BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, December 31, 2012

GOODBYE 2012, HELLO 2013 ;)



Assalamualaikum dear readers,
yeahh, disini laa kesudahannya, berakhirnya 2012, berakhirlah kisah wani dah dia.
esok masuklah tahun baru, tahun 2013, semua kenangan 2012 wani akan simpan dan akan ingat sampai bila2. kecuali kenangan yang satu nie. wani akan cuba lupakan. wani akan sedaya upaya cuba lupakan.
ayat yang wani akan ingat sampai bila-bila.


waalaikumussalam , buat beberape bulan ni aku xnak ade ape-2 hubung kait ngan kau . Harap maklum ."

dan 

Kau bukan kawan aku , aku tak kenal kau , kau tak penah hadir dalam kehidupan aku . Harap maklum :') "

sampai bila bila wani akan ingat kata kata nie, macam tu sekali dia kata kat wani, rasa terhina, usah dikata.
kalau mcm tu dia nk. wani terima, tapi satu hal je yg wani nak ckp dia. tak ada kemaafan buat dia. wani cuba nak perbaiki semuanya, tapi ini yang wani dapat. jangan ego wey. suatu hari nnti ko akan menyesal. tapi tak guna dah. sbb semuanya dah terlambat. kenangan ko dan aq dulu. aq dah hapus semuanya. kecuali kata2 ko nie. aq akan ingat sampai bila2. kalau aq maafkan ko pun, entah ikhlas ke tidak.

haaaa *tariknafaspanjang-II*

sorry korang, wani cuma nak dia tahu perasaan wani sekarang nie ;) okay semuanya dah terluah. and now otak wani dah okay :) hahaha. jgn laa ingt sblum nie otak wani nie xbetul. wani okay je. and happy., selagi kawan wani ada, selagi mr spongebob ada. :) ouhyaa., ada masa wani cerita pasal mr spongebob okay? dia baik sangattt. dia kawan baik wani :) wani patrick star, hahaha





okay.. malam nie, ibu kata nk sambut new year 2013 dekat the curve, yahooo >.<
SELAMAT TINGGAL 2012, wani takkan lupakan apa yg terjadi pada tahun nie. ;) tahun dimana wani rasa sangat disayangi dan mengajar wani erti persahabatan. wani harap. tahun 2013 akan menjadi tahun yang lebih baik ;) heyy, tahun depan *esok* wani dah jadi calon SPM :/ takut :( doakan wani eh? loveyaaa. hey, don't worry, walaupun wani SPM, tapi wani masih menjalankan aktiviti blogger, dan menceritakan tentang diri wani dari semasa ke semasa, okay. bbye korang. HAPPY NEWYEAR 2013 :*
Assalamualaikum - wani -

Sunday, December 23, 2012

FIRST TIME MASAK KUAH KARI :*

Assalamualaikum dear readers,

heee. auwww. heee. happy giler hari nie, sbb dpat masak. gilerrr. best gak dapat masak nie.
tadi ibu ajar wani masak kuah kari telur rebus utk makan malam. simple je.
okay.. nampak xbegitu menyelerakan. tapi. boleh laa. ibu pun kata okay, boleh la~

yang nie yang nie yang nie...






hmmm, jangan aa gelak. nie masakan pertama wani. memang aa x okay lagi. takpe laa. nnt wani try lagi. :)
nanti wani nak try masak ayam masak merah pulak.
untuk percubaan pertama. wani puas hati dengan masakan wani. heyy. 100% made by myself okay?
ibu ajar je.. ibu nak wani masak dan ibu rasa. kalau nak belajar masak nie slow2 aa. xkan sekali belajar terus okay an? xpew. wani akan practise kan hari2. :) 



okayyy, itu saje. wani bangga boleh masak sikit. korang bila lagi? ;)
assalamualaikum -wani-

Saturday, December 22, 2012

CONFIRM MALU GILER :/

Assalamualaikum dear readers,
wuhuu. hahaha. post hari nie wani nak ceritakan pasal kejadian yg agak memalukan,
tapi bukan kena kat wani tapi seseorang yang wani kenal. haha. nama? mna boleh gtau?
kesian pulak dia nnt. malu nangis tak berlagu kang,

mcm nie citer dia. hari nie kan sabtu, ada silat en?
masa kitaorg g silat tuh, cikgu xdtg lagi. then kitaorang dgr azan isyak. so. sementara cikgu x datang lagi.
kitaorang g laa kat surau saujana damansara tu, untuk sembahyang isyak an? wani ngan A nie je yg baik g sembahyang kat surau. hehehe.
so, nak di jadikan cerita mcm nie, tu first time kitaorg g sembahyang kat surau tu. kitaorang xtau aa kat mana
tempat ambik wuduk perempuan. masa wani masuk tu, wani tgk ade pakcik keluar dari bilik wuduk, okay
wani tau laa yg tu tempat wuduk lelaki. then wani masuk kat tempat wanita solat, rupa2nya tempat wuduk kitaorang kat dalam tu, yang si A pulak, dia masuk lambat kat surau tu, dia pun terus laa g kat tempat wuduk lelaki. mana taknya.. masuk masuk je. terussssssss je nmpk tempat wuduk, tak letak simbol perempuan ke laki pulak tuh. mana laa si A tu tahu. wani tahu pun sebab time wani masuk tu ada pakcik keluar kan? huhu, masa wani tgh ambik air smbahyang tu, wani dengar suara lelaki, ' perempuan kat sana, perempuan kat sana, perempuan kat sana' berapa kali daa nak ckp, ckp sekali sudaa aa, kesian si A, mesti dia malu. ish ish ish *gelengkepala* ckp kuat2 pulak tu pun xleh gak sebenarnya -.-
then kitaorang pun solat laa mcm biasa,

dah abis, kitaorang g silat. cikgu dah sampai dah. hmm. sampai sekarang wani masih malu nak salam dengan cikgu masa kat luar gelanggang. *salam cara silat*
hah.. nak tau x? xsampai setengah jam pun kitaorang silat, dah hujan lebat. apa lagi? balik ah. dah tu. sampai kat umah, dalam 5 minit mcm tu, hujan berhenti. adoihhhhh :/ hmm, xpe laa. xde rezeki nak g silat :'( dah laaa rindu giler nak silat nie. tapi xpe laa. lagi pun afif xde dua hari nie. wani kalau xde dia wani segan aa, tadi pun wani segan. xtahu kenapa kalau dia ada wani kurang sikit segan. maybe sebab wani xde kawan kut~

hmm, okay laa. nak layan twitter jap. so pengajaran kat sini, kalau kita tak tahu tu, kita kena bertanya. jangan jadi bodoh sombong, sbb nant kita yg rugi. jangan pakat redah je. okay? ;)

assalamualaikum :* - wani -

Sunday, December 16, 2012

PELUANG KEDUA :')

Assalamualaikum dear readers,


hari nie wani nak kongsi satu rahsia ngan korang. wey. korang nak tau x?
tadi wani baru tahu satu rahsia dari ibu wani. kalau korang nak tahu, dlu kan, masa ibu kandungkan wani.
doktor kata wani dah mati dalam kandungan akibat lemas. kali kedua check, jantung wani
masih x berdegup mcm biasa. utk kali kedua, doktor kata kat ibu, yang wani dah tak ada.
korang boleh bayangkan tak perasaan ibu wani time tu? wani pun boleh bayangkan. ya Allah kesian ibu,
tapi naluri keibuan ibu kuat, ibu dapat rasakan yang wani masih hidup.

ibu suruh doktor check lagi sekali, untuk kali ketiga, doktor sahkan yang wani masih hidup.
ya Allah, terima kasih ya Allah, kerana telah membenarkan wani untuk menumpang di bumi Allah nie. Alhamdulillah. syukur sangat sangat. bila terkenang balik kes nie, wani rasa bertuah sangat. dan wani rasa rugi sangat kalau tinggalkan perintah Allah. ye. wani bukan insan yang sempurna. hamba yang selalu lalai.
wani harapkan seseorang yang boleh membimbing wani ke jalan yang benar di saat wani dalam kesesatan.
wani xmau bahagia hanya didunia. tetapi wani juga mahu bahagia di syurga, bertapa wani inginkan kehidupan di syurga, bila wani baca nikmat di syurga. wani rasa, ya Allah, heaven nyaa. lebih best dari sunway lagoon, lebih best dari Paris. tapi, mampu kah wani? wani takutkan neraka, tapi pantaskah wani di syurga?

terkadang wani terpikir jugak, bukan susah nak mencari pahala, cuma tinggalkan larangan dan buat apa yg diperintahkan oleh Allah. berbuat baik dengan ibu bapa. eh, cium mata ibu pun dapat pahala tau? pandang muka ibu bapa dengan penuh kasih sayang jugak dapat pahala. tolong ibu bapa dapat pahala. membuat sesuatu perkara kerana Allah pun dapat pahala as long kita buat sesuatu utk kebaikan.

okayy, sampai sini je, wani harap, masih ada tempat utk wani disana. wani inginkan syurga kerana wani takutkan azab api neraka. :'(
andai wani mati, wani ingin mati dalam iman. mati dalam keadaan sempat mengucap dua kalimah syahadah,
dan mati dalam keadaan yg baik. :') wani boleh bayangkan bagaimana seksanya kalau mati. ketika nabi muhammad mahu ditarik nyawa dlu pun dikatakan sakitkan ya amat. itu pun malaikat Israil mencabut nyawa nabi muhammad selembut mungkin. ya Allah. takutnya :(


Saturday, December 15, 2012

I LOVE MY FAMILY :*






Assalamualaikum dear readers. hey korang, ari nie wani nak kenalkan korang dengan family wani, 
hee, saje nak kenalkan. mana laa tau jumpa kat mana2 kan? hehehe. ecehh. mcm laa kitaorg nie artiskan?
kuihkuihkuih. okayyy. jom kita mula, wani mulakan dengan abah kemudian ibu dan seterusnya adik beradik wani :)


:: ABAH 



okayyy, yang nie la abah wani ;) handsome kan? well tgk laa abah siapa. hahaha. okay, jangan laa jeles.
hha, nak buat mcm mna dah abah kita yg handsome :p hha. okayy. meh wani kenalkan.nama abah wani Elias bin Shuib, umur dah 42 tahun. tapi xnmpk mcm da 42 kan?
klu korang nak tahu, bila wani keluar berdua ngan abah, kawan kawan wani kata abah wani nie abang/pakwe wani. amboii. korang kan? hha. agak agak laa wey. abah aq tu. :p
karekter abah wani nie, hmm, seorang yg penyayang, romantik. pembersih, disiplin, bertanggungjawab, tegas. lawak, peramah agak garang and kuat membebel, dan cerewet sikit dlm soal kebersihan, tp x cerewet dari segi pemakanan.. hahaha, tapi abah wani membebel atas sebab sebab yg munasabah. paling wani suka tentang abah ialah, abah PANDAI MAIN GITAR.  abah xsuka makan kat luar, abah suka masakan ibu, masakan kegemaran abah, laksa utara yg ibu buat. perghhh. terangkat siot laksa ibu. laksa ibu wani lagend tau? haa. suatu hari nant wani akan belajar jgak dari ibu mcm mna nak buat laksa yg paling sedap tu :D





okayyy, this is my mom. tolong abaikan gambar abang wani tu. wani xde gambar ibu yg sorang punya.
okayy, mari wani kenalkan. nama ibu wani Rosila binti Abdul. ibu wani comelkan?
ya ya yaa. wani tahu. tengok anak dia laa kan? eh? hahaha. xde kena mengena kay? kalau nak tahu. ibu wani dlu, gadis idaman malaya kat kampung sungai seluang tau. hha. shhh. jangan bgtau ibu. rahsia nie wani korek dari abah. kehkehkeh. tapi yg untungnya. ibu dapat kat abah :D cayaaaa la abah.
abah wani handsome, ibu pulak cantik. ngam aa kan? hehehe,
okayy., karakter ibu ialah. seorang ibu dan isteri yg penyayang, pandai jaga hati suami, pandai menguruskan anak2. dude. seriusly. ibu wani nie, ibu yang paling terbaik didunia. wani rasa susah nak cari ibu mcm ibu wani nie. kalau ada pun. 1 dalam sejuta., paling wani suka tentang ibu, ibu boleh menjadi seorang ibu, seorang kawan, seorang cikgu , seorang penasihat dan seorang pemegang rahsia pada wani. semua rahsia wani ada kat dalam tangan ibu. semua masalah wani, yg wani rasa wani xboleh nak selesaikan, wani bagitahu kat ibu, tak kira la sama ada soal pelajaran, kawan, sekolah, mahupun soal cinta. ibu seorang yg openminded, kalau ibu ibu yg lain, maybe da kena hempuk kot sbb ckp pasal cinta dgn ibu, lagi lagi time sekolah. hahaha. tapi ibu wani xxjugak menggalakkan wani bercinta time sekolah. tapi. ibu nak wani happy. sbb tu ibu benarkan asalkan wani pandai jaga diri., thanks ibu, iloveyousomuch !









okayyy, nampak pakwe handsome kat atas nie? eh? handsome ke? hahaha, okay dia memang handsome.
tengok la siapa abah dia. nie, abang wani. nama dia Muhammad Arif bin Elias. panggilan manja wani kat abang wani adalah mok hitam. hahahaha. dia pun panggil wani mok hitam gak. apa masalah dia pun wani tak tahu. maybe nak bermanja. hahaha. ceyh. nyampah.
okayyy, meh wani citer kat korang pasal abang wani nie. dia ada tarikan yang tersendiri, ada lesung pipit tau? dan tarikan itu yang paling wani jeles kat dia sampai sekarang. tapi wani tahu. kita kena bersyukur dgn ciptaan Allah., yelah yelah. nak tau satu rahsia pasal abang wani tak? dia kan single. hahaha. dia xpernah bercinta sampai sekarang. if korang nak tau, ramai tau perempuan suka kat dia, tapi wani xtahu laa kenapa dgn abang wani. eh eh, korang jangan nk pikir bkn2 pasal abg wani kay? maybe dia belum bersedia nak bercinta. eh lupa nk ckp. dia baru 18 tahun :) skrg belajar di fim, belajar pasal masak2. nak jadi chef katanya, perghh untungnya kitaorg. tp lg untg siapa yg jadi isteri dia nnt. haha. masyukkkk. haha. wani salute aa kat mana mana perempuan yg boleh buat abang wani jatuh cinta. sbb abg wani nie susah nak jatuh cinta. so klu sape2 nk couple ngan dia. meh jumpa wani dulu, sbb wani takkan biarkan sape2 mainkan perasaan abg wani. lagi2 abg wani nie zero dalam percintaan, mana xnya. ade awek text dia ari tu pun dia tanya wani macam mna nk text ngan perempuan? ouh mannn~ so watch out girl. sesiapa yg mainkan perasaan abg wani. kau kena berdepan dengan aku.




okayy, let me introduce you all with my girls. yang belah kiri tu, adek wani yang sulung, yang belah kiri adek wani yang kedua, yeahh. dia anak yang bongsu,
okayy, dak debab omey tu nama dia Norshuhada binti Elias, manakala budak cantik belah kiri tu Norain binti Elias. mereka dikenali sebagai, Dekda dan Da'in bukan saja keluarga kitaorang yg panggil dorang mcm tu, tapi kawan2 jugak. dekda seorang yg penyayang dengan haiwan, pandai memasak, tapi malas nak kemas balik. yg jadi mangsa utk membersih semua tu wani sendiri, sbb wani xboleh tgk semak semak nie -.- kadang2 geram gak ngan dekda nie. dia nie suka memberontak. tapi manja. lain pulak dengan da'in. da'in walaupun baru berusia 11tahun., pemikiran dia jauh lebih matang daripada wani dan dekda, okay itu memang wani akui. kadang2 wani rasa da'in nie kakak, dan wani nie adek. kay serius kelakar, haha. tapi kalau korang tanya antara dorang dua nie mana paling wani ofcoz la wani jawab dua dua. iloveyoumysiss :D


okay itu saja, utk post kali nie. korang dah kenalkan ngan family wani. ada masa wani kenalkan diri wani pulak dgn lebih detail. bbye. Assalamualaikum. - wani -







Tuesday, November 13, 2012

WISH YOU GET WELL SOON MY SUPERHERO ;')

Assalamualaikum dear readers,
pagi pagi lagi wani dah nangis :'(

ehhh, bukan siapa siapa buat wani laaa. nie sebab abah. abah sakit, kena tahan wad..
kesian abah. pagi semalam abah dah masuk wad dah. abah sakit pinggang sebab tersilap angkat benda berat. ya Allah, kesiannya abah. wani nak ikut. tapi rumah siapa nak jaga :'(

pagi nie, bangun2 je wani buat bnda yg wani selalu buat dulu, apa dia tu? wani exercise laaa.
dah habis exercise wani terus call ibu, nak tanya abah mcm mna kan? tapi abg arif yg jawab. ibu pergi tandas katanya. so wani tnya laa kat abg arif. abah mcm mna? abg arif kata nk ckp ngn abah ke? wani apa lagi? lagi laa nakkk. rindu seyh kat my superhero tu.. abahh.. akk rindu :'( balik laa cepat. akk rindu nk iron baju kerja abah. dengar je suara abah, wani tahan diri dari nak nangis. wani tanya abah dah makan ke belum? dah boleh jalan ke? semalam boleh tido x? *sebak* 1, 2, 3 , 4 wani xleh tahan lagi. terus wani nangis. abahhhhh :'( abah pujuk wani, kata jangan nangis, abah tanya kak wani nak mai sini ke? wani just angguk tapi xbersuara, mcm mna nk bersuara klu wani tgh nangis? haha. mcm abh nmpk je wani angguk. bodo betol la wani nie -.- akk nakk. wani gagahkan jugak utk bersuara. semalam akk mimipi. akk xsampai hati nk gtau abah ape yg akk mimpi semalam. syukur tu hanya mimpi. akk xsanggup nak kehilangan abah. (aduh, habis kain pelekat abah jadi tempat lap hingus wani) hahaa. nant akk basuh wangi2 eh abah ?? ;') ILOVEYOUABAH ! abah lelaki pertama ada dalam hati akk. antara ibu ngan abah. tak de siapa yg paling akk sayang. dua dua terpaling akk sayang. jadi, jangan tanya siapa yg paling akk sayang, sbb jawapan dia hanya satu DUA DUA AKK SAYANG. iloveyou ! LOVEBOTHOFYOUDAMNMUCH !!! akk xkan tinggalkan ibu dan abah, even akk dah berkahwin sekali pun. akk xkan jauh dr ibu ngan abah. akk JANJI !! ibu ngn abh pegang janji akk eh? tak kira walau apa yg berlaku. ;')
Akak doakan abah cepat sembuh tau?
kayy lah korang. sampai sini je kut. wani nak kena siap siap, sbb nak g tgk abah kat sana. serius. wani rindu giler giler kat abah ngan ibu. miss you. muahh muahh muahh. bbye korang. Assalamualaikum. :')


p/s :: tolong doakan kesembuhan abah wani eh? thanks atas doa korang. :') wani sangat hargai itu. :*

Sunday, October 28, 2012

WE LOVE MALACCA ♥



Assalamualaikum dear readers,

hey hey hey, hehehe, wani baru balik daripada Melaka nie ;) tak penat ke??
ehh of coz aa penat. huhu. tapi semangat nak update entri pny pasal. dah tak rasa penat dah. hehe ^^y mesti laa wani nk sharing sharing ngn korang dlu ~ korang mesti nak tau apa yg wani buat kat sana kan? ehh, xnak? hmm, kay xnk sudah :p



hehehe. siapa yg nak tu, meh meh wani cerita kat korang, tadi wani saje je wat gimik. aicehhh :'p
okayy first day wani kat sana. (  25.10.2012 )
tak banyak sangat aa aktiviti yang kitaorg buat, sbb kitaorg check in sana pun dalam pukul 6.45 malam.

kita teruskan ke hari yang kedua. jyeahhhh. SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
pada hari kedua, lepas pergi rumah pak ndak wani, kitaorang g masjid. yelaaa, teman abh ngn abg wani g solat jumaatkan?? woahhh, lagi best bila majid tu berhadapan dengan pantai. sambil tunggu dorang, wani ngn yg lain tunggu kat pantai tu, sambil tunggu, kitaorg snap laa gambar sikit. haha. memang xsah klu x ambik gambar nie~
alarh sikit je gambar yg kitaorg ambik.. hehehe.
okay sambung~ lepas abah ngn abg arip siap, kitaorg balik chalet dlu sbb nk tukar baju, sbb nk g BERJALAN !!! JALAN ~ JALAN JALAN CARI MAKAN. hewhewhew ;p

okayyy. dah siap mandi salin baju dan sebagainya, we ready to go !!!
abah bawak kitaorg pergi tempat yg bersejarah, iaitu, A FAMOSA. kat situ wajib pergi tau kalau datang Melaka. sbb tempat dia TERBAEKKKK !!! (Y)
kitaorg ada snap gambar jugakk.

see see see ;)
ANTARA GAMBARNYA ::

















WA RINDU SAMA LU :') kan best kalau dia ada kat sini.
hey, wani tak lupa pun kat dia. wani ada beli something untu dia ;)
apa dia?? tunggu la~ teruskan membaca :'p

jyeahahhhhh. bersama adik wani yang brutal lagi comel.
mana tak brutalnya? tgk gaya pun dah tau. pstttt. diam diam.
nnt dia smackdown wani klu dia tau wani panggil dia brutal.
                      WA SAYANG INI BUDAK <3

hari ketigaaa, kitaorang pergi naik kapal dekat MELAKA RIVER CRUISE, perghhhh tak syiookkkk gilerr.
tau tak kenapa? haiseymann, bau longkang :'3 amaran ! jangan nganga mulut anda semasa menaiki kapal tu, air dia xsedap. yeksssss :p serius busuk -.- ibu aq sampai tutup hidung guna tudung, xtahan pny pasalkan? bhahahahaha. aq rileks je, walaupun dlm hati, rasa nak muntah la laa tu jugakk. tapi perjalanan tu memang menyeronok. cantik ouh view dia. dekat bngunan tu ada lukisan. lukisan dia. perghhh. susah nk digambarkan. klu korang nk tau, apa dia lukisan tu, korang kena datang and naik kapal tu, xapa klu kena tahan sikit, asalkan kita puas ;)
okayyy, dah sampai~ masa tgh dok jalan jalan tu, kitaorg ternampk ada abg lukis gambar. hehe.
apa lagi. buat jugak laaa. hehe. boleh tahan laa lukisan dia.. nk tgk?? 
nie haaaa~


 okay cun :D hahaha, cantik kan?? bukan wani la~
lukisan tu. pandai abg tu lukis. dia ambik bahagian muka je.
badan tu dia tambah tambah. murah je. RM15 satu keping. tapi wani
dapat murah. RM 10 je. sbb kitaorg buat satu family. so dapat diskaun sikit. try aaa
kalau korang dtg sini nnt. syiokkkk !!!!
okayy hari sudah mau malam, sebelum tu kitaorg pergi tempt yang jual cenderamata, yeahhh.
wani tak lupa kawan2 laaaa. tapi nk beli byk wani tak ada duit. wani beli sikit je.
awak awak yg tak dapat tu, sorry ye?? wani xada modal laa nk beli banyak2. inyaAllah, klu wani datang sana lagi, wani beli untuk korang pulak kay?? :') don't buat muka sedeh pleassshhhh. :*


                                 heyyy, wani beli nie utk dia, satu untuk dia, satu utk wani ;)



hehehe, gelang nie, wani tak nak post kat dia.
sbb wani nak pakaikan sendiri kat dia bila dia dtg Malaysia nnt.
hehehe, sweetkan?? yg baju tu pulak, wani beli satu je. no money laaa nk beli sampai dua..
 :'/ muahhh. wani tak pernah lupa kat dia.
masuk hari nie, dah 2minggu xdgr khabar dia,
awal bulan depan baru dia on9 balik. tp xpew.. wani masih boleh menunggu lagi ;')



okayyyy, done beli cenderamata, kitaorang g Dataran Pahlawan Melaka Megamall. kitaorg buat apa kat sana?? hehe, kita org nk g main bowlingggg. i loikkeee bowling. hehe. pak ndak kitaorg ajak g main bowling, so, apa lagi. jom ahhhh. da lama xmain bowling nie. hehehehe. Layanzzzzz ~



PEACE ^^y
nothing to say ;)

haaa, yang tetengah tu, ank pak ndak. akk sedara wani.
hewhew, yg buat muka comel tu wani. :p
yg buat peace tu adek wani, perghhh, dia handal plak main bowling.
wani kalah ngan dia pada round kedua, wani bangkit pada round ketiga, menang woyy,
hahaha. bangga bangga bangga ;P








lambat gakk aa kitaorang abis main, sbb main 3 game kan?? pergh balik balik terus tido.. tak leyh tahan ngantok. yg tido tu family wani laa. yg wani nie pulak, balik chalet, terus on lappy. hehe. nsb baik kat sana ada wifi. apa lagi. fb ngn twitter time.. :p kul 2pg baru tido. hehehehee ;P


hari keempat, (28.10.2012 ) hari nie lerrr. hmmm. kita nk kena balik daa. sbb esok sekolah..
sebelum balik, kitaorg g makam Hang Tuah. nak sampaikan salam kawan2 wani kat dia, haha. iye iyee je..
betul ke tu makam dia?? entah laa. wallahualam. :') gambar g makam ada, tp xupload lg :'3
lepas g makam HangTuah, kitaorg g breakfast kat RESTORAN COCONUT SHAKE KLEBANG,
perghhh. memang terbaikkk. best ouh makan kat sana. tempat makan paling pemeshh kat Melaka.


kitaorg minum nie ~

okayy, sampai sini je kut.. rasa pnt plk. hehe.. bbyeee. nk g kemas brang plak ;)
bbye ASSALAMUALAIKUM, jgn lupa datang MELAKA kay ?? ;)



WE LOVE MALACCA ^^y



Wednesday, October 24, 2012

HAMOSHANNNNN -.-

Assalanualaikum dear readers,

hey heyy korangg :'3
korang, wani bosan aa, nak tulis apa eh? hmm, haaa, haishhhh. haaa ! dah jumpa idea, hehe
esok an ? wani and family nak gerak Melaka, heeee, tak sabar ^^y
kan dah nak raya haji kan?? korang x balik kampung ke?? ;)
actually melaka tu bukan kampung wani, kampung wani kat kedah, hehe, saje nk g bercuti.
bila wani kata kat kawan wani yg wani nak g melaka, mula laa ada yg mintak belacan laa, cencaluk laa,
baju laa, cenderamata laa, yang paling tak tahan sekali bila kawan wani mintak hang tuah. hahaha
ape laaa, mcm boleh je ;p

hmm, tetiba wani teringat kat kawan kawan wani, dorang baik sgt., thanks korang, wani tau kadang2 perangai wani nie menyakitkan hati korang, tapi korang xkesah pun kan?? hehe <3
memang, memang kalau orang tak kenal wani nie mcm mana, mesti dorang akn sakit hati dgn wani,
tapi bila da lama kenal, baru dorang faham perangai wani nie macam mana, haha, tak dinafikan. sbb kawan2
wani yg rapat ngn wani sekarang nie sendiri wat pengakuan berani depan wani, dorang kata dulu, dorang tak suka giler dgn wani. kay sabar wani sabar~ hahaa, then wani tanyalah knapa. then dorang kata laa sbb dorang xkenal wani dlu. tu laa. belum apa apa lagi dah nak judge orang -.- haish, tapi wani tak ambik hati pun ngn dorang, sbb bukan salah dorang pun :)

WANI tau lembu nie comel. hahaha :D 
wani cuma nak dorang tahu yang wani sayang sangat kat dorang dan wani hargai sangat sangat diri dorang :D tadi masa wani tengah buat folio akaun, wani terhutang sangat dorang, dorang tak berkira pun dengan wani, masa wani tengah kelam kabut, dorang banyak membantu, thanks honey ;)
sorry la sbb tak sempat nak tunggu korang tadi, wani nk cepat tadi, sbb ibu dah tunggu depan pagar skola. hope korang tak marah kay?
hey,, dengan kesempatan yg ada, wani nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA <3
siapa yang balik kampung tu, pesan kat sesiapa yg bawak kereta tu, bawak kereta hati hati kay? ingatlah orang yg tersayang ~ muahhh. lobe yoyuyyyyyyyyy ;')

Saturday, October 13, 2012

My FAMILY ;)

Saturday, October 6, 2012

AKU DAN KEKASIH :')

Assalamualaikum dear readers :)


kali nie wani ingin menceritakan tentang KEKASIH wani ( wani tulis huruf besar sebab wani terlampau sayang pada DIA ) Penyayang sungguh sifatnya. 'betul nie.. tak tipu punya!' cinta sejatilah katakan. ketika wani susah, minta tolong je pada DIA. mesti akan dtg bantuan. bila wani susah hati, mengadu je pada DIA .. direct ! tak payah naik kereta atau kapal terbang. yang seronoknya, bila wani dah mengadu pada DIA, terasa tenang je jiwa nie,

    KEKASIH ni tak pernah sakitkan hati wani. bila-bila masa wani boleh berhubung dengan DIA. yang paling bestnya sebab memang betul-betul rasa DIA dekat dlm hati nie. yelah cinta punya pasal la katakan?? hehehe.

    DIA tak kesah pun klu wani tak ingat kat DIA. tapi rugilah wani. sbb kalau wani selalu ingt dan berhubung dgn DIA , mesti mcm-mcm yg wani dapat. memang kekasih sejatilah nie ! kadang-kadang, wani baca balik semua surat yg penuh dgn maksud, wani baca utk hilangkan rindu kat DIA. dalam pkul 3-4 pagi, klu wani terjaga, mesti wani berhubung dgn dia utk melepaskan rindu.


    Sebenarnya, kekasih wani nie kaya, milionaire, bilionaire.. dan entah apa naire lagi laa, DIA memang pemurah, semua keperluan wani, DIA yg tampung. percaya tak?? tolong la percaya ! sebab ia benar :) tapi wani tak ambil semua tu free free je. wani balas balik budi DIA dengan ikut semua apa yg disuka dan tinggalkan apa yg DIA tak suka. tak apa klu wani berkorban sekarang, sbb DIA da janji. siapa-siapa yg sayang dia, dia akan bagi hadiah special yg wani sendiri pun tak pernah fikir !! ishhh, Rindu sangat dah kat DIA nie!! <3

KEKASIH, AKU BERJANJI, AKU AKAN PERTAHANKAN CINTA INI, WALAU NYAWA MENJADI GANTI.. MENGGADAIKAN CINTA TERAGUNG INI, TIDAK SAMA SEKALI, WALAU KITA TAK PERNAH BERJUMPA, AKU TETAP MERASA CINTAMU <3...



Itulah KEKASIHKU..  ALLAH S.W.T.. CINTA TERAGUNGKU <3 I LOVE ALLAH. I LOVE ISLAM. I LOVE MUHAMMAD. I LOVE IBU ABAH. I LOVE YOU SAYANG. :')


DEMI ALLAH SAYA SAYANGKAN AWAK. :')

Sunday, September 30, 2012

TERINGIN JUGAAA

Assalamualaikum dear readers,


hmm, korangg, wani kan. wani ada impian, wani nak jadi perempuan yg mcm nie...




BERHARAP JADI SEPERTI DIA.
DOA WANI :')
HARAPAN WANI <3


Saturday, September 29, 2012

NEED SUPERMAN :')




???? :'/

Friday, September 28, 2012

POK POK YANGGGG :')



Assalamualaikum dear readers,

hmm, hari nie wani nk update pasal kucing kesayangan wani. SI TOMPOK a,k,a POK POK YANGGG.
Sumpah, wani rasa sunyi sekarang nie. wani rasa kehilangan :'(
tompok yg sekarang dah tak sama mcm tompok yg mula2 wani jaga dlu.
ya ALLAH, mcm nie ke rasa bila jadi seorang ibu??

korang xtau apa yg wani rasa. dulu masa tompok kecik. wani selalu main dengan dia. tompok seekor kucing yg
cergas, aktif, nakal dan pandai. wani sayang dia sangat sangat. setiap malam, tompok la yg akn jd bantal peluk
wani, wani xleh tido klu xada dia. sebelum tido wani akn letak dia atas wani dan belai dia, sampai laa wani tetido.
arghhh, serius wani rindu.

tapi semakin tompok membesar, dia da pandai bercinta. dah pandai keluar malam, kadang2 xbalik langsung.
ko kemana tompok?? ko tau tak kat luar banyak anjing?? kalau dia ngap ko mcm mna??
esok pagi tu, adk wani keluar gi cari tompok. rupa rupanya dia tgh dok berdating ngan kucing hitam. haiii laa tompok,
sejak bila ko pandai dating nie haaa??? keesokkan pulak, tompok keluar lagi, wani ingat dia hilang. rupa2nya
dia pergi jumpa kucing jantan, tp bukan kucing hitam, kucing oren, bila wani ambik tompok, kucing oren sebok
mengikut sampai kerumah.ehh ko xfaham ke, yg ko nk menggatal ngn kucing aq buat apa??
kucing aq kecik lagi ko tahu tak?? tapi kucing oren still lagi tunggu kat depan umah sambil mengeowww.
sabar je lah -.- nsb baik ko kucing.


tiga hari lepas kejadian tu, masa tompok balik rumah, wani rasa kelainan pada diri dia. dia da x aktif, dah asyik
dok diam je, kenapa tompok?? bila wani pegang badan dia. dia mengeoww, sebelum nie xada pulak dia
mcm nie. sahhh, tompokkkk, adakah kucing oren atau hitam dah ???? oh tidakkk !!!! kesiannya kucing aq !!
kalau wani jumpa kucing hitam atau oren tu, wani akan sunatkan dorg buat kali yg pertama !! kesian tompok,
lepas kejadian tu tompok jadi pendiam, kucing2 jantan xguna tu pun da lama x nampak. -.- dasar jantan.

masa balik kampung, kitaorg bawak tompok sekali, wani tengok tompok makin gemok. haii tompok, kuat makan
nampak. lepas tu, nenek wani kata tompok bunting nie. hah??? :0 tompok?? ko bunting?? bia betul !! wani rasa
nak pengsan. beberapa bulan kemudian, perut tompok makin memboyot. dia makin jadi pendiam. kesian dia.
sehari sebelum tompok nak melahirkan, petang tu dia nmpk lemah sangat, masa wani tidur wani dengar bunyi
loceng, hmm, tompok laa tu. bukak2 mata tompok da ada kat bawah lengan wani. tidur plak dia. hmm, rindunya
nk tido dengan ko tompok. petang tu, wani biakan dia tido sebelah wani, sambil belai perut dia, wani rasa ada
sesuatu bergerak, ehh.. ank ko tendang laa tompok. sambil tersenyum :) malam tu, tompok asyik mengeoww,
bg makan dia tak nak, minum pun xnk, wani panggil adek2 wani suruh2 tgk2 kan tompok nie. adek wani kata
tompok dah nak beranak dah nie, air ketuban dia dah pecah. ya ALLAH, apa wani nak buat nie??
wani tanya adek wani, mana tompok?? dia kata tompok dah masuk bawah katil. wani nk ambik dia,
tapi jauh nun kedalam dia masuknyaa. haiyaaaaa.

pagi tu, ibu panggil, KAK WANIIIIII !!!! DEK DAAAA !!!!! wani pun kelam kabut bangun, ibu kata. cuba dengar.
'meowww, meowww' ehh, tu bukan suara tompok. wani pandang dek da, ANAK DIA !!!!!
adek ada dengan susah payahnya menarik katil kebelakang. mak aiii, kuat nampak. :3
haha, tgk2, tompok tgh menyusukan ank2 dia.. anak anak okay?? klu dah kata anak anak, ramai laa derrr.
ada 3ekor bhaiii. seekor warna hitam, dua ekor warna oren belang putih.. ohmaiiii, wani teringat kat kucing2
jantan tu. ank dorang ke?? hah?? xmasuk akal. sebenarnya, dua ekor kucing tu penah msuk umah wani ikut
pintu belakang, tapi wani halau, sbb tompok lari bila nampak kucing2 tu. hmm, kesian tompok, mesti dia trauma.
wani belum puas tgk tompok menyusukan anak anak dia, ya ALLAH, menangis wani kat situ bila tgk tompok
jilat anak2 dia. penyayangnya tompok. wani ambik tompok, wani rindu dia, wani nak peluk dia, tapi bila wani ambik
dia letak atas katil, dia turun balik, kenapa tompok?? rupa rupanya dia nk duduk dgn ank2 dia. hmm, xpelaa
tompok, pergilaa, wani faham. sumpah wani sedih. wani tau. sekarang tompok dah jadi seekor ibu kucing.
walaupun dia masih muda, tapi dia nampak care dgn ank2 dia, bila ank2 dia nk minum susu, dia sanggup
bengkokkan badan dia, arghh susah wani nk ckp cara dia, sungguh menggharukan, sampai nngis wani
dibuatnya. agaknya mcm nie rasanya jd ibu, jaga ank masa kecil, ank dah besar, dah ada ank, kena jaga ank,
tak ada masa dgn ibu. :'(


WANI RINDU TOMPOK YG DULU, MASA DIA KECIK2 DULU. TAPI WANI KENA TERIMA HAKIKAT, TOMPOK
DAH BESAR DAN SUDAH MENJADI SEEKOR IBU KUCING. WILL MISS YOU POKPOKYANGGG :')

WANI PECAH RAHSIA ;)


assalamualaikum dear readers, :')

post kali nie, wani nak bongkarkan rahsia rahsia mcm mana wani boleh jadi kurus dan
apa kisah dia yg menyebabkan wani boleh jadi kurus mcm nie. hehe,
bkn saje2 wani nak post bnda nie. nie semua sbb permintaan gila kwn2 wani. alahaiii, tapi xpew laa.
okay gak apa, boleh sharing2 ngan korang semua. hehehe.

kisah dia bermula masa wani darjah 6. darjah standard 6 wani dah gemuk, berat wani 52kg. berat lah kan
bg budak yg baru berusia 12tahun? OBESITI dah tu :'3 serius wani malu giler msa tu. tapi alhamdulillah,
walaupun wani gemuk, kwn2 xsisihkan wani. alhamdulillah, thanks korang <3

-sekolah menengah-

masuk form 1, wani dapat kawan2 baru.. wani mula rasa x selesa lagi. sampailah sorang budak baru
ni masuk kat kelas wani, kerek gila babenggg. ada ke patut dia panggil wani makcik?? kuang asam jawa betul.
mentang2 laa dia cantik dan kurus, sesuka dia je nk menggelar org. -.-
disebabkan dia, wani jadi murung. kwn2 pun mcm pulaukan wani. sedih kay sedih :'( wani tau laa wani gemuk.
mcm mna wani boleh gemuk? okayy, mcm nie, wani nie suka makan, masa wani kurus dlu, prinsip wani,
'makan byk manapun aku tetap kurus jgak'. masa tu wani belum gemuk lg, sampailah suatu hari wani perasan
perubhan pd diri wani. huhuhu. akhirnya, wani jadi gemuk :'/
apa taknya, pagi wani makan nasi lemak, petang wani makan macam2, malam wani makan coklat ngn aiskream.
hari hari plak tu -.- semua salah nafsu :'3
- berat badan = 63kg

masuk form 2, wani bertekad utk kurus, wani aim badan sesiapa yg wani rasa okay, wani set dalam otak,
wani nak badan mcm dia !!! mulai hari tu, wani mula ikut ibu g jogging tiap2 pagi. wani mula ubah cara
pemakanan wani, pagi wani xmakan, kat skolah pun wani xmakan. balik skolah baru makan, malam pulak wani
dah xmakan. tiap tiap malam wani akan bertungku dan exercise, nsb baik kat umah wani ada alat senam. :)
- berat badan = 58kg

masuk form 3, badan wani mula menunjukkan perubahan, yeayyyy, wani makin kurus :D chantekkkkk. haha.
tapi wani tetap bersenam. disebabkan alat senaman dah rosak wani kerjakan, wani terpaksa guna kaedah
biasa. wani tak rajin nak jogging kat luar. so, nk tau wani buat apa?? tiap tiap pukul 8mlm, sebelum makan,
wani akan jogging kat dalam bilik. alarh, jogging setempat je, sama jugak. wani jogging selama 30minit,
tiap2 hari tau?? tapi sbnrnya xperlu pun, korang boleh bersenam seminggu 3kali selama 30minit. :)
-berat badan = 52 kg

masuk form 4, berat badan wani naik balik. alahaiiii -.- makan banyak, malas nak exersice, semuanya malaslah.
ini semua sbb wani punya tension. serius, tahun nie paling byk tekanan. wani kalau tension, wani byk makan tau??
tension betullah. tekanan belajar + tekanan perasaan + tekanan tugasan + tekanan jiwa, mental semua ada :3
and lg satu korang nak tau x? budak yg ejek wani makcik tu kan?? dah jadi kawan wani skrg. haha . aptb
-berat badan = *rahsia ;'p * tapi still nmpk kurus tau?? :p berat je naik. hehehe



moral value kat sini ; jangan terlalu ikutkan nafsu makan tau?? kerana nafsu, rosak badan. dan jangan tension
tension sangat. amalkan cara pemakanan yg  sihat. klu korang nk tau?
'Nabi Muhammad paling xsuka umatnya yg gemuk. sebab mereka seperti menzalimi diri mereka sendiri ;')

BEFORE

FORM 3
NOW

Thursday, September 27, 2012

EXAM !!!!!!

OH TIDAK !!!!!!

Assalamualaikum dear readers,

kayyy, wani tgh cuak nieee.. pasai apa?? pasai minggu depan dah nak FINAL EXAM meyhhhh. -.- cuak kay cuak :'3 dah lah wani belum siap2 apa apa pun, dari segi mental, mahupun fizikal. hmm, serius, tahun nie teruk gilerrr. ya Allah, sempat ke wani nak perbetulkan semua nie?? wani menyesal sbb tak buat betul2 dlu, :'(
yg wani tau, keje wani, mengelamun, menangis, mengelamun, menangis, layan perasaan, tgh belajar pun mcm tu jgakkk. ibuuuuuuuuuuuuu, knp ngn akk nie?? :( wani xnak xnak xnak mcm tu. tapi, semua nie salah wani, cubalah klu wani x bercinta dlu, xde lah wani jadi mcm nie, satu je kelemahan yg wani tak suka, wani tak pandai nak asingkan masalah belajar, ngan masalah perasaan, klu salah satu nie terganggu, satu lagi akan terkena tempias. arghhhhhh, lupakan pasal bnda yg xpenting nie. sekarang nie nk ckp pasal exam !




wani tension nie !!! menghadap buku lama2 boleh buat kepala wani rasa nak meletop. lagi lagi matapelajaran SEJARAH. makk aiii, belajar je sejarah nie, cepat je buat wani rasa nk tido. whyy whyy whyy sejarah?? kenapa ko sungguh membosankan?? sejarah nie kira susah la jugak, byk fakta yg nk kena ingt, dia x sama mcm bahasa melayu yg boleyh diputar belitkan sbb sejarah adalah tepat, benar dan fakta ! aduuuuhhhhaiiii, kesusahan melanda. somebody, help me please ! *barunakrasamenyesal :'3


tak pe lahhh, sampai sini je laaa citer dia, shafa ucapkan all the best to you all, jangan lupa buat revision okay?? semoga korang semua dapat menjawab semua soalan dengan mudah, insyaALLAH :')



Formula Kejayaan :


 USAHA + DOA ( DOA IBUBAPA ) + TAWAKAL = KEJAYAAN



GOODLUCK <3





Tuesday, September 25, 2012

TWITTER , DIA MENANGIS :'(

assalamualaikum readers,
utk post kali nie, wani nk kongsi twitter wani ngn korang,
hehe, see kat gambar tu. @ShafaUlala
hehehehe, kalau korang ada twitter jgak, nk wani follow, bg jelah nama twitter korg kat  shoutbox yg wani sediakan tu ye :) atau nak senang lg, follow je wani, n wani konfem wani follow balik.
wani nie tak kisah laa follower byk ke sikit, apa ada hal?? xde hal pun, bkn ke mana pun klu following lg byk drpd follower kan?? wani nie bdk biasa2 je :) klu ada follower ramai pun, tp xbertegur xleyh gak kan??
^^y. itu satu hal. bnda ke dua yg wani nk shaare pasal sorg pakwe nie.









KLIK PADA GAMBAR klu nak tgk lebih jelas :')






wani betul2 maksudkannya, wani ikhlas walau dia bkn milik wani n xmungkin akn jd milik wani,
tapi wani nk dia bahagia, xkisah la dia ngn perempuan mana pun,
asalkan dia bahagia dgn perempuan tu, serius wani pernah mimpi, mimpi yg dia dah xada.
ya ALLAH, jgn la kau bawa dia pergi lagi, wani xkesah klu wani xdpt cinta dia.
tapi wani kesah klu wani xdpt jumpa dia da. :'/


Wednesday, September 19, 2012

CIKGU HEBATTTT ;)

Assalamualaikum dear readers,

hehe, hari nie wani nak ceritakan pasal seseorang.
seseorang itu ada cikgu wani, yg bernama Puan Teo Sook Mei <3
hehehe, yeahh.. mmang cikgu nie beragama cina tapi, jangan pandang cikgu nie xde mata okay??
dia belaja byk tentang Islam. dia juga tahu dosa pahala, haram halal tau??
hahaa. ada suatu hari tu, kawan wani kena sembur dgn dia dlm kls sbb kwn wani tu xpkai tudung,
dah kene ceramah free. tp wani xtaulah cerita keseluruhan dia, sbb kitaorg xsama kelas. huhuhu, kesian dia.
(ehh, wani xejek, wani serius kesian kan dia -.- )

nak dijadikan cerita,, cikgu nie bekas guru kelas abg wani tahun lepas. skrg abg wani da abis skola da, abg wani pernah cerita mengenai seorang cikgu nie, abg wani cerita bagaimana cara ckg tu mengajar,
gila ouhh,, memang kawkaw.. denda dia memang terbaekkkkk ! wani kata padan muka kat abg wani, last last tahun nie, ckg tu plak mengajar wani. kuang kuang kuang. suka btol abg wani bila wani ckp kat dia pasal berita nie.


tapikan?? wani da tgk kebenaran dia, teacher memang terbaekkkkk ! cara dia mengajar memang lain drpd cikgu yg lain, wani xleyh citer lebih2 cara dia mengajar, sbb secret. dia kata cara dia nie limited utk pelajar skolah SMK DAMANSARA DAMAI 1 je. hehe. jangan jealous :p
tapi dia punya dendaaaa, byk kreatif oww, takut, seram, lawak pun ada, tp, lawak lawak juga, skali kena.. malu owww. -.-

tadikan?? dalam kelas teacher duduk sebelah wani, haishh. nie yg menggelabah nie, terukk terukkk -.-
tapi wani buat cool je. alahaii cikgu,, nape laa cikgu dok sblh wani. huhu, takut tau x?? haha, tp xdinafikan teacher memang sporting, hehehe. masa tgh belajar kan?? cikgu ckp pasal psikologi, woah, wani xtau plak ckg pandai bab bab nie. hebattttt ! hehe, wani cuba test tny cikgu. suruh cikgu teka wani nie mcm mna orgnya. then cikgu ckp mcm nie, 'shafa ini suka mengelamun, tapi kalau tak mengelamun otak dia cantik ini. (denganslangcinadialah~) afif kata, memang btol pun teacher. (sambilgelak) kuang aja punya pendek :3
pastu wani tanya, kalau afif ngan ekah plak? teacher jawab 'afif nie boleh jadi pemimpin, bila dia bg arahan, semua settle (ceyhh, kembanghidung dia) ekah plak blur, muka da okay, tapi blur, selalu kena buli dengan afif, afif ckp apa, dia ia kan aje. (hahahaha, kandahkenabalik) pastu wani pun cakap,, fuyooohhh, betul tu teacher, afif memang selalu buli ekah, teacher ckp 'woahh, btol ahhh??' perghhh hebat laaa teacher, :) #tepuktangantandabangga.


mcm mna teacher boleh tahu wani nie suke mengelamun eh?? hmm. mmg tahun nie wani kuat mengelamun pun :/ tapi thun dpn xde dahhh. wani xnk pikir pasal nie dah ! :')

Sunday, September 16, 2012

CINTA AKAN DATANG.

Assalamualaikum dear readers,

tadi wani on9, bace status faeznur, dia ckp mcm nie.



cinta tak perlu dicari kerna dia akan ada depan mata kite . antara semua lelaki mesti ada yg nak dekat kite dan kite sbg pompuan kalau dah kenal hati budi si lelaki tersebut , terima la ia . terima dengan hati terbuka . pasal syg kemudian :) 
#act , aku pon tatau ape aku merepek nieh . tapi aku rase betol :P HAHAHAH 


wani pun rasa mcm tu, tp kan korg, susah kan?? nk jumpa org yg betul2 sayangkan kita.
xdinafikan, memang ada yg nk kat kita, tapi kita x dpt nk pastikan adakah dia betul2 nk kan kita atau sekadar mau memperrmainkan saje. entah laaa.
kadang2kan korang, wani selalu mimpikan yg wani ditemukan dgn org yg mampu memjaga, membimbing, menyayangi dan terima segala kelebihan dan kelemahan wani seadaanya. tapi kita tak tahu, apa yg telah ditetapkan utk kita oleh Allah. Sbb tu semua rahsia Allah, kita just kena tunggu je. tapi, wani xtau, kenapa wani selalu mimpikan org yg sama, org yg wani xnak langsung hadir dalam hidup, apatah lagi dlm mimpi wani pada waktu ini. tapi kenapa dia muncul juga. wani tak kuat n wani xnak dia hadirrr !!!





# please go :'/ i am begging you ! ya Allah, janganlah kau hadirkan perasaan ini dalam hatiku jika dirinya bukan utk aq.  :'(

Friday, September 7, 2012

AQ BERAZAM !!

Assalamualaikum dear readers :)

Azam wani utk 2013

wani harap, tahun depan boleyh mengubah segala2nya.. wani nk tahun depan lebih baik drpd tahun nie..
wani nak, tahun depan, buku sekolah jd pakwe wani, pusat sumber jadi kawan wani n cikgu jadi sahabat karib wani, tahun depan adalah tahun yg menentu masa depan wani, bagi budak skolah, SPM adalah segala2nya.. dia adala penentu mana arah tuju wani selepas tu. wani xnk kecewakan ibu ngn abah lg. wani xnk apa yg dorg bg pada wani, wani balas dgn kegagalan, takk, wani xmau itu.. wani janji. abah! akk janji, akk xkan sia siakan apa yg telah abh bagi. semua penat lelah abah utk memberikan pendidikan yg sempurna pada akk, akk akn bayar dgn kejayaan, n pada masa tu, akk nk abah ngan ibu tersenyum bangga pada akk, akk nk ibu menangis atas kejayaan akk, bkn atas kegagalan akk. itu janji akk. cuma, akk perlukan doa n restu drpd ibu ngn abah, ibu selalu ckp, klu nk berjaya, kena usaha, n jgn lupa berdoa. akk akn berusaha, n akk juga perlukan doa ibu n abah. :)




ibu abahh, doakan anakmu ini ye? :')

Saturday, September 1, 2012

AQ BERJANJI !

assalamualaikum readers..


korang.. korang rasa wani nie teruk ke?? jahat sangat ke wani  nie?? nakal sangat ke??
ibu kata wani da berubah.. wani xsama mcm wani yg 2 tahun dulu, dulu.. wani nie seorang yg
manja, sopan, dengar kata, xbyk ckp, lemah lembut dan pemalu,
tapi semenjak itu, kejadian itu.. wani mula berubah sedikit demi sedikit.
wani berubah menjadi seorang yg kasar, kuat memberontak, byk ckp, dan wani xpercaya kat mana2 lelaki kecuali abah wani. hati wani masih lagi kecewa..
walaupun benda tu dah lama, tapi masih berbekas dalam hati.
begitu besar impak pada wani n small matter pada dia. sbb apa? dia cinta pertama wani, tapi wani.. entah cinta keberapa pada dia,

semua tu susah utk wani lupakan. wani cuba menerima cinta lelaki. ada yg mmemberi tapi tidak disambut oleh wani, sbb wani xnk hati dorg terluka, buat apa wani terima sedangkan hati wani masih ragu2 ?? wani harap dorg faham.. sekarang nie,, wani nk tumpukan pada pelajaran wani.
tahun nie, keputusan result wani sangat mengecewakan, kalau dulu wani selalu cemerlang, tapi tahun nie, wani.. hmm, waniiii, wani sendiri kecewa dgn diri wani. wani x bagitau pada ibu tentang result wani sbb wani xnk ibu kecewa. dlu ibu kata wani anak yg ibu harapkan. ibu nak wani berjaya. dlu ibu juga bagi peluang pada wani, ibu kata ' akk, kalau nk kawan ngn lelaki ibu x kesah, tapi jangan lupakan pelajaran n jaga maruah  diri dan kluarga'

pesan ibu, wani sematkan dalam hati, ada ke ibu yg sporting mcm ibu wani nie?? wani rasa jarang nk jumpa,
tapi apa?? mata pelajaran wani merosot. matapelajaran wani merosot bkn sebab sesiapa, nie semua sbb wani. wani yg jadi mcm nie. ibu, maafkan akk, akk dah kecewakan ibu. dengan ini saya, NORSHAFAWANI BINTI ELIAS berjanji akan BELAJAR BERSUNGGUH2 n TIDAK AKAN BERCINTA dgn sesiapa pun, sehingga wani tamat SPM. wani akan tumpukan pada pelajaran wani.
korang jadi saksi wani eh?? :')






SUMPAH ! akak SAYANG IBU SANGAT2. <3 tolong jangan kecewa ngan akk. akk janji akn berubah.akk jadi akk yg dlu. AKAK SAYANG IBU TAU?? SAMPAI MATI AKAAK SAYANG KELUARGA AKAK. EXSPECIALLY YOU MOM <3 muahhhhh :*







mokk, maafkan saya..

Thursday, August 30, 2012

LAGU NIE UTK AWK !!

Bagaimana cara membuatmu bahagia,
nyarisku menyerah jalani semua,
tlah berbagai kata ku ungkap percuma,
agar kau percaya cintaku berharga,
tak kuat kumenahan mu,
mempertahankan cintaku,
namun kau begitu saja,
tak pernah merindu.



sungguh aku tak bisa,
sampai kapan ku tak bisa,
membenci dirimu, sesungguhnya aku tak mampu,
sulit untuk ku bisa,
sangat sulit ku tak bisa,
memisahkan segala cinta dan benci yang ku rasa...




- CINTA DAN BENCI :')




Thursday, August 23, 2012

RAYA RAYA RAYA !!!!!

 assalamualaikum dear reader.. now RAYA KE 5 <3





yeahhh, pada raya pertama wani mengenakan baju berwarna  ungu :)
hmm, raya pertama berjalan lancar.. cuma yg sedeyh wani xsempat nk rasa rendang tokk :(
tetiba wani teringat kat seseorang. wani nk beraya ngan dia. tapi disebabkan ada hal2 yg
tak dpt dielakkan. wani terpaksa tinggal kat kampung hampir dua minggu .
so saddd sbb x dpt beraya nk dorg :'/

raya keduaaa :D
sambil menunggu abah nk siap2. wani bergambar dulu dgn ibu
masa nie wani tgh tunggu abh utk ke majlis reunion dia. nk jumpa  kawan2 dia yg sudah
25 tahun x jumpa .. hmm, tapi sedeyh .. ada dua sahabat drpd kwn abah wani telah meninggal dunia.
tapi majlis tetap berjalan lancar, wani dpt lihat kebahagiaan di wajah abah ketika bertemu dgn sahabat2 mereka..
dulu, ibu selalu bercerita dekat wani tentang sahabat2 dia masa skola dlu. n dia teringin sgt nk jumpa kwn2 dia
akhirnya permintaan ibu telah dimakbulkan :D









korangg, sebenarnyaa wani.. hmm wani. wani x rasa kemeriahan beraya tahun nie.. entah. wani x dapat rasakan suasana hari raya pada tahun nie.. wani nk raya mm tahun lepas.. bahagia je rasa.. raya kat kg, then bila balik kl, beraya ngn kawan plak.. serius. wani rindu sangatttt :'/