Assalamualaikum dear readers, hmm, korangg, wani kan. wani ada impian, wani nak jadi perempuan yg mcm nie... |
BERHARAP JADI SEPERTI DIA. |
DOA WANI :') |
HARAPAN WANI <3 |
Assalamualaikum dear readers, hmm, korangg, wani kan. wani ada impian, wani nak jadi perempuan yg mcm nie... |
BERHARAP JADI SEPERTI DIA. |
DOA WANI :') |
HARAPAN WANI <3 |
Posted by NORSHAFAWANI ELIAS at Sunday, September 30, 2012 0 comments
Assalamualaikum dear readers,
hmm, hari nie wani nk update pasal kucing kesayangan wani. SI TOMPOK a,k,a POK POK YANGGG.
Sumpah, wani rasa sunyi sekarang nie. wani rasa kehilangan :'(
tompok yg sekarang dah tak sama mcm tompok yg mula2 wani jaga dlu.
ya ALLAH, mcm nie ke rasa bila jadi seorang ibu??
korang xtau apa yg wani rasa. dulu masa tompok kecik. wani selalu main dengan dia. tompok seekor kucing yg
cergas, aktif, nakal dan pandai. wani sayang dia sangat sangat. setiap malam, tompok la yg akn jd bantal peluk
wani, wani xleh tido klu xada dia. sebelum tido wani akn letak dia atas wani dan belai dia, sampai laa wani tetido.
arghhh, serius wani rindu.
tapi semakin tompok membesar, dia da pandai bercinta. dah pandai keluar malam, kadang2 xbalik langsung.
ko kemana tompok?? ko tau tak kat luar banyak anjing?? kalau dia ngap ko mcm mna??
esok pagi tu, adk wani keluar gi cari tompok. rupa rupanya dia tgh dok berdating ngan kucing hitam. haiii laa tompok,
sejak bila ko pandai dating nie haaa??? keesokkan pulak, tompok keluar lagi, wani ingat dia hilang. rupa2nya
dia pergi jumpa kucing jantan, tp bukan kucing hitam, kucing oren, bila wani ambik tompok, kucing oren sebok
mengikut sampai kerumah.ehh ko xfaham ke, yg ko nk menggatal ngn kucing aq buat apa??
kucing aq kecik lagi ko tahu tak?? tapi kucing oren still lagi tunggu kat depan umah sambil mengeowww.
sabar je lah -.- nsb baik ko kucing.
tiga hari lepas kejadian tu, masa tompok balik rumah, wani rasa kelainan pada diri dia. dia da x aktif, dah asyik
dok diam je, kenapa tompok?? bila wani pegang badan dia. dia mengeoww, sebelum nie xada pulak dia
mcm nie. sahhh, tompokkkk, adakah kucing oren atau hitam dah ???? oh tidakkk !!!! kesiannya kucing aq !!
kalau wani jumpa kucing hitam atau oren tu, wani akan sunatkan dorg buat kali yg pertama !! kesian tompok,
lepas kejadian tu tompok jadi pendiam, kucing2 jantan xguna tu pun da lama x nampak. -.- dasar jantan.
masa balik kampung, kitaorg bawak tompok sekali, wani tengok tompok makin gemok. haii tompok, kuat makan
nampak. lepas tu, nenek wani kata tompok bunting nie. hah??? :0 tompok?? ko bunting?? bia betul !! wani rasa
nak pengsan. beberapa bulan kemudian, perut tompok makin memboyot. dia makin jadi pendiam. kesian dia.
sehari sebelum tompok nak melahirkan, petang tu dia nmpk lemah sangat, masa wani tidur wani dengar bunyi
loceng, hmm, tompok laa tu. bukak2 mata tompok da ada kat bawah lengan wani. tidur plak dia. hmm, rindunya
nk tido dengan ko tompok. petang tu, wani biakan dia tido sebelah wani, sambil belai perut dia, wani rasa ada
sesuatu bergerak, ehh.. ank ko tendang laa tompok. sambil tersenyum :) malam tu, tompok asyik mengeoww,
bg makan dia tak nak, minum pun xnk, wani panggil adek2 wani suruh2 tgk2 kan tompok nie. adek wani kata
tompok dah nak beranak dah nie, air ketuban dia dah pecah. ya ALLAH, apa wani nak buat nie??
wani tanya adek wani, mana tompok?? dia kata tompok dah masuk bawah katil. wani nk ambik dia,
tapi jauh nun kedalam dia masuknyaa. haiyaaaaa.
pagi tu, ibu panggil, KAK WANIIIIII !!!! DEK DAAAA !!!!! wani pun kelam kabut bangun, ibu kata. cuba dengar.
'meowww, meowww' ehh, tu bukan suara tompok. wani pandang dek da, ANAK DIA !!!!!
adek ada dengan susah payahnya menarik katil kebelakang. mak aiii, kuat nampak. :3
haha, tgk2, tompok tgh menyusukan ank2 dia.. anak anak okay?? klu dah kata anak anak, ramai laa derrr.
ada 3ekor bhaiii. seekor warna hitam, dua ekor warna oren belang putih.. ohmaiiii, wani teringat kat kucing2
jantan tu. ank dorang ke?? hah?? xmasuk akal. sebenarnya, dua ekor kucing tu penah msuk umah wani ikut
pintu belakang, tapi wani halau, sbb tompok lari bila nampak kucing2 tu. hmm, kesian tompok, mesti dia trauma.
wani belum puas tgk tompok menyusukan anak anak dia, ya ALLAH, menangis wani kat situ bila tgk tompok
jilat anak2 dia. penyayangnya tompok. wani ambik tompok, wani rindu dia, wani nak peluk dia, tapi bila wani ambik
dia letak atas katil, dia turun balik, kenapa tompok?? rupa rupanya dia nk duduk dgn ank2 dia. hmm, xpelaa
tompok, pergilaa, wani faham. sumpah wani sedih. wani tau. sekarang tompok dah jadi seekor ibu kucing.
walaupun dia masih muda, tapi dia nampak care dgn ank2 dia, bila ank2 dia nk minum susu, dia sanggup
bengkokkan badan dia, arghh susah wani nk ckp cara dia, sungguh menggharukan, sampai nngis wani
dibuatnya. agaknya mcm nie rasanya jd ibu, jaga ank masa kecil, ank dah besar, dah ada ank, kena jaga ank,
tak ada masa dgn ibu. :'(
Posted by NORSHAFAWANI ELIAS at Friday, September 28, 2012 0 comments
assalamualaikum dear readers, :')
post kali nie, wani nak bongkarkan rahsia rahsia mcm mana wani boleh jadi kurus dan
apa kisah dia yg menyebabkan wani boleh jadi kurus mcm nie. hehe,
bkn saje2 wani nak post bnda nie. nie semua sbb permintaan gila kwn2 wani. alahaiii, tapi xpew laa.
okay gak apa, boleh sharing2 ngan korang semua. hehehe.
kisah dia bermula masa wani darjah 6. darjah standard 6 wani dah gemuk, berat wani 52kg. berat lah kan
bg budak yg baru berusia 12tahun? OBESITI dah tu :'3 serius wani malu giler msa tu. tapi alhamdulillah,
walaupun wani gemuk, kwn2 xsisihkan wani. alhamdulillah, thanks korang <3
-sekolah menengah-
masuk form 1, wani dapat kawan2 baru.. wani mula rasa x selesa lagi. sampailah sorang budak baru
ni masuk kat kelas wani, kerek gila babenggg. ada ke patut dia panggil wani makcik?? kuang asam jawa betul.
mentang2 laa dia cantik dan kurus, sesuka dia je nk menggelar org. -.-
disebabkan dia, wani jadi murung. kwn2 pun mcm pulaukan wani. sedih kay sedih :'( wani tau laa wani gemuk.
mcm mna wani boleh gemuk? okayy, mcm nie, wani nie suka makan, masa wani kurus dlu, prinsip wani,
'makan byk manapun aku tetap kurus jgak'. masa tu wani belum gemuk lg, sampailah suatu hari wani perasan
perubhan pd diri wani. huhuhu. akhirnya, wani jadi gemuk :'/
apa taknya, pagi wani makan nasi lemak, petang wani makan macam2, malam wani makan coklat ngn aiskream.
hari hari plak tu -.- semua salah nafsu :'3
- berat badan = 63kg
masuk form 2, wani bertekad utk kurus, wani aim badan sesiapa yg wani rasa okay, wani set dalam otak,
wani nak badan mcm dia !!! mulai hari tu, wani mula ikut ibu g jogging tiap2 pagi. wani mula ubah cara
pemakanan wani, pagi wani xmakan, kat skolah pun wani xmakan. balik skolah baru makan, malam pulak wani
dah xmakan. tiap tiap malam wani akan bertungku dan exercise, nsb baik kat umah wani ada alat senam. :)
- berat badan = 58kg
masuk form 3, badan wani mula menunjukkan perubahan, yeayyyy, wani makin kurus :D chantekkkkk. haha.
tapi wani tetap bersenam. disebabkan alat senaman dah rosak wani kerjakan, wani terpaksa guna kaedah
biasa. wani tak rajin nak jogging kat luar. so, nk tau wani buat apa?? tiap tiap pukul 8mlm, sebelum makan,
wani akan jogging kat dalam bilik. alarh, jogging setempat je, sama jugak. wani jogging selama 30minit,
tiap2 hari tau?? tapi sbnrnya xperlu pun, korang boleh bersenam seminggu 3kali selama 30minit. :)
-berat badan = 52 kg
masuk form 4, berat badan wani naik balik. alahaiiii -.- makan banyak, malas nak exersice, semuanya malaslah.
ini semua sbb wani punya tension. serius, tahun nie paling byk tekanan. wani kalau tension, wani byk makan tau??
tension betullah. tekanan belajar + tekanan perasaan + tekanan tugasan + tekanan jiwa, mental semua ada :3
and lg satu korang nak tau x? budak yg ejek wani makcik tu kan?? dah jadi kawan wani skrg. haha . aptb
-berat badan = *rahsia ;'p * tapi still nmpk kurus tau?? :p berat je naik. hehehe
moral value kat sini ; jangan terlalu ikutkan nafsu makan tau?? kerana nafsu, rosak badan. dan jangan tension
tension sangat. amalkan cara pemakanan yg sihat. klu korang nk tau?
'Nabi Muhammad paling xsuka umatnya yg gemuk. sebab mereka seperti menzalimi diri mereka sendiri ;')
BEFORE |
Posted by NORSHAFAWANI ELIAS at Friday, September 28, 2012 0 comments
Posted by NORSHAFAWANI ELIAS at Thursday, September 27, 2012 0 comments
KLIK PADA GAMBAR klu nak tgk lebih jelas :') |
Posted by NORSHAFAWANI ELIAS at Tuesday, September 25, 2012 0 comments
Assalamualaikum dear readers,
hehe, hari nie wani nak ceritakan pasal seseorang.
seseorang itu ada cikgu wani, yg bernama Puan Teo Sook Mei <3
hehehe, yeahh.. mmang cikgu nie beragama cina tapi, jangan pandang cikgu nie xde mata okay??
dia belaja byk tentang Islam. dia juga tahu dosa pahala, haram halal tau??
hahaa. ada suatu hari tu, kawan wani kena sembur dgn dia dlm kls sbb kwn wani tu xpkai tudung,
dah kene ceramah free. tp wani xtaulah cerita keseluruhan dia, sbb kitaorg xsama kelas. huhuhu, kesian dia.
(ehh, wani xejek, wani serius kesian kan dia -.- )
nak dijadikan cerita,, cikgu nie bekas guru kelas abg wani tahun lepas. skrg abg wani da abis skola da, abg wani pernah cerita mengenai seorang cikgu nie, abg wani cerita bagaimana cara ckg tu mengajar,
gila ouhh,, memang kawkaw.. denda dia memang terbaekkkkk ! wani kata padan muka kat abg wani, last last tahun nie, ckg tu plak mengajar wani. kuang kuang kuang. suka btol abg wani bila wani ckp kat dia pasal berita nie.
tapikan?? wani da tgk kebenaran dia, teacher memang terbaekkkkk ! cara dia mengajar memang lain drpd cikgu yg lain, wani xleyh citer lebih2 cara dia mengajar, sbb secret. dia kata cara dia nie limited utk pelajar skolah SMK DAMANSARA DAMAI 1 je. hehe. jangan jealous :p
tapi dia punya dendaaaa, byk kreatif oww, takut, seram, lawak pun ada, tp, lawak lawak juga, skali kena.. malu owww. -.-
tadikan?? dalam kelas teacher duduk sebelah wani, haishh. nie yg menggelabah nie, terukk terukkk -.-
tapi wani buat cool je. alahaii cikgu,, nape laa cikgu dok sblh wani. huhu, takut tau x?? haha, tp xdinafikan teacher memang sporting, hehehe. masa tgh belajar kan?? cikgu ckp pasal psikologi, woah, wani xtau plak ckg pandai bab bab nie. hebattttt ! hehe, wani cuba test tny cikgu. suruh cikgu teka wani nie mcm mna orgnya. then cikgu ckp mcm nie, 'shafa ini suka mengelamun, tapi kalau tak mengelamun otak dia cantik ini. (denganslangcinadialah~) afif kata, memang btol pun teacher. (sambilgelak) kuang aja punya pendek :3
pastu wani tanya, kalau afif ngan ekah plak? teacher jawab 'afif nie boleh jadi pemimpin, bila dia bg arahan, semua settle (ceyhh, kembanghidung dia) ekah plak blur, muka da okay, tapi blur, selalu kena buli dengan afif, afif ckp apa, dia ia kan aje. (hahahaha, kandahkenabalik) pastu wani pun cakap,, fuyooohhh, betul tu teacher, afif memang selalu buli ekah, teacher ckp 'woahh, btol ahhh??' perghhh hebat laaa teacher, :) #tepuktangantandabangga.
mcm mna teacher boleh tahu wani nie suke mengelamun eh?? hmm. mmg tahun nie wani kuat mengelamun pun :/ tapi thun dpn xde dahhh. wani xnk pikir pasal nie dah ! :')
Posted by NORSHAFAWANI ELIAS at Wednesday, September 19, 2012 0 comments
Assalamualaikum dear readers,
tadi wani on9, bace status faeznur, dia ckp mcm nie.
cinta tak perlu dicari kerna dia akan ada depan mata kite . antara semua lelaki mesti ada yg nak dekat kite dan kite sbg pompuan kalau dah kenal hati budi si lelaki tersebut , terima la ia . terima dengan hati terbuka . pasal syg kemudian :)
#act , aku pon tatau ape aku merepek nieh . tapi aku rase betol :P HAHAHAH
wani pun rasa mcm tu, tp kan korg, susah kan?? nk jumpa org yg betul2 sayangkan kita.
xdinafikan, memang ada yg nk kat kita, tapi kita x dpt nk pastikan adakah dia betul2 nk kan kita atau sekadar mau memperrmainkan saje. entah laaa.
kadang2kan korang, wani selalu mimpikan yg wani ditemukan dgn org yg mampu memjaga, membimbing, menyayangi dan terima segala kelebihan dan kelemahan wani seadaanya. tapi kita tak tahu, apa yg telah ditetapkan utk kita oleh Allah. Sbb tu semua rahsia Allah, kita just kena tunggu je. tapi, wani xtau, kenapa wani selalu mimpikan org yg sama, org yg wani xnak langsung hadir dalam hidup, apatah lagi dlm mimpi wani pada waktu ini. tapi kenapa dia muncul juga. wani tak kuat n wani xnak dia hadirrr !!!
# please go :'/ i am begging you ! ya Allah, janganlah kau hadirkan perasaan ini dalam hatiku jika dirinya bukan utk aq. :'(
Posted by NORSHAFAWANI ELIAS at Sunday, September 16, 2012 0 comments
Assalamualaikum dear readers :)
Azam wani utk 2013
wani harap, tahun depan boleyh mengubah segala2nya.. wani nk tahun depan lebih baik drpd tahun nie..
wani nak, tahun depan, buku sekolah jd pakwe wani, pusat sumber jadi kawan wani n cikgu jadi sahabat karib wani, tahun depan adalah tahun yg menentu masa depan wani, bagi budak skolah, SPM adalah segala2nya.. dia adala penentu mana arah tuju wani selepas tu. wani xnk kecewakan ibu ngn abah lg. wani xnk apa yg dorg bg pada wani, wani balas dgn kegagalan, takk, wani xmau itu.. wani janji. abah! akk janji, akk xkan sia siakan apa yg telah abh bagi. semua penat lelah abah utk memberikan pendidikan yg sempurna pada akk, akk akn bayar dgn kejayaan, n pada masa tu, akk nk abah ngan ibu tersenyum bangga pada akk, akk nk ibu menangis atas kejayaan akk, bkn atas kegagalan akk. itu janji akk. cuma, akk perlukan doa n restu drpd ibu ngn abah, ibu selalu ckp, klu nk berjaya, kena usaha, n jgn lupa berdoa. akk akn berusaha, n akk juga perlukan doa ibu n abah. :)
ibu abahh, doakan anakmu ini ye? :')
Posted by NORSHAFAWANI ELIAS at Friday, September 07, 2012 0 comments
assalamualaikum readers..
korang.. korang rasa wani nie teruk ke?? jahat sangat ke wani nie?? nakal sangat ke??
ibu kata wani da berubah.. wani xsama mcm wani yg 2 tahun dulu, dulu.. wani nie seorang yg
manja, sopan, dengar kata, xbyk ckp, lemah lembut dan pemalu,
tapi semenjak itu, kejadian itu.. wani mula berubah sedikit demi sedikit.
wani berubah menjadi seorang yg kasar, kuat memberontak, byk ckp, dan wani xpercaya kat mana2 lelaki kecuali abah wani. hati wani masih lagi kecewa..
walaupun benda tu dah lama, tapi masih berbekas dalam hati.
begitu besar impak pada wani n small matter pada dia. sbb apa? dia cinta pertama wani, tapi wani.. entah cinta keberapa pada dia,
semua tu susah utk wani lupakan. wani cuba menerima cinta lelaki. ada yg mmemberi tapi tidak disambut oleh wani, sbb wani xnk hati dorg terluka, buat apa wani terima sedangkan hati wani masih ragu2 ?? wani harap dorg faham.. sekarang nie,, wani nk tumpukan pada pelajaran wani.
tahun nie, keputusan result wani sangat mengecewakan, kalau dulu wani selalu cemerlang, tapi tahun nie, wani.. hmm, waniiii, wani sendiri kecewa dgn diri wani. wani x bagitau pada ibu tentang result wani sbb wani xnk ibu kecewa. dlu ibu kata wani anak yg ibu harapkan. ibu nak wani berjaya. dlu ibu juga bagi peluang pada wani, ibu kata ' akk, kalau nk kawan ngn lelaki ibu x kesah, tapi jangan lupakan pelajaran n jaga maruah diri dan kluarga'
pesan ibu, wani sematkan dalam hati, ada ke ibu yg sporting mcm ibu wani nie?? wani rasa jarang nk jumpa,
tapi apa?? mata pelajaran wani merosot. matapelajaran wani merosot bkn sebab sesiapa, nie semua sbb wani. wani yg jadi mcm nie. ibu, maafkan akk, akk dah kecewakan ibu. dengan ini saya, NORSHAFAWANI BINTI ELIAS berjanji akan BELAJAR BERSUNGGUH2 n TIDAK AKAN BERCINTA dgn sesiapa pun, sehingga wani tamat SPM. wani akan tumpukan pada pelajaran wani.
korang jadi saksi wani eh?? :')
Posted by NORSHAFAWANI ELIAS at Saturday, September 01, 2012 0 comments