BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, July 20, 2012

TETIBA JE HAPPY ^^y

SI BUNCIT
Happy birthday .. ^_^
 ·  · See Friendship · 13 hours ago · 





hehehehe, sweetkan si buncit :D

Wednesday, July 18, 2012

HAPPY BIRTHDAY TO ME !!


Assalamualaikum, dear readers.

hehe, korg nak tau x hari nie hari apa??
18 JULAI 2012 ??
hari nieeee birthday wani yg ke 16TAHUN :)
Hmm, tapi kan wani sedeyh :(
buncit x ingat kat wani, sampai hati dia. kalau boleyh wani nk dia jd org pertama yg wish kat wani. tp, dia langsung xingt. :/


hmm, xpewlah, bia kan dia. wani da agak daa. awal2 lagi wani da tau. tapi wani xkesah. :)
korang nak tau x?? tepat je pukul 12 tadi, husna call wani, hehe. sayang ko cik husna. ko org pertama yg call aq. mhewhew. dan diikuti dengan OBOY comeyy :D thanks tau awk ;) seterusnya ERRA, sayangg ko la
umbrella :D then AZILA plak mesej :) seterusnya AYEID. serius wani xsangka ayeid ingt birthday wani. terharu bhaii. :') and terakhir *orgterakhirmesejlaa* ABG HAJI :) hahah, thanks abg tembam :) ingt jugak kat wani eh??

ehhh, wani tak lupa tau kawan2 wani yg wish lebih awal drpd tarikh birthday wani, mereka ialah MYRA SHAHRI, FAEZNUR FATIHAH n jugak SITI <3 ouhhhmyy, seriously aq SAYANG mereka sangat2. berebut rebut nak jadi org yg pertama wish kat wani, sumpah terharu gilaa..


yang paling pentinggg kat sini,, wani SAYANG KAWAN-KAWAN wani <3



p/s : sampai ati awk kan buncit :'/

Wednesday, July 11, 2012

HOCKEYYY



assalamualaikum dear readers ;)

hyeee, korg, post kali niee, wani nk citer pasal sukan yg wani minat. wani sangat minat bermain hoki.
yeahhh. semua bermula masa wani darjah 4, wani start main hoki masa darjah 4, n then berlawan
masa wani darjah 5, wani dapat wakil negeri urk tempat kedua.
haishhh, bangga tau? hehe :)
tapi masa darjah 6 ibu wani xbg wani main sbb wani nk UPSR. hmm, susah jugak laa masa tu.
wani sampai nangis2, sbb wani sayangkan hoki nie. wani nk mainn.. tp xpew. wani xmain. sbb wani
xsdap hati klu main tnpa restu dr ibu.
masuk form 1, wani main balik, masa skola hantar utk lwn, kitaorg kalah. wani give up. n xnk men terus.
sampai lah form 4 wani join balik.
yeahh. nk tau x?? act wani baru balik main hoki niee. team wani lawan ngn budak ENGLAND. bapakk semua tinggi2. dorang hebat. team kitaorg kalah. berapa?? xleyh gtau, malu aaaa. >.<

tapi yg paling wani sedeyh, wani xdapat main, nk tau sbb apa?? sbb wani xpakai seluar pendek.
YA ALLAH, xkan la wani nk pakai seluar pendek. sbb wani nie bertudung. patah hati ini. hmm
kalau next game kna pkai seluar pendek utk berlawan jgk, serius wani ckp. wani xnk main hoki dah, bia laaa apa org nk ckp. wani xnk sbb hoki. org pandang rendah pada maruah wani. -.-





haaaaaa, nie laa gambar TEAM SMKDD1 ngn TEAM ENGLAND :D
tgk laaa badan2 depa tuu.  mmg bukan lawan kami la kan??
ssh nk kalah kan dorg. huhu. tapi kitaorg xkesah klu kalah pown. lgpown nie baru permulaan.
hmm, tapi wani xdpt main hoki daa lepas nie.. :'(




Tuesday, July 10, 2012

KU BERTANYA - ADAM AF

assalamualaikum dan selamat malam readers :D

malam nie wani nak post lagu yg baru je menjadi lagu kesukaan wani. lagu daripada ADAM. sumpah sedap.
mcm ada kena mengena je ngn wani. haha. xde laa. gurau saja maaa. muahhh :*

okay terimalah~ lirik daripada wani. haha. iye iye je bercakap. gaya mcm nk bernyanyi. hahhaa.


.::. adakah diriku kau tak perlu lagi?
    adakah cintaku kau tak perlu lagi?
    adakah dirimu dah berubah hati terhadap diriku~

.::. adakah insan lain bertakhta dihatimu,
    hinggakan dirimu mengubah cintamu,
    manakah cintamu yang kau beri dulu,
    terhadap diriku~


.::. kau pernah berkata cintamu adalah,
    selama lamanya.
    bulan menjadi saksi pada malam itu,
    kau kata, kau cinta.

.::. sayangku dengarlah rintihan hatiku,
    ingin kau kembali seperti dahulu,
    kenangan di jiwa membuatku rindu kepada dirimu,
   

.::. kau pernah berkata cintamu adalah untuk,
    selama lamanya,
   bulan menjadi saksi, pada malam itu,
   kau kata kau cinta...


.::. kiranya diriku kau tak perlu lagi,
    simpanlah kenangan cinta kita dihati,
    walaupun ku sukar, ku akur kali ini,
    biarlah ku pergi..


   maafkan aku bertanya...

TENSION !!!

Assalamualaikum dear readers,

hari nie kan?? hari yg paling wani xsuka terjadi dalam hidup wani.
hmm, hari nie wani xde mood sangat2. wani pown xtau kenapa.
masa rehat td, wani rasa tensionnn teramat sgt. wani g kat belakang skolahh and then jerit ' TENSIONNNNNNNNNNNNN! ' sampai budak yg memonteng kelas tu pown terkejut. bhahahaha. wani xperasan plak ada org kat situ.
aduhh, segan kay segan -.-

lepas je wani jerit, wani dok kat tempat letak basikal kat belakang bengkel skola. n then wani nangis. wani nangiss sepuas2nyaaa. sbb kat situ xde org. so aman dunia~

dah puas, wani pown naik laa kelas kwn wani, nk ajk dia g kantin, tetiba plak rasa lapar kan?? da sampai kat kantin x de mood plak nk makan, last sekali wani beli kopok leper je. makan pown sikit.
then wani naik kelas kawan wani tu. lepak kat kelas dia. sbb wani bosan dok kat dlm kls wani, haishh, si buncit pown ada sekali. aarghh lantak laa, padahal dlm hati berdebar2 kan?? hehe. shhhhhh. diam2. :3
masa tu wani rasa sakit kepala sangat. wani pown tido kejap. tetiba si buncit menyanyiii. hmm lahaiii. rindunya nk dgr dia nyanyi. wani dgr je dia nyanyi, sambil tu wani tido.
tapi, tetiba wani rasa sebak. wani xtau kenapa, n then wani keluar, blah mcm tu je.
dia panggil kata keropok wani tertinggal, arghhh, biakan. bkn wani nk mkn sgt pown.
masa tu kawan2 wani da kejar wani. dorg ingtkan wani nngis. padahal x pown.
wani cuma. xboleyh laa dengar suara dia tu. kalau x wani rasa nk nangis,

alahaiii wani, sejak bila ko jadi gadis cengeng. sumpah, dlu wani nie susah nak menangis. sejak hati wani nie terluka. sejak itu laa wani jadi seorang yg sensitif. kalau dulu wani nie seorang yg lemah lembut. tapi sekarang xlagi. semua tu wani buat sejak wani patah hati. wani xnk jadi wani yg dlu !!! hurmmm.. :'(

IF TODAY IS MY BIRTHDAY :)

saya  ada tiga permintaan yg saya nk daripada awak ' IF TODAY IS MY BIRTHDAY ' <3


  1. Saya nak awak jadi orang yg pertama wish HAPPY BIRTHDAY TO YOU kat saya ;p
  2. Saya nak awak nyanyikan lagu KESUKAAN SAYA, tu pown klu awak ingt laa.  *hint lagu : APIT
  3. Saya nak MILO AIS. hahaha :p


    # permintaan tambahan : saya nak awak yg dulu :')

Monday, July 9, 2012

HANYA AKU CINTA KAU SEORANG ( H.A.C.K.S )

kau hadir tanpa ku sedari,
mengisi kekosongan hati,
kini kau pergi tinggalkan ku,
lemas ku dalam sepi.

hujan yang turun ke bumi,
membawa rindu yang menggunung,
kau biarkan ku ohh sendiri,
malam ku tanpa mimpi.

mengapa tangan kau lepaskan,
setelah hatiku kau tawan,
mengapa takdir memisahkan,
hanya aku cinta kau seorang.


mengapa tangan kau lepaskan,
setelah hatiku kau tawan,
angin malam bawalah cintaku,
menghapus rasa rindu~

LAWATAN SAMBIL BELAJAR DI MONASH UNIVERSIRY

Assalamualaikum dear reader,

hi, hari nie wani nk story mengenai LAWATAN SAMBIL BELAJAR DI MONASH UNIVERSITY, SUNWAY CAMPUS. :)

fuyooo, best giler kowt. lawatan tu berlangsung selama 2 hari. pada tarikh 7.7.2012 - 8.7.2012
yeahhh, actually wani xtau pape pown pasal lawatan nie,
tp nak tau mcm mna wani boleyh dapat g sana??
macam nie citer dia~ hahaha

mcm nie, hari jumaat 6.7.2012, sehari sebelum pergi lawatan cikgu ada panggil ahli PRS ( Pembimbing Rakan Sebaya ) utk dtg ke bilik cikgu, kitaorg ingtkan apa, rupa2nya cikgu nak belanja makan :) yeaahhh, siapa yg xnk kan?? haha, tapi kna tunggu sekejap sbb ckg kna settle hal sikit. masa tgh tunggu tu, ada seorg akk nie bg satu kertas kat cikgu, ckg letak tepi meja. wani pown ambik laa. suka hati je kan?? memang hati wani suka pown. hahaha. rupa rupanya surat kebenaran utk lawatan ke MU,SC. woahh, apa lagi, wani pown ckp la kat ckg, yg wani pown nk ikowt sama, yeahh, cikgu benarkan :D lagi melompat laa wani.



 Yg dpt ikowt last minute wani ngn faeznur, sbb dia pown ada sama kat situ. wani ajak dia sekali.  mula2 dia xnk ikowt sbb cikgu hoki kami kata nk pergi ke stadium apa tah utk berlatih kat sana. tapi wani xnk lepaskan peluang ke UNIVERSITY, siapa yg xmau woyy, kurang pandai laa org tu klu dia xmau pergi. sbb apa?? sbb first, tak kna bayar pown pergi sana. semua FREE. wani klau sbut je free, laju je.. haha. lepas tu dpt barang byk plak. barang yg paling mahal yg wani dpt adalah, BEG GALAS, T- SHIRT n MOUSE LAPTOP. weyyyy, memang alhamdulillah la kan?? ari tu wani nk beli mouse sbb mouse wani rosak. tp bnda alarh tu mahal sgt. so x dpt nk beli. and skrg, wani dpt mouse sebijik yg mcm wani nk beli tu tanpa keluarkan duit. alhamdulillah, rezeki rezeki ;)


HARI PERTAMA

..::..  bas sepatutnya bertolak pada pukul 8.00pg, tapi bas sampai kul 8.30pg. aiseymannn. :3
sblm bas sampai, sempat lagi wani g beli sarapan kat PETRONAS, lapar bayy.

bila bas da sampai. kami berpamitan dgn ckg HASLYANA, ckg prs kami, sebelum ke university tu, kami kena ke skola DAMANSARA UTAMA dlu, sbb nak g ambik pelajar2 skolah sana. aiseymann, sikitnya pelajar. 8 org jee.. skolah kami korg nk tau skola antar brp ramai?? 26 org, ramai owww. >.<
tapi satu je kesian kat dorg, sbb dorg g sana kena pakai baju skola, mesti segan, sbb sekolah lain semua pkai baju kasual. skola dorg je. kesian kesian kesian~ *simpati nie*

okay sesampai je kat MU, kami terus mendaftarkan diri. selesai mendaftar (kat sinila wani dapat beg apa semua), kami bergerak ke auditorium utk dgr sedikit taklimat. tapi i don't know sepatah haremm, coz why?? they speak in english laa. lngsng xde bhsa bm. i dah la low in bi nie :3
setelah selesai sesi yg membuat wani blur tu, kitaorg have a tea break. makanan yg disediakan sandwish and of coz ada air kesukaan wani MILO :)

dah abis breakfast wani ngn kwn2 ke workshop2 yg telah disediakan, wani msuk workshop WHY NO CREATIVE. best~ dia ajar mcm mna nk tngkp gmbr n mengedit. sambil belajar wani snapping2 gmbr.
wani bersama si tinggi, syaqrina.. nie masa kitaorg kat luar bilik workshop FACEBOOK,
hehehe, masa nie workshop tu blom start, tu yg kami sempat bergambar, yaaa,
wani tau kawan wani tu cantik, yg lelaki jgn tenung lama2 kay?? haha.
wani tau wani xcomel. tapi wani bersyukur dgn ciptaan yg ALLAH cipta utk wani ;)

haaaa, with SITIkus kat dalam workshop WHY NO CREATIVE. hehe
nampak tak kat situ ada komputer? while dgr apa yg pensyarah tu ckp,
wani ngn kengkawan sempat lagi on9 fb. hahaha, apa xnya
dah ada internet n komputer yg terbukak kat depan kami,
apa lagi?? FACEBOOKK !!! HEHE >.<











Wednesday, July 4, 2012

CERITA DISEBALIK LAGU 'SUDAH CUKUP CUKUP SUDAH'

Inikah caramu membalas cintaku
Kau nodai cinta yang ku beri
Inikah caramu membalas sayangku
Kau lukai sayangku untukmu.
C/ Teganya kau menari diatas tangisanku
Kau permainkanku sesuka hatimu
Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada hati gelisa
Cintaku kau balas dengan dusta
Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada batin tersiksa
Lebih baik ku pergi saja
Tlah berulangkali kucoba mengalah
ternyata sabarku tak berarti untukmu
Ulang
C/ 3x



Assalamualaikum reader, 
hari nie wani nak kongsi ngn korang kisah disebalik lagu SUDAH CUKUP CUKUP SUDAH.
hmm, xsangka lagu nie adalah kisah sebenar. dia bunuh diri kerana teramat kecewa bila mengetahui kekasihnya curang. hmm, minx2 dijauhkan laa. korg jangan sesekali buat perkara yg paling dilaknat kay?? kita hanya hamba ALLAH, kita tidak berhak mencabuli hak ALLAH. apa itu HAK ALLAH?? kita hanya menumpang,  nyawa kita hanya ALLAH saja yg berhak utk menarik. ada faham???
`
haaaa, ini lah kisahnya. check this out ~
Nirwana Band yang popular di Malaysia dengan lagu Sudah Cukup Sudah memberitahu lagu itu dihasilkan bagi mengingati sahabat mereka yang mati akibat bunuh diri dalam kejadian beberapa tahun lalu.

Vokalis kumpulan tersebut, Denis berkata, sahabat mereka amat kecewa apabila kekasihnya berlaku curang dan mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain sehingga menyebabkan kehidupannya menjadi sengsara.

“Sahabat kami ini baik orangnya tetapi dia mendapat teman wanita yang jahat kerana sanggup berlaku cura“Setiap malam dia menangis sehinggalah dia mengeluarkan perkataan “sudah cukup sudah..biarlah aku pergi saja,” membuatkan kami amat terharu mendengar luahan hatinya itu,” katanya kepada mStar Online ketika ditemui sini, baru-baru ini.Jelas Denis lagi, tidak lama kemudian, mereka mendapat berita lelaki berkenaan ditemui mati akibat membunuh diri sehinggalah mereka mendapat ilham untuk menghasilkan lagu berkenaan.

Katanya, ketika merakamkan lagu tersebut, dia tidak dapat menahan sebak apabila mengenang peristiwa tersebut yang berlaku akibat masalah putus cinta.

“Percaya atau tidak, saya menangis semasa merakamkan lagu itu. Saya benar-benar tak sangka sahabat saya mati akibat bunuh diri. Apabila saya mengilhamkan lagu berkenaan, saya benar-benar berharap contoh itu tidak dikuti oleh semua peminat saya,” katanya.

Sementara itu ditanya mengenai kehidupan mereka sebelum bergelar artis Nirwana memberitahu mereka hidup melarat termasuklah terpaksa tidur di bawah jambatan di negara ini.

Mereka juga pernah makanan nasi berkongsi lima kerana tiada sumber pendapatan lain akibat kesempitan hidup.

“Kami hidup melarat, tidur di bawah jambatan dan juga di tepi kaki lima jalan. Tapi itu semua pengalaman berguna untuk kami iaitu bukan mudah untuk menjadi seorang ahli muzik yang berjaya sebenarnya.


“Kami amat bersyukur kerana single pertama kami menjadi popular di Malaysia dan memasuki carta kebanyakan stesen radio disana,” katanya.

Selain Denis, Nirwana dianggotai oleh Henry (pemain dram), Arief (keyboard), Avew (gitar) dan Ekek (gitar utama).

Kumpulan berkenaan berasa dari Subang, Jawa Barat dekat sini dan merupakan kumpulan muzik yang sedang mencipta populariti di Malaysia.

uhukss :'(

Assalamualaikum readers,


apa khabar semua?? wani khabar baik disini, sebetulnya wani xtau ada ke org yg bace blog wani nie?? wani rasa mcm xada je, tapi xpew.  walau apapun wani tetap nak tulis jugak, manalah tau klu ada jugak ke org yg bace kan?? walaupun seorang pembaca sekalipun, wani xkesah. :)

hmm, sekarang da bulan julai. bulan baru, wani pown nak jadi NORSHAFAWANI BINTI ELIAS yg baru. wani x nk jadi wani yg sebelum nie, wani yg sebelum nie wani yg lemah, wani yg keaanak-anakkan. yg xmatang. wani yg selalu menangis. wani yg x kuat melawan rasa sakit akibat patah hati. tapi wani berjanji, kali nie, wani akan jadi wani yg baru. wani xnak dah merintih dan asyik termenung sepanjang masa.

wani nak lupakan kisah lalu wani, walaupun agak sukar utk melakukanya, but i have to. semakin sukar bila org yg wani nak lupakan tu satu sekolah ngn wani, sejauh mana wani boleyh melarikan diri drpd dia?? susah !! wani da byk kali melarikan diri apabila hampir terserempak dgn dia, tp xboleyh. skolah tu bukannya besar sgt, tup tap tip, jumpa ! addoihhh !!!! kadang2 wani rasa wani nie macam pelarian plak, sbb kalau setiap kali terserempak ngn dia, wani akan melarikan diri. :3


apa yg harus wani lakukan?? wani pown xtau :/
wani cuma berharap wani dapat lupakan dia. myra cakap, suatu hari nanti wani akan jumpa lelaki yg lebih baik drpd dia. cuma sekarang wani belum jumpa je siapa MR. RIGHT wani tu :)

MENGGILA :)

Assalamualaikum reader,

hey nak tau x wani ada kat mana sekarang nie?? now wani ada kat dalam bilik kaunseling sekolah bersama2 kwn wani, ktaorg ada keje sikit yg nak wat. buat apa?? nk tau ke?? sekolah kitaorg ada tubuhkan satu kelab yg dinamakan kelab persatuan pencegahan dadah (PPDa).. yeahh, itulah namanya. dan sebagai ahli, wani kena tolonglah pape yg patut.

antara kerja yg kitaorg buat adalah, wat carta organisasi, jadual bertugas, cari maklumat. antara kawan2 wani yg turut sama ada dalam bilik nie ialah FAEZNUR, AMMAR, ngan AMIR :D faeznur dia hebat dalam bab bab blogging2 nie. so dia uruskan bahagian blog. CHANTEKKK oww dia buat :) kay aq jelous :'/. hahaha, gediks je nk jelous jelous kan?? >.<

hmm, selepas siapkan apa2 yg patut, kami menggila kat dalam bilik nie. apa lagi?? snap2 gambarlaaa. nak tgk?? kejap ehh??


HAHA ! tgk tuu, wani wat tanduk kat ammar, padan muka dia,
siapa suruh selalu sakat wani, tgk faeznur plakk, serius je muka dia  mengupdate  blog skola kitaorg.
dia memang exspert dalam bab bab memblogging nie ^^y



yeahhh ! dorang kawan wani yg supporting, best oww wat keje ngan dorang,
sambil wat keje, kami sempat lagi snapping snapping gambar, kehkehkeh,
jangan tgk gambar wani. muka wani xlawa >.< 


hehe >.<  apa yg korg dapat tgk kat gambar nie?? nampak screen tu?? adoyaaiii. !
orang lain tgh wat keje wani sibuk berfacebook. hahaha. org kata apa? SAMBIL MENYELAM MINUM AIYAQ :P
jangan jelous ;P heyyy, diam2 tau?? cikgu kat depan tu bknnya tau yg wani tgh berFB. kalau x. creeekkk (potongleher) 


 haaaaaa, nie la yg wani buat ngn kawan2..
menampal nampal bahan didalam bilik PPDa. nie gambar  SEBELUM  kemas.
nk tgk yg dah kemas?? tgk kat bawah nie.


Wednesday, June 20, 2012

HARI NIE BIRTHDAY SI BUNCIT :D

Assalamualaikum dear reader, :D hari niekannnn  birthday si BUNCIT yg ke 16 tahun :D


HAPPY BIRTHDAY to you <3 may ALLAH bless you always. :)

Wednesday, June 13, 2012

FBF ( FACEBOOK FRIENDS )



assalamualaikum reader , ;)

arghhhh, ngap ngap. haha. hmm korang nak tau x?? kalau aq bosankan, aq selalu on9 fb. sebab dlm fb aq boleyh stalker profile dia, and aq ada ramai kawan. well act ada jugak kawan yg aq xpernah jumpa. tapi dorg baik sangat n juga peramah. n tak kurang jugak, ada yg sombong ngn aq. maybe kalau difikirkan dlm pandangan yg positif, act dorg bkn sombong, maybe malu kowt nk tegur org yg kita xkenal. nevermind. :)

tapi aq nie plak jenis yg terlebih peramah, org yg aq xkenal pown aq buat2 mcm da kenal lama. haha. bkn buat2, dsbbkan dorg sporting n happy go lucky, tu yg membuatkan aq selesa nk berkawan ngn dorg :D
tapi, hmm, baru2 nie aq ada buat keputusan utk tak selalu on9. sbb matapelajaran aq teruk. semua sbb aq lalai dgn fb. tapi rasa pelik plak klu xon9. dah 2 hari aq xon9. aq rasa mcm 2minggu xon9. kelakar ouhh. ish ish ish. *gelengkepala. dah kronik dah nie. haha
okaylh. nk siapkan kerja skola plak. muahh kat pipi korg :* bbyeee <3

HARUSKU TUTUP HATI INI BUATNYA :')

assalamualaikum reader :D

hmm, hari nie wani nak istiharkan, aicehh. haha. wani nak istiharkan yg wani nk lupakan dia. meskipun wani masih sayangkan dia, tapi wani harus cuba. :')
bukan wani xpernah xcuba nk lupakan dia n anggap dia sbgai kwn, tapi CINTA PERTAMA SUSAH NAK LUPA oiii..
maybe dia bukan utk wani, atau wani yg xlayak utk dia. dia baikk. tapi kalau dia marah. muka dia sangat menyeramkan. tp kalau dia snyum, haha comelll. cair hati wani. haha.

hari tu masa wani nk g beli milo ais kat kantin kan? wani terjumpa dia. hehe, guest what dia pown beli milo ais jugak. hehe. hmm, wani xtau knp masa tu hati wani berdebar2. nk ckp pown tergagap2. tapi wani buat selamba. cover cun balik. haha. kitaorg pown sembanglah, walaupun sekejap. cakap dgn dia pown leyh wat jari wani terketar2. hish apa ilmu dia pkai pown wani xtau. kalau la dia tau jari wani terketar2 masa ckp ngn dia. mesti dia gelakkan wani. haishh., abislahh malu aa nanti. :3

tadi masa kat skolakan, pss ada wat game chess, wani join. wani ajak err 'si dia' sekali. hehe. ingtlah nk lawan la ngn dia, balas dendam. sbb dia pernah kalahkan wani, tapi jadual perlawanan lain plak. so xleyh lwn ngn dia. :3 wani kalah. dia mng. nie yg sedeyh nie, tapi tu xpenting, yg wat wani happy tdkan, kitaorg men lawan kayu. haha. ala2 pedang gitu. gilaa. main kat dlm pss. matilah wani klu ckg ada. tapi dia kurang asam btol, knp?? adalah. kay sakit hati ngn dia -.- n disebabkan wani xpuas hati sbb dia buat wani. wani balas dendam, wani ambik file wani, wani hempok belakang dia. hahaha. dia nie kalau org buat dia, dia balas balik. grrr. wani pown apa lagi? bukak langkah angkt kakilah lari dr dia. kay sumpah malu lari depan adek2 td. tp nk wat mcm mna. wani tkowt kna bantai. dia kejar btol2. takowt wani, org bergurau, dia serius plak. wani pown lari nmpk cikgu, wani jalan sebelah ckg, kay pandai x wani? haha. tau dia takowt ngn ckg. wekkk :P
aduhh ! wani lupa, beg skola wani tertinggal kat pst sumber, :3 lepas dah tgk line clear ke x. wani pown g pss dgn harapan dia xde kat situ, haha. alhamdulillah. dia xde. selamat wani.. haha.

balik je umah, wani terus on9. tulis kena  kejar ngn SINGA COMEL. haha. wani bukak profile dia. n then wani ada bace status dia. yg nie. jap tau wani copy





Yer semua salah aku, aku suka seseorang pun salah, aku luahkan pun salah, aku berkongsi cerita pun salah, aku mengadu pun salah, aku mintak maaf pun salah..

# tapi Allah tetap bagi aku kesabaran # ^_^
 ·  · Yesterday at 3:22pm · 


bapak sedeyhhhh :'(  dia suka kat org lain, haha, kaykay xsedeyh da. wani, ko kena kuat! yaa, ko kena kuat, xleyh nangis2. buruklah weyh klu ko nngis, :)
maybe sampai sini jelahh. HARUSKU TUTUP HATI INI BUATNYA.

CINTA MEMANG INDAH,
TAPI CINTA JUGA SANGAT MENYAKITKAN :') kaydone. bbye :*
thanks for reading.

Sunday, June 10, 2012

SUNGGUH AQ TAK MAMPU :')

: it's hard to pretend you love someone but you don't, its more harder to pretend you don't love them but you really do :')

bak kata syera, ssh nak pura-pura menyayangi seseorang itu padahal kita x meyayanginya, tapi lagi susah nak pura-pura tak menyayangi seseorang itu padahal kita sangat menyayanginya :')

yaaa, aq xboleyh nak sembunyikan perasaan aq, aq xboleyh nk sembunyikan kenyataan yg aq masih menyayangi dan mencintai dia, padahal dia telah melepaskan aq sudah lama. 23.6.2011. aq xkan lupakan tarikh nie , tarikh yg membawa aq kenangan yg sungguh indah. kenangan merasai dicintai dan mencintai. aq bersama dia selama tiga bulan, bayangkan hanya dalam 3minggu aq mengenalinya, dalam 3 bulan aq boleyh mencintai dia. ttapi untuk melupakan dia perlukan masa yg aq sendiri xtahu bila. mungkin xakan pernah bisa. :(

hari nie 9.6.2012. lg 11 hari lg hari lahirnya. sungguh aq mahu mnjd org yg pertama yg mngucapkan selamat hari jd padanya.

tetapi untuk apa? ya Allah, andai tiada lagi tempat utk aq dihatinya, permudahkan aq untuk melupakan dia. dan andai jodohku bukan dengannya, aq percaya KAU telah memilih yg lebih baik untuknya. :') 

Saturday, June 9, 2012

SEBAB KNP AQ SAYANG DIA :')




Aq nak dia selalu ada untuk tegur kalau aq buat salah.

Friday, April 13, 2012

SAYA SAYANG AWAK :D




HEHE, sy ckp mcm tu sbb sy tau sampai bila2 matahari xkan jadi warna pink, so sampai bila2 sy akan sayang awak. dgr tuh ! , sweet x saya?? haha. jokejoke. iloveyousomuchbaby<3, 

Wednesday, April 11, 2012

CAPITAL I MUNCUL ;)

Assalamualaikum all reader,
hari nie aq nk cerita skit mengenai seseorg jejaka nie. aiceehhh, jejaka ?? hehe..

haish, berdobar pulak, entahlahh korg, aq pown xtau nk ckp mcm mna, aq rasa mcm aq da tersuke kat dia.
dia pown ckp dia suke kat aq, tapi, ada satu masalah. aq msh belum sepenuhnya lupakan mr. b*****. :'(
how can i forget him?? tapi aq da try lupakan dia n anggap dia sebagai kwn, n aq akn

Saturday, April 7, 2012

DIARIKU SHA ~

Asalamualaikum reader,



hari nie aq na cerita mengenai DIARI :)


         ya, diari, sesetengah gadis mempunyai diari utk mencatat semua kejadian2, kenangan2 yg berlaku dalam hidup mereka, memang tu fungsi diari pown, dan aq adalah antara gadis yg mempunyai diari, diari aq mempunyai nama, eccewaahh, well biasalah, semua benda aq nak bg nama, nama diari aq DIARIKU SHA. tak tanya?? well adakukeyshah. saje nak gitau laa. :p ouh yaa, ada yg tny knp bg nama DIARIKU SHA? knp?? SHA tu sempena nama aq, SHAFA. dalam diari aq, aq gelarkan diri aq wani.

        yang ada diari nie. apa yg korg tulis dalam diari korg??  mengenai cintaa?? pengalaman manis?? pengalaman pahit?? pasal korg kena marah?? pasal korg jumpa pakwe ensem?? aicehhhh.. hehe..
ramai yg tanya kenapa xtulis dalam blog je? ehh, mana boleyh, sesetengah perkara kitew xboleyh na share dgn semua org. biarlah menjadi RAHSIA antara aq ngn DIARIKU SHA ;)


            apa guna blog nie pulak kalau kitew dah ada diari?? well blog nie kegunaan dia utk berkongsi cerita yg berlaku dalam diri kitew jgak, tapi cerita dia umum, bknnya berbentuk privasi . sebagai contoh, kitew pergi
CAMERON HIGHLAND. contoh ye?? kitew tulis laa ape yg kitew buat kat sana, ape perasaan kitew semasa berada disana n sebagainyaa,, xterlalu privasi kan?? saje na berkongsi pengalaman ngn kekawan.
mana tau klu kitew ckp pasal tempat nie, esok2 dia na pergi jugak.

okeyh, sampai disini je ehh?? mesti korg ckp, mcm xde function je bdk nie update entri. actually ada sebab knp aq buat entri nie, nak ckp kat sesetengah org tu, jgn tulis bnda privasi kat dalam blog, sbb klu korg tulis, satu dunia boleyh bace, kan dah memalukan diri sendiri. maaf lah klu terasa, cuma na mengingatkan je . kay love u all <3






                                                                                                                            
  









Friday, April 6, 2012

SOMETHING HAPPPEN IN MY HEART..

assalamualaikum stalker,





       hey, hari nie kan, aq na citer pasal sorg budak nie, err actually aq pown xtau mcm mna rasa suka nie boleyh ada, padahal, kami baru je kenal tahun nie, actually thn lepas knl jgak, tapi mcm2 tu je. haish, takut pulak bila sukew kat dia, bkn apa, takut dikecewakan, takut patah hati. takut mcm2 laaa.

         sboleh2nya aq xnk bercinta lagi, tapi dia buat aq sukew kat dia ! dia sangat sweet, dia pernah mnx couple ngn aq, tapi aq xpasti dgn kesungguhan dia, so aq tolak :3
tapi itu x merenggangkan hubungan persahabatan kami, malah kami makin rapat.

         aisemannn, muka dia yg cute, ayat dia yg manis, wat aq jth cinton, tapi itu xcukup utk membuatkan aq lupe kat seseorg yg pernah aq sayang. he always in my heart. haha, tapi entahlah, xkan laa aq na sygkan dia selama2nya, dia pown da ada kehidupan sendiri, cinta x semestinya memiliki right?? :)
moga dia bahagia, n kepada awk, jgn wat sy sukew kat awk, gado jom?? :D

Tuesday, April 3, 2012

HANYA INGIN KAU TAHU ...

ku telah miliki,
rasa indahnya perihku,
rasa hancurnya harapku,
kau lepas cintaku,


rasakan abadi,
sekalipun kau mengerti,
sekalipun kau pahami,
ku pikir ku salah mengertimu,
aku hanya ingin kau tahu,
besarnya cintaku,
tingginya khayalku bersamamu,


tuk lalui, waktu yang tersisa kini,
disetiap hariku,
di sisa akhir nafas hidupku,

oww wo wo wo


walaupun semua hanya ada dalam mimpiku,
hanya ada dalam anganku,
melewati hidup,


rasakan abadi,
sekalipun kau mengerti,
sekalipun kau pahami,
ku pikir ku salah mengertimu,
aku hanya ingin kau tahu,
besarnya cintaku,
tingginya khayalku bersamamu,


tuk lalui, waktu yang tersisa kini,
disetiap hariku,
di sisa akhir nafas hidupku,



TERIMA KASIH UTK SEGALANYA, TERIMA KASIH KERANA
MEMBENARKAN SAYA MERASA KASIH SAYANG DARIPADA AWK
WALAUPUN HNY SEKETIKA, ITU CKP MEMBAHAGIAKAN SAYA. <3
oww wo wo wo...

Sunday, April 1, 2012

BERSYUKUR DGN KURNIA YG ALLAH BG :)

Assalamualaikum, hye stalker..



tajuk kali ialah BERSYUKUR DGN KURNIA YG ALLAH BG :)

        ada ssetengah org rimas ada adik beradik2 kan??
yelah, kena berkongsilah, bergado, sakit ati, adk beradik xdgr ckp, suka buat masalah,
tapi korang tau x?? sbnrnya korg beruntung sbb ada adik beradik. sekurang2nya korang ada teman, gado mcm mna pown, aq percaya korg akn berbaik semula. sbb apa? sbb bak kata pepatah ' air yg dicincang xakan putus' , seburuk mana pown dia, ingat ! dia tetap darah daging kita.

        sesetengah org yg xada adik beradik plak teringin nak adk beradik,
teringin na merasa berkongsi barang ngan adik beradik, na bergado, nak bermain, nak beraya samasama, yg boleyh tolong antara satu sama lain tak kira senang mahupun susah :/

          jadi , jika korang rasa benci ngan adik beradik korg, buanglah, buanglah rasa itu, sbb bila korg kehilangan adik beradik korang, korang akan rasa kehilangan.
yaaa, aq xnafikan aq jugak kadangkala bergado jugak ngan adik beradik aq, sbb dorg nie degil, tapi hati dorg baik. walaupun kami adik beradik bergado hebat. tapi bila tiba waktu malam, kami akan jadi seperti biasa, seperti tiada apa yang berlaku.

           dan contoh yg aq kata akn rasa kehilangan bila adik beradik tiada, aq pernah rasa, ia terjadi apabila abang aq pergi ke kem maritim, naik kapal layar selama 2 minggu. aq rasa rindu sangat ngan dia, sbb klu dia ada selalu kacau aq, klu x gado sehari ngan aq memang xsah. aq xdgr dia marah mmg xsah.  * hehe, abg arif klu bace blog adek wani nie, jgn na kembang idung sangat. suke laa tu owg puji. hehe :P

             contoh, adik beradik akn menolong susah sng plak dpt dibuktikan bila abg aq melindungi kami adik beradik bila ada org kcau, pernah suatu hari tu, ada budk baling batu kat kepala adik aq, sampai berdarah kpala adk aq, abg aq kejar budak tu sampai dapat, n memang terukk aa budak tu kna, aq g sana n suruh abg aq berhenti. aq takut lain plak jdnya nnti. APE POWN AQSAYANGABANGAQ ;)
adik beradik aq yg len plak, sanggup berjaga malam semata2 nak teman aq sbb aq xdapat tido, padahal waktu tu, kelihatan sangat dorg tgh mengantuk, aq rasa kesian sgt kat dorg, aq suruh dorg tido, tu pown dorg xnk sampai lah aq kata 'akak okeyh, jomlah tido, akk pown da ngntok nie' xsampai semnit dorang da tido. padahal waktu tu, aq masih xboleyh tido. aq berjaga seorg diri. takut menguasai diri bila kna berjaga seorg diri pd waktu mlm.

  nota kaki : jadi korang, bersyukurlah sbb ALLAH dan kurniakan adek beradek kat korg. sayangilah mereka. sbb kita adalah antara org yg bertuah sbb mendapat nikmat ini. :)

Saturday, March 31, 2012

4 BESTARI 2012 FAMILY :D

hye, assalamualaikum stalker, hari nie, aq na citerkan serba sedikit tentang classmate aq :) dia org nie semua sporting. n AQ SAYANG DORG !!

yang omeyh omeyh nie nama dia  ADILAH,  well dia comeyh, sangat memahami perasaan aq,
kadang2 suke ejek aq, jahat ! tapi dia baik. aq sayang dia. :)
OKAY, nama awek yg tgh tutup muka nie KHATIJAH
tapi org panggil CATHY. dia dulu byk ckp, tp skunk da  baik
kurang plak berckpnya, berjangkit kat aq plak. skunk aq plak
yg jd byk ckp. hehe :P cathy comeyh ;)

gadis cute yg berbaju merah nie, nama nya SYAHIRA
but org panggil dia SYERA, apa yg aq suke tntg dia ialah,
apabila dia malu, her face will turn red, that why org panggil dia MISS SAUSAGE ;)
btw, she cute right??

okay, okay, yg ini pulak FIRDAUS, but just col him PIDOT for short,
okayy, dr pandangan aq pidot nie seorg yg jarang berckp, tp xtau la klu ngn kwn2 dia  yg len
dia bercakap ke x. cuma dlm kelas jrg dgr suara dia :)

yeahhh ! this preety girl name is ALEEA AEUNIE,
you all call her ALEAA :) dia seorg yg bijak, speaking dia mantap ! tapi dia  ckp laju, ssh aq na kejar --'
btw, dia cantikkan?? ;)


yg kecik molek nie pulak, nNAEEM namanya . seorg yg mulut becokk. suka kacau aq
kadang2 bengang gak ngn dia, tp act dia nie baik. tu tgk laa tu, msj ngan awek lettew.   :P

okay, disebelah kiri korg ialah DR. AISHIELLA a.k.a ASILLA  n dsblah kanan korg pulak  AFIAH. :)
dorg berdua nie sgt rapat. mcm belangkas, well kwn baik la katakan.. ;)
korang berdua comeyhhh !


awek cun nie pulak nama dia, SUFIANAJWA,  she is inteligent girl,  very creative  and preety  also of coz,
and for your information, dia telah ditaken, so jgn na mengorat kay?? :P

 ahahhhh ! this boy, really noty boy, haha, xlah nakal mcm mna, suke mengusik. grrr --'
nama dia MURSYIDUL, tapi korg boleyh panggil dia MUSYIMUSYI, a.k.a MR. PASAI APO
dia nie boleyh dikatakan partner gado aq laa, suke sgt cari pasal. tapi dia baik.
tp hati2 ngn dia, dia suka mengorat. haha, kay joke. why so serious? 0.o

yg ini, FAREEQ nama dia. dak HOTT !  yelah selalu nek FIXIE, hot ler. hehe,
satu bnda yg aq suka tntg dia ialah, tulisan dia. tulisan dia semula jadi mcm tulisan taip. amazingg. ssh nak jumpa
tulisan mcm , btw he is kind boy and hot to ! haha :P

yang omeyh omeyh nie pulak, KENY KEFLON  namanya, ramai  peminat,
well , gadis cantik kan? no wonder la klu ramai yg minat dia. dia pandai jugak, kwn baik
CIK EYJA kita kat atas td,  :)

disebelah kiri, kitew boleyh lihat seorg gadi comeyh yg bernama  LIANA n disebelah kanan pulak, si comel yg bernama
AIN. mereka jugak seperti ASILLA n AFIAH, kwn bek, aq jarang borak ngn dorang, tp yg paasti dorg baik n sporting.
aq suke bila LIANA ckp 'bajet MACCO jeh'  macco mean macho. ada lah cerita dsblk bajet macco nie.
bia kitaorg je yg tau :)

abg macho kitew nie pulak bernama SYAZRUL,  u can cal him syaz :)
dia nie ahli silat lincah, jgn main gila, hati2. pikir dua kali kali klu na cari gado ngn dia.  :)
yang tinggi lampai nie pulak, SITI NAJEEHA, dia sangat becok, sporting n  xpeduli dgn apa yg org kata,
baik, pandai n heyy, dia nie comeyhh aa gak. hehe, :)

okayyy, sweet couple nie pulak bernama AFIF N ATIKAH. woahh, cantik an?? sama padan.
klu nak tau. dorg nie da couple selama 3 TAHUN. lama kan?? sgt kuat cinta dorg. aq doakan korg kekal sampai bila,
aq harap leyh merasa nasi minyak korg bila besar nanti :)
okay mengenai dorang nie, AFIF nie satu geng ngn AQ, SYERA, n SYIDUL, suke sgt bising. tp kami budak baik. kekeke,
xda si afif nie kadang2 bosan gak. klu xdgr suara dia dlm kelas, mmg xsah, ade
je lagu yg dia nyanyi utk team bola selangor dia tu, kadang2 sampai aq pown boleyh hafal lagu dia,
 ' GERGASI MERAH KUNING'
malas la aq na nyanyi.
ATIKAH pulak, seorg yg sangat cantik n lemah lembut, no wonder afif tertarik kat dia, :)
kami berkawan dr tingkatan 1. tapi tingkatan 2,3 dia bdk pandai, aq bodoh, kls bwh sikit dr dia. tp thn nie kami
sama kelas, xsangka plak :)

Friday, March 30, 2012

adakah aq sedang :'( ???

 soalan bodohkan??

       boleyh plak tny mcm tu..
hmmm, menangis?? itulah kelemahan wanita, hati mereka sgt sensitif, jika tercalar sedikit, terluka sedikit pasti akan mengalirkan air mata, aq juga begitu...
        aq menangis kerana hati aq telah terluka, act dia xsakitkan hati aq, tapi bila aq teringat balik knngan lama hati aq sebak, hati aq rindukan kenangan itu,
kenangan manis yg sukar utk dilupakan n dibuang. walau sedaya upaya aq lupakan, makin sukar juga na dilupakan,
      inikah balasan kerana bercinta diusia muda??  tapi tidak dinafikan ada byk hikmah dsblik semua ini,
cuma terkadang disaat aq sedang bersendirian, ada wajah yg muncul. sudah diusir, tapi ia tidak mahu berlalu,
arghh ! pergilah !!!
knp ?? knp byg awk selalu mengekori sy??
tiada jwpn utk soalan itu, awk pown xde jwpn utk itu,
         bila ke sekolah, sy berharap dpt melihat wajah awk walaupun sekejap, sekejap pown jadilah.
tapi kadang2 awk xhadir. sy dpt tau yg awk ponteng. knp?? knp awk jd mcm nie? mana awk yg dlu?
yg bersemngt dtg ke skola. awk yg 'skrg' da lain. da xmcm dlu. sy rindu awk yg 'dlu'...
mesti mama awk sedih klu dpt tau awk mcm nie, tolonglahh, tolong jgn hancurkan harapan mama awk, awk ank lelaki tunggal dia, ank yg dharap supaya berjaya suatu hari kelak, kejayaan ini bkn utk sesiapa, tp untk awk.. untk awkk ! mama awk da jlnkan tnggungjwb dia utk mnykolahkan awk, skrg giliran awk plak untk jlnkan tugas iaitu belajar...
          sy berckp sbgai seorg kwn, seorg kwn yg ingn kwnnya berjaya suatu hari nanti. bukan ke awk kata awk na jd Prof. Dr. ?? jd awk kna blajar btol2 utk mencapai cita2 awk.. sy harap cita2 awk tu bkn angan2 mat jenin...













notakaki : saya rindukan awk yg dlu :')

hello :D

hmm, hye. assalamualaikum semua,
dah lama wani x update kan?? semenjak xada internet nie, wani jarang bukak blog.. but, hari nie, wani kembali ada internet balik.. hehe, thanks kat abah sebab belikan broadband nie :)
haha, semua apa citer? sihat??
sorry laa, skunk blog wani da xda chatbox. xtau la mcm mna boleyh xde.
aish, terpaksalah buat chatbox yg baru dah laa blog wani nie x de tempat utk komen.







p/s : ada sesiapa yg lleyh tlg wani buatkan chatbox? wani xreti.. :/

RINDU MR. B

Asalammualaikum all staker,

hari nie aq nk kongsi sikit pasal perasaan aq..
hurm, i miss him so much ! dia pernah menjadi penghuni hati aq yg xpernah knl erti cinta ini..
walaupun hny seketika, ia sdh ckp menbahagiakan aq.. 'dekat tapi jauh' itu yg boleyh aq gambarkan situasi kami, kami dekat, tapi jauh. i just.. hmm.. i wish we can back like before. like a bestfriend :) i miss the old time memories. cukup manis utk dkenang n ckp pahit utk dibuang.






p/s : sy hrp kitew boleyh berkawan berlawan pantun mcm dlu :) aq rindu na lawan pantun ngan ko.

Saturday, March 3, 2012

I LOVE MY FRIENDS

Assalammualaikum, hye stalker..



ENTRI KALI NIE WANI NAK KENALKAN KORANG NGAN KAWAN2 WANI..
DORANGLAH YANG PALING TERBAEKKKK !!!!



dari belakang belah kiri : SCHA, PIKA, IMAN, NURIN, OBOY, FAZRUL, ANEP.
yang berdiri tengah2 tu : RAHIM
and last sekali yang duduk tu : AMIRA N SHAFA (that me  :D )
hey, lupe plak lagi sorang.. MYRA n AYEID.. dia xde kat situ sbb dia tengah tangkap gambar nie :) sian dia gambar dia xdak.. nanti kita tangkap gambar lain k?? kali nie MYRA n AYEID mesti ada dlm gambar tu.. :)



TIME : BUFDAY FAD :D

LOKASI GAMBAR DIAMBIL : SAUJANA APARTMENT

Tuesday, January 31, 2012

DA LAMA TAK BUKAK BLOG NIE :(

Hey stalker :)


apa khabar?? sihat?? da lama wani xupdate blog nie.. since wani da masok form 4 nie.. wani da makin sibuk..
hehe..lagi pown, wani xda masa na update blog nie.. sbb wani da xde internet kat umah.. so,wani akn update blog nie bila wani g CC je :)


okeyh.. wani na ceritakan pasal kisah persekolahan wani yg terbaru nie..
wani skunk ambik aliran ADD MATH, EA ngn PA.. subjek yg ssh tu.. lg2 add math.. fuhh.. tp dsbbkan wani minat na jd akauntan, wani terpaksa ambik aliran nie :)
hmm.. sbnrnye ada byk bnda yg wani na kongsi ngn sume.. tp masa xmengizinkan.. wani harus pergi skrg.. ada masa wani update entri baru k??


love u all <3

Thursday, December 29, 2011

bakal ditutup..

hey stalker, asalamualaikum..





hmm.. ada berita yg wani na sampaikan... xlama lagi blog wani nie akn dittup..
sbb ape?? sbb wani na buat blog baru?? sbb tu azam wani thn 2012 nie.. wani na wat blog yg wani sendiri yg buat..  :)

Thursday, December 22, 2011

RESULT PMR!!!

hye semua..
asalamualaikum...

ari nie 22.12.2011
hari ambik result..
ramai yg tny wani.. dapat berapa?? sampai x terlarat wani na menjawabnye..
wani na ckp tapi segan..
tp dlu wani da janji kan na ckp keputusan wani..
wani dapat 4A 3B 1C..
MATH - A
BM - A
SEJ - A
AGAMA - A
GEO - B
BI - B
SN - B
KH - C

.wani target 5A 2B 1C.. tp x tercapai.. tapi ape pown wani bersyukur sgt2 :)



orait.. wani kna out dlu.. time is out.. ada masa wani update lg k??
kpd kwn2 yg lulus.. tahniah k??
yg gagal.. jgn putus asa.. spm masih ada..
salam sayang,
shafa :D

Thursday, October 27, 2011

hey hey..

hye..

ASALAMUALAIKUM..

lama an wani da x update blog nie??
huhu.. bkn sbb ape.. byk sgt blog.. haha.. sekejap update blog nie.. kejap update blog tu.. hey.. sng2 yg follow blog nie.. follow la blog wani yg lagi satu nie.. shafawanisosecretpunye.blogspot.com .. jgn lupe follow tau..
wani pown xtau nape wani wat blog byk2.. act blog nie kwn wani yg design.. wani na try la wat blog sendiri.. hehe.. walaupun xberapa mahir lagi dlm bab2 blogging nie... tp sedikit sbyk tunjuk ajar dr kwn2 wani , wani leyh wat blog sendiri tnpa bantuan.. hehe.. :D

tp kadang2 klu x faham, wani mntak tolong kwn2 gak..
tp yg byk membantu kwn wani yg sowang nie la.. sape org tu?? adelah.. hikhok.. ;)

ckp pasal seseorg tu da lama wani x dgr cter dia.. hari nie baru dgr.. tp dia mcm da len la.. hurm..
xpew la.. perasaan je kowt = ='
k.. kalau ada cter baru.. wani story kat sini lagi k?? ehh jgn lupe follow tau?? bbye .. <3

Friday, September 30, 2011

PMR.. penentu hala tuju kami..

hurm.. 4 more days.. 4 hari bukan 4 bulan yer..

nak bace buku ape semua tu da x de maknanye dah.. skunk nie satu2nye yg leyh tolong kita dgn berdoa, usaha.. buat latihan ramalan yg cikgu bagi.. insyaALLAH.. akn masuk dlm pmr..
aish.. aq takowt la.. PMR oh PMR.. semoga aq dpt kptusan yg baik lah kan?? i harap x de gagal.. aq x mo gagal..

kepada kwn2 yg tersakit ati dgn perbuatan aq scara sngja atau xsngaja.. aq mintak maaf atas segala kesalahan aq.. hope korang maafkan aq.. n wish me luck in PMR.. :D

n kpd semua calon PMR.. good luck for u all... ;D

Monday, September 26, 2011

CARA UTK MENGETAHUI SESEORG ITU MAHU BERBISIK..

  1. Dia akn merendahkan suaranya dari kebiasaan..
  2. dia akn merapatkan dirinya kpd kita..(ada jarak k?? x lah rapat sgt.. pk lain plak..ish3..) :P
  3. dia akn merapatkan bibir ye ke telinga kita.
  4. lalu membisikkan sesuatu.. ("weyh.. ko kentut erk??")
  5. hhehee.. itu akn mengelakkan kwn drpd mendapat malu.. kan segan kwn tu klu kita tny dia kuat2.. org len mesti dgr an?? jatuh ar standard..

RINDU LORH...

HUHUIIII..
wah.. dah lama aq x update blog an?? rindu plak.. erm.. jap erk?? let see ape yg aq na tulis dlm entry aq kali nie..

okeyh.. kali nie aq na cter pasal PMR.. korang nak tau lagi berap hari lg nak PMR?? i think dlm 9 hari mcm tu lagi lah.. kejap je kan?? hah.. pejam celik, pejam celik.. dah nak PMR.. persedian?? 88.99% kowt.. hehe.. kita harus yakin walaupun aq x berapa yakin.. hurm.. doakan aq yer?? aq ngah nervouse nie.. sebut je pasal PMR mesti aq jadi mcm nie.. urghhh..

somenyeksakan.. :3

skunk dgn bantuan tuisyen an?? aq rasa aq leyh wat uhh.. thanks kpd cikgu2 tak kira sama ada d skolah atau pown di tuisyen.. jasa anda semua sgt sye hargai.. kat ibu abah jugak akk ucapkan terima kasih sbb telah memberi sokongan n dorongan kpd akk.

okeyh.. masalah kedua.. pasal pemohonan d teknik sg buloh..
er.. masalah2.. pening pala lah na pilih.. 1 suruh aq g teknik.. 1 suruh aq skolah at sini.. arhhh..

peningkepala sangatsangat.. = ='

Monday, September 19, 2011

wohooo..

Tuesday, September 13, 2011

hukum memakai minyak wangi..


” Apakah hukum di atas terkena juga kepada perempuan-perempuan yang keluar rumah dengan memakai ’sesuatu ubat’ (seperti deodoron) untuk menghilangkan bau badannya yang tidak enak?”
Saya jawab, kalau ’sesuatu ubat’ yang dimaksudkan itu tidak menyebarkan bau wangi, maka tidaklah terlarang, bahkan mesti dipakai untuk menghindari rasa jijik orang-orang yang sering membuakant perempuan-perempuan rendah diri. Kalau ’sesuatu ubat’ itu menyebarkan bau wangi, maka tetap hukumnya terlarang. Akan tetapi kalau ’sesuatu ubat’ itu hanya sebentar sahaja menyebarkan bau harum/wanginya. Hendaklah ditunggu sehingga hilang (baunya), kemudian baru boleh keluar rumah. Demikianlah jawapan saya.

Sunday, September 11, 2011

SAYA HAPPY SGT HARI NIE

saye happy sangat hari nie.. thanks awk.. coz wat sye happy..
hehe.. kwn2 awk pown best gak.. sporting.. x berlagak.. best la kwn ngan kwn2 awk..
hehe.. raya tahun nie an.. bermakna betol wat sye uhh.. sbb tahun nie sye g beraya ngan awk n kwn2 awk.. hehe.. suke3..
hehe.. yg penting sye na awk tau.. SAYA.... SAYANGGGG.. AWK tau.. hehe..
jangan dok menggatai nan awek len.. awk menggatal.. sye smackdown awk.. hehe.. <3 ILY encik ANEP..

Monday, September 5, 2011

HURM... AWK NIE KAN..

Hurm.. ape awak nie.. kan sye ckp x leyh.. hurm.. kan da kena marah..
ape yg sye na wat?? perlu ke sye padam.?? tp sye syg na padam.. sye harap awk da x bukak da erk?? erm..

JEMPUT DATANG..

kawan2.. jemput la dtg umah aq.. tp x de duit raya la ye.. kuih raya ade r.. tp na best ag datang ar masa ibu aq wat openhouse.. kepada penggemar laksa.. nanti ada open house aq panggil korang erk?? datang tau.. ngee.. ehhh korang.. bila na g raya nie?? hhe.. aq na g umah ko.. ko.. n ko.. hhe.. sediakan duit raya byk2 skit erk?? kikiki.. hah.. kepada tok sowang nie.. jgn lupe.. belanja aq.. hehe.. x belanja.. aq smack ko.. :P
k cau.. na kmas umah.. nnti ada owg na dtg beraya.. :D