, "TERPERANGKAP"

apa yang terperangkapnya?
okayy macam nie. bagi wani benda ini boleh dikategorikan sebagai cerita yang agak melucukan dan mencemaskan. agaklah jugak ~

kejadian nie terjadi kat tempat kerja wani, haiyoo. wani terperangkap dalam tandas senanya.
mcm nie ceritanya. tapi wani singkatkan je lah eh? xkan wani nak bagitau apa yang wani buat dlm tandas tu. tak senyonyoh namanya, hahahaaa.

selalunya wani guna tandas tu okay je., entah kenapa hari nie kunci dia cari pasal pulak dengan wani. haih.
dahlah wani sengsorang je kat dalam tu. bila otak wani memproses perkataan 'TERKUNCI" "PINTU TAK BOLEH BUKA" perkara pertama yang wani cuba buat ialah "RILEKS". rileks wani, wani rileks, tarik nafas, hembus, tarik, hembus, fuhh. okay dah rileks. dah rileks. wani cuba praktikkan balik kepakaran wani masa wani darjah 4 dulu., masa darjah 4 wani power dalam bab bab memanjat dinding nie. sebab tu wani pernah dapat gelaran "CICAKGIRL" daripada Hemavathi, sesedap hati dia je tukar nama wani yang sedap lama manis nie. haih. hahaa. lupakan. so, wani campak selipar wani keluar then wani pun berdiri atas tempat duduk tu, seterusnya cuba memanjat. tapi tak berjaya. dinding dia tinggi sangat, wani xsampai. dengan keadaan berat wani yang agak 'ringan' nie. lagi menyukarkan aktiviti memanjat. hmm, lepas puas memanjat dan puas mencalarkan lengan dengan dinding, wani give up utk memanjat. jalan terakhir yg wani buat ialah, buat 'Hi, Please Call Me Back' kat ibu and Ekah.

haihh. seboleh bolehnya wani xnak susahkan sesiapa. tapi apa boleh buat, nak panjat dinding xboleh. terpaksalah minta bantuan member. nasib baik Ekah call. then wani pun bagilah tau apa yg jadi kat wani nie. wani minta tolong Ekah sambil tergelak gelak. sempat pulak? dia pun gelak sama. eh eh. orang terperangkap, dia boleh pulak gelak gelak. wani gelak tak apa, tu cara utk menutup keresahan dihati. aicehhhh. ayat xnak kalah. hahaa
tapi kelakar jugak ah. elok elok wani letak fone, wani dengar ada orang masuk, dengar suara perlahannya, wani cakap. 'Tolong, saya terkunci' sambil ketuk pintu. haihh. suara Ustazah pulak kedengaran "siapa kat dalam?"

sekali wani dengar suara Ekah, dengan ibu. yang wani terharunya Ekah boleh pulak buat cubaan merempuh pintu. hahahaa. lawak siaaaaa. btw thanks honey sbb cuba selamatkan aku walaupun xjadi. aku hargai :*
kemuncak ceritanya, ibu dan ustazah pergi meminta tolong kat Ustaz Nasir. setelah beberapa kali mencuba, akhirnya pintu dapat dibuka. Alhamdulillah. terima kasih kat Ustaz Nasir, ibu, Ekah and ustazah. dan terima kasih jugak kat handfone wa. muah muah muahhhh. hehe. tamat. itu je ceritanya. moral of the story, sentiasa bawa handfone anda kemana jua. hahahaa. :p bbyeeeee.



salam sayang.
- wani -

Sunday, February 2, 2014

NEVER GETTING BACK.

Assalamualaikum dear readers,

heyy dah lama wani tak update post kan:? hahaa. i miss you guys too :*
apa cer sekarang? wani busy dengan kerja lah sementara tunggu result SPM.
btw kali nie wani nak post about never getting back with ex.

pesanan buat my love, sebesar mana kita bergaduh, please, don't let me go, melainkan awak rasa kita betul2 dah x serasi, because once you say that, you will enable to take it back. and i will never getting back . because if he really love me, he will never be my ex. btw, i love you sayang. i will never let you go ;)

Saturday, January 18, 2014

THE MEMORIABLE DAY :*

Assalamualaikum dear readers,

hari nie wani happy sangat. serius tak tipu. ehemm.
emm, camne nak citer eh? hahaa. ya Allah. hanya Allah je yang tau perasaan wani sekarang nie.
I LOVE HIM ! yes yes, I DO LOVE HIM :*

hari nie dia buat wani terharu dan suprise gila babeng. hahaa
wani dapat dua benda daripada si dia :*
what is that? hmm, should i tell you guys? okay2. curious nak tahu?
haha. okayyy, wani dapat cincin and wallet dari si dia. arghhhhhhhhhh *menjerit*
hahaa. serius terkejut gila. yelahh. mana tak terkejutnya, dia bagi wallet, tapi bagi sorok2.
alkisahnya cenggini. kan wani katering sekali dengan dia, then dia nak tolong bawakkan beg wani,
aihh. tak pernah pernah nie? hahaa. mula mula wani xbg dia bawak. tapi dah muka dia bersungguh2 nak bawakkan. wani pun bagi je lah tanpa rasa curiga. ahaks. okayy stop disitu,
nak dijadikan cerita. time wani sampai je rumah, wani nak cari dompet wani dalam beg, last sekali wani ternampak dompet comel yang bergambar PARIS itu ada kat dalam beg wani. haih. wani mula lah rasa cuak. wani ingat ada orang nak kenakan wani. bila masa pulak wani ambil dompet tu kan? tetiba je ada kat dalam beg wani tu. haih. then wani pun tanya syuhada, dia kata dompet tu bukan dia punya. hmm, buntu wani memikirkan siapakah gerangan pemilik dompet comel itu. wani pun bukak lah dompet tu. bukak2, ada name tag si dia dalam dompet tu. ehem. wani pun. errrr. hehee. terkedu lah. biar betul, si dia pakai beg perempuan? hahaa. pastu syu kata , bengonglah kau nie wani, dia bagi kau lah tu ! wani pun dengan lurusnya mengangguk, berapa saat kemudian, wani pandang syu and menjerit! biar betol doeeeee ! hahahaaa. lambatnya wani nk pick up. rupa rupanya dia letak waktu wani bagi beg tu kat dia, and wani baru sedar waktu dah sampai rumah. hahaha. hmm. apa pun wani terharu gila, serius. thanks sayang :'*you make my day wonderful, my prince.

okayy yang pasal cincin tu plak. ermmm. yang pasal cincin nie. nanti wani gtau k? to be continue :*

Thursday, January 16, 2014

I HAVE A DREAM ;*

Assalamualaikum dear readers,

ehemm, tajuk untuk post wani kali nie adalah, I HAVE A DREAM, yeahh. i have a dream,
wani selalu impikan nie semenjak zaman sekolah lagi. aicehh. cakap mcm dah lama habis sekolah je kan?
ahakss.
actually, apa yang wani nak nie bukan lah keterlaluan bagi wani. tapi sesuatu yang romantik pada pandangan wani, dan wani tak akan lupakan moment tu kalau hal nie terjadi pada wani,



wani impikan, seseorang yang wani sayangi dan cintai, belikan wani cincin, ehemm, like cincin couple lah. wani xkesah pun cincin mcm mna asalkan cincin couple ;) hehe. amboi gatai noh? yelah, nak kahwin lambat lagi :p
wani pernah mimpi tau? prince wani tu, datang kat wani, masa wani tgh sembang ngan member2,
sekali dia purpose wani depan semua member2 wani. auwww. so sweet doe mimpi tu. rasa xnak bangun je.
muka lelaki tu x jelas, haih. kalau lah wani nampak dengan jelas kan best. hahaa. boleh tau siapakah gerangan. hmm, kan best kalau mimpi jadi kenyataan. tapi, hanya mimpi je laaa. but it okaylah. wani tau benda tu xkan jadi kenyataan.

ABOUT HIM.

ohyaa, wani ada ceritakan yang pasal 'Prince wani a.k.a Capital AA tu kan?' hmm,
okayy biar wani cerita mcm mna wani blh kenal dia nie eh?
cerita bermula apabila time wani dan jiran depan rumah wani tu main badminton kat taman, jiran wani tu ajak si dia and seorang lagi member dia dtg DR. dari situlah wani jumpa si dia. tapi xberborak pun. wani xpernah jumpa dia pun sepanjang 10 tahun tinggal kat damai dan 5 tahun wani bersekolah kat SMKDD1. maybe xada jodoh nk jumpa sekolah., jadi Allah temukan wani dan dia dalam situasi yang berbeza. dekat tapi jauh. kitaorang satu kawasan tapi xpernah bersua. yang paling tak sangka. si dia, member dengan bestfriend wani. aish. tapi pertemuan demi pertemuan antara kami buat kitaorang makin rapat. bberapa hari selepas hari wani main badminton tu, wani dapat khabar yg si dia and member dia accident, dia tak parah, tapi member dia parah. si dagu a.k.a Romeo. kesian jugaklah kat diaorang, dengar je dorang accident, wani ajak ibu wani pergi hospital, nak melawat dorang. wani pun xtahu kenapa wani nak pergi. yang wani tahu wani risau. padahal wani x berapa kenal pun dorang, tapi maybe sbb wani kenal dorang sebelum dorang accident, membuatkan wani rasa nak pergi jenguk dorang. dan start daripada hari tu, wani dengan dorang makin rapat. tambahan pulak wani mula rapat dengan jiran wani, dan sahabat baik kepada dorang. makin lama kitaorang makin rapat. dan wani mula ermm .. mula sukakan si dia. setiap kejadian yang berlaku nie buat wani terfikir, ada hikmahnya, kejadian demi kejadian terlayar dalam minda, kejadian jiran wani tumbuk cermin sbb putus dengan ex gf dia, kejadian wani marah dia padahal wani xkenal pun dia. wani marah sbb dia dah buat mak dia risau, mak dia tu kawan kepada mak wani. wani kenal mak dia. bagi pandangan wani, tindakan dia xmatang. sbb tu wani marah dia. dari situ wani mula rapat dengan dia. kemudian pertemuan di taman dengan kawan kawan dia, iaitu si dia dan Romeo. kejadian si dia dan Romeo accident, sampailah kitaorang katering bersama. pertemuan demi pertemuan berlaku. betul lah, pertemuan dan perpisahan itu rahsia Allah. semua dah ditentukan oleh Allah. Allah dah atur. :)

Wednesday, January 15, 2014

Be My Prince?

Assalamualaikum dear readers,

hmm, heii korang. lama x update kan? hehe. sorry. wani makin busy sekarang. :')
hari nie wani nak update pasal seseorang.
err. nama? secret. Capital AA. hehe. erm. wani.. err, aduhh. blushing plak.
tak jadi ah cakap. hmm. if he know my feeling :') hmm :/ nantilah wani cerita pasal si dia nie k?
to be continue :*

Saturday, January 11, 2014

TARGET BULAN JANUARI :*

Assalamualaikum dear readers, hehee, ehh korang, wani kan ada target bulan nie.
apa targetnya? hehehee. targetnya ialah... jeng jeng jeng ~ ehh. bukan jeng jeng jeng tu target wani. itu bunyi lahhh. target sebenarnya ialah wani nak beli handfone samsung galaxy s2. huhuhuuu. hope cukup duit. dapat gaji terus nak beli ;)
muahhhh. insyaAllah .. akhir bulan nanti ;)


Friday, January 10, 2014

UNTITTLE

Assalamualaikum dear readers,


hehe, hari nie xada tajuk khas, sebab wani nak bercerita secara random yang terlintas kat kepala otak wani,
okay cerita pertama ialah pasal nak sambung belajar. hmm, wani dalam dilema, 
kawan kawan kata 21 ke 24 haribulan ke entah dah boleh beli nombor UPU. nombor UPU tu untuk sambung belajar. hmm, wani tak tahu lah sama ada nak beli ke tidak. actually kan korang, wani dalam dilema sama ada nak sambung belajar atau kerja saje. entahlah. wani rasa mcm kalau sambung belajar, takut membazir duit ibu abah wani je, lagipun wani dah ada kerja sekarang. wani xtahu mcm mana masa depan wani . wani takut wani sambung belajar, tetap jugak kena duduk kat dapur. entahlah. mungkin fikiran wani nie kolot. sbb perempuan zaman sekarang nie pun semua dah bekerjaya. buntu wani nak fikirkan semua nie.
apapun, wani kena buat pilihan bijak. wani nak tengok result dulu camne. hope okaylah kan? tapi wani serius, kalau wani x dpt masuk U. wani xnak sambung belajar, wani xnak susahkan ibu abah wani. lagipun wani perempuan, ke dapur jugak nanti.
hmm, PLKN pulak nanti, entah mcm mna la kan nanti? tak sabar pulak rasanya . hehehe. 

Wednesday, January 8, 2014

KERJA ;)

Assalamualaikum dear readers,

hehe. apa khabar korang semua? haa. da tiga hari wani x update blog kan? rindu pulak kat blog wani nie. kat korang pun wani rindu jugak lah. hehehe.

haa korang. nak tau x? nak? haaa. nie yang wani nak bagitau nie. wani dah start kerja dah.
hari nie masuk hari ketiga wani kerja. haaaa.
kerja wani x sehebat mana, jadi akak kantin kat sekolah agama je. boleh laa daripada duduk lepak.
tempat kerja pun tak jauh, makan pulak  free. perghhh. heaven, ahahahaha. gaji? xyah sebok. haha. :p
wani kerja nie pun sementara nak tunggu PLKN nie haa.
kerja kat sana best lah jugak. pekerja2 dia semua sporting. tgk bos dia laa kan? bos dia pun sporting gila :)
wani ada dua shift. pagi dan petang. pagi pkul 7 - 10.30. petang pukul 2 - 5.30. okay laa tu kan? ada rehat sampai 3 jam :*

wani kerja dengan ekah. nasib baik dia ada. kalau tidak. pincang lahh wani kat situ xde member. huhuhu.
sabtu ahad pulak wani kerja katering, alhamdulillah. boleh lah tambah tambah sikit duit ;)
okayylah. sekarang pun dah pukul 1.22 petang. so nak kena siap siap. kalau idak. boss mengaum nanti. hahaa. okay syg sygku sekalian. bbye :* Assalamualaikum. dadaaaaaa~

salam sayang,
- wani -

Wednesday, January 1, 2014

HAPPY NEW YEAR 2014 !!!!!

Assalamualaikum dear readers,




guysss, wani nak ucapkan Happy New Year. yeahhhhh ! i'm so happy. coz what? because. i am eighteen :p
tolong jangan jealous okay? hahahaa. tak adalah. gurau saja.
apa apa pun, mulakan tahun baru anda dengan kenangan indah okay? make a lot of friend, create new memories with new people, do some job. and always smile ;)

hehe. so what your AZAM ?!

Hehehe. so, azam wani untuk tahun 2014 ialah, jengjengjeng, hehe

wani nak jadi pelajar jurusan memasak,
jadi pelatih PLKN yang terbaik dalam kem,
jadi anak yang solehah,
wani dah 18 tahun, so kena pandai berdikari. xboleh harap ibu ngan abah je ;)
nak cari kerja ;p
boyfriend? aaaa, nanti dulu kot. tak nak terburu2, hahaa
nak elakkan diri daripada menangis atas benda yang tak penting.
nak cari ramai lagi kawan.
nak jauhkan diri daripada seseorang.
andddd. itu saja maybe,

btw wani nak cerita pasal sambutan tahun baru tadi.
hehehe, wani sambut dengan ryn, myra, kakcik and ewan kat Desa Park City, woaaa. serius best kot. tahun nie wani x celebrate ngan family. sedih T.T ibu ngan abah ada kerja kat surau. abg arif pulak celebrate ngan member dia. adek adek wani yg lain celebrate kat rumah. alahai kesiannya. wani pun tumpang kawan je :')
so apa yang best kat sana ialah, mestilah pertunjukkan bunga api dia. serius gempak kot, gilaaa. ada masa wani upload video dia k? wani harap korang jugak melalui sambutan yang best jugak. and hope korang dapat capai azam korang ;) kepada batch 97, goodluck for your SPM :*
okay lah, sekarang pun dah pukul 4.10 pagi. pwerghhh. penat gila. lepas balik dari DPC, wani gerak minum minum pulak ngan cousin wani and abg, adek adek. penat. pukul 8 pagi nie nk kena bangun pulak. sebab nk tolong jiran wani perap ayam utk dibuat bbq. hehehe. k lah, akhir kata, SELAMAT TAHUN BARU semua :*

jangan lupa wani okay. Assalamualaikum.
salam sayang,
- wani -

Tuesday, December 31, 2013

POST TERAKHIR 2013

Assalamualaikum dear readers,

jadi, kita betul betul sudah di penghujung tahun 2013. hari nie 31.12.13. esok dah nak masuk tahun baru 2014. kenangan 2013 takkan wani lupakan. semua akan tersemat dalam memori wani. wani akan rindukan semua nie. :') so, esok. wani rancang nak sambut tahun baru kat the curve. tapi tak tahu laa mcm mna. hanya mampu merancang. ini post yang terakhir untuk tahun 2013 dan post yang ke - 300 sepanjang 3 tahun wani guna blog nie :*

sebenarnya tujuan wani buat post nie untuk memohon maaf dekat semua orang,
wani minta maaf kalau wani ada buat salah sepanjang kita kenal. ketahuilah bahawa wani tak pernah ada niat pun untuk sakitkan hati sesiapa. yapp. wani nie seorang yang cakap lepas, pedas lagi berapi. tapi wani hanya berterus terang. wani tak kesah apa yang dorang nak ckap pasal wani. sebab inilah diri wani yang sebenarnya. harap mereka boleh terima.

hmm, wani xada idea lah nk taip apa. hehe. yang wani tahu, lusa wani ada bbq ngan member member. member wani merangkap jiran wani nak gerak melaka dah. dia nak sambung blaja kat sana. nama dia Naifzuddin. tapi masalahnya, member baik wani iaitu Afif pun nak jumpa sebelum dia berangkat ke Pahang utk PLKN. arghh. gonna miss them. seriously. Naif akan gerak 5.1.2014, Afif pulak gerak 4.1.2014.
Haihhh dilema dilema. dua dua buat hari rabu. masa yang sama, tempat yang berbeza. haih haih haih.
hope wani sempat bahagikan masa :') insyaAllah.

okaylah. wani nak kena bobok luuu. sebab pukul 10pagi nanti nak teman naif ngan kakak dia beli barang bbq. hheee. tak sabaq doe nak melantak esok :* bbyee. Assalamualaikum.

salam sayang,
- wani -

Sunday, December 29, 2013

HARUS KUAT.

Assalamualaikum dear readers,

korang ~ wani demam. tsktsktsktsk T.T

hm, tak apalah. demam biasa je nie. nnti okaylah tu. :)
hm. korang. wani x taulah. betul ke tak tindakan wani nie. malam semalam wani ada cakap sesuatu yang menyinggung perasaan dia. dan wani pun sebenarnya berat hati nak menuturkan ayat tu. tapi wani terpaksa.
demi kebaikan dia. dan jugak wani.
terkadang wani rasa dia mcm bagi harapan kat wani. no no no. wani bukan perosak hubungan orang.
dan wani xnak jadi !
tapi kadang2 wani kalah dengan perasaan wani. wani nak benci dia. wani nak marah dia. wani xnak layan dia. tapi semua tu hilang bila wani bersembang dengan dia. dia pandai guna kelemahan wani. dia tahu yang wani susah nak marahkan orang. ya Allah. lemahnya wani :/
ya Allah, kuatkan hati wani. untuk melawan perasaan nie. wani xnak hanyut dengan perasaan cinta sementara nie. yup. wani masih cintakan dia. tapi dia cintakan orang lain. dia bukan milik wani lagi. wani dah lepaskan dia. jadi wani cuma perlukan ruang, bukan senang nak lupakan orang yang wani sayang. benda nie terjadi lagi. orang yang wani paling susah nak lupa adalah cinta pertama wani. Mohamad Hanif Bin Mohamad Solihin Ooi. bertahun jugak lah wani nak lupakan dia. Alhamdulillah. akhirnya wani boleh lupakan dia, dan teruskan hidup wani. tapi untuk kali kedua, hal ini terjadi lagi kepada cinta terakhir wani, i mean ex wani yang terakhir , iaitu Mohd Shahfizal M. Taufik. tapi wani yakin, wani boleh lupakan Shah mcm mana wani lupakan Anep. wani hanya perlu kuat dan tak ingat kenangan lama. wani cuma perlu jauhkan diri untuk seketika. atau mungkin bertahun. wani hanya mampu mendoakan kebahagian dan kejayaan dia, wani tak lemah, ya. wani tak lemah. wani harus kuat ! insyaAllah. doakan wani eh korang? :')

Saturday, December 28, 2013

KALI TERAKHIR

Assalamualaikum dear readers,

hmm, wani harap wani kuat untuk hadapi semua nie.
wani rasa, semalam akan menjadi pertemuan yang terakhir untuk wani dan dia.
wani tak berniat untuk putuskan silaturrahim. dia still kawan wani. always. wani tak akan lupakan dia.
cuma wani rasa itu lebih baik. wani tak nak menyusahkan dia lagi. wani nak dia bahagia dengan gf dia,
so wani ambil keputusan utk tak nak contact or layan contact dia. wani cuma nak dia bahagia tanpa wani.
wani tak penting. wani nak mulakan hidup baru. tanpa dia, wani nak hilangkan perasaan wani nie. :)
insyaAllah wani boleh. dah nak masuk tahun baru dah pun.

and awak, saya harap awak faham. please. Assalamualaikum. saya akan kotakan apa yang saya cakap malam semalam.

KENANGAN PANTAI REMIS

Assalamualaikum dear readers,

kemarin kan? wani and family pergi pantai remis kat kuala selangor,
best. sampai sampai je kan? kita orang terus menjala. woaaa. serius best. banyak ikan dapat. tapi kebanyakannya ikan dia kecil kecil je, tp yg kecil tu yg best. sedap. then dah dapat banyak ikan tu, kitaorang goreng kat situ jugak. perghhh. serius sedap. rangup. :* terliur pulak bila ingat balik kesedapan dia tu. hahaa. sedap dia lain mcm sebab fresh gila. yelah. tangkap sendiri kan? :P tolong jangan jeles.
hahaa. selain tu, kitaorang panggang ayam jugak. ayam tu beli laa. kalau ada ayam hidup tepi pantai, dah lama kitaorang tangkap then panggang. wahahahahaa.

lepas makan, wani turun lagi kat laut. time tu dah surut dah. kitaorang pergi cari kerang. wuishhh. best gilaaaa. yang tak bestnya kena redah selut yang busuk dan redah lautan serpihan kerang. adodoii. serius sakit. kaki wani sampai terbelah tau? naik darat baru rasa sakit yang teramat sangat. tp nasib calar calar je, xde pulak kaki wani berdarah walau terbelah dengan dalamnya :')

see the picture below. keadaan wani selepas meredah selut.


see? badan penuh dengan selut, bushukkk gilaa. uhuks. tgk wani pijak apa? lautan serpihan kerang, bayangkan, sakit woyyyy. tempat nie memang tak sesuai utk mandi manda. kitaorang je yang buat kerja gila nie. hahaa. apa pun, pengalaman cari kerang sendiri memang best. but ini first and last wani turun laut utk cari kerang :3


terfikirkan seseorang time nie. hmm

Friday, December 27, 2013

JUMAAT TERAKHIR 2013

Assalamualaikum dear readers,

kita dah berada di penghujung tahun 2013, dalam tahun 2013, banyak kenangan yang wani simpan kemas dalam memori wani, kenangan dengan kelas 5Bestari. ya Allah. sungguh wani rindukan rakan rakan sekelas wani. tahun nie ada tahun terakhir wani bersekolah di SMKDD1. 5 tahun wani bersekolah di situ. sememangnya banyak kenangan yang telah tercipta. ahhh. semua indah indah. disekolah jugak wani kenal kawan kawan wani. wani belajar erti persahabatan. kadang kadang wani rasa masa berlalu begitu pantas. tanpa sedar, wani sudah meningkat usia remaja. dan akan melangkah ke alam dewasa, alam pekerjaan. wani akan rindukan keadaan disekolah. betapa wani berharap masa bergerak dengan perlahan.

hari nie, hari jumaat, jumaat yang terakhir utk tahun 2013. tak sangka kan? dah nak masuk tahun baru dah. tahun 2014. wani harap tahun depan lebih baik dari tahun 2013. wani nak happy2. biarkan apa yang terjadi sepanjang tahun nie dijadikan teladan, pengajaran dan mematangkan kita. semua hanya tinggal kenangan. esok adalah masa depan. dan wani tak akan toleh kebelakang lagi. wani berazam utk menjadi seorang wanita yang berjaya, solehah dan berbakti pada agama, ibu bapa dan negara. tahun 2014. wani akan menyertai kem PLKN siri 11. harap banyak kenangan manis yg akan tercipta sepanjang kem itu berlangsung, dan sememangnya wani akan rindukan family dan rakan rakan wani. :)

harap korang jugak akan mencipta memori indah. btw. tak sangka blog nie dah 3 tahun wani gunakan. :)

sekian,
salam sayang
- wani -

Tuesday, December 24, 2013

WE MET AGAIN.

Assalamualaikum dear readers,

wani baru balik dari lepak ngan ex wani, ex yang mana? ex yang nie.


nie time kat taman desa riang. baru balik dari Mcd. hehee. muka wani mcm nk gaduh je. shah pulak buat muka xbersalah. nie gambar candid :'3



haaa. time nie nak hantar shah g bus stop. kesian, tak sampai hati nak suruh dia balik sengsorang.



hmm, sebenarnyakan korang. wani tak pernah benci dia, marah mungkin pernah. tapi tak lama. sekejap je. wani tak mampu nak marah lama lama. itulah kelemahan wani. wani senang maafkan orang. tapi wani tak kesah. wani x suka jadi pendendam. wani sayang dia. sayang sebagai kawan. walau apapun dia pernah ada dalam hati wani dlu. sama jugak dengan ex ex wani sebelum nie. wani tak pernah bencikan dorang. wani still anggap sebagai kawan wani. and wani xpernah bermasam muka dengan dorang. wani hanya mampu doakan kebahagian mereka. mungkin wani xmampu jadi yg terbaik dulu. tak apalah. sekarang pun wani xrasa nak bercinta lagi. rileks dlu, kalau ada jodoh ada laa. wani x kesah sebab, wani still ada family, kawan kawan, and korang semua. hehe. walaupun wani tak pernah jumpa korang. tapi wani merasa kehadiran korang, wani nak berterima kasih kpd korang sbb sudi membaca blog wani nie. mesti bosan kan? tapi korang x jemu jemu kunjung. thanks ;)

okaylah. gtg. Assalamualaikum :*

Sunday, December 22, 2013

KATERING ~

Assalamualaikum dear readers,

woaaaaa. penatnyaaaa. baru balik katering T.T serius penat nak mapuh, dua hari berturut2 katering. wani rasa wani boleh kurus oh cenggini. hahaa. yang paling best katering hari nie (ahad) gila tak best? best kottttt.
buat kat dewan. muzium shah alam. wuihh. lagi best bila ada TTM kat sana sekali. hehehe.
buat kerja pun semangat ;p actually wani dalam misi nk mengumpul duit nie :') nak keluar ~
hehe. nak beli baju ~ haih.. tapi cukup cukup utk wani je laa. xmampu nk belanja family lagi. baru kerja dua hari je kot. adalah dalam RM 100 lebih, tak sampai RM150 pun. uhuksss ~