BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, March 31, 2014

LAST CATERING BEFORE GERAK PLKN :')


Assalamualaikum dear readers,

guysss. berdebarnya rasa. lagi seminggu je lagi. and wani dah nak gerak PLKN dah. hope semua baik baik je. semalam wani katering dengan si dia.
yeah. katering for the last time before wani pergi ;) happy sangat. rindu plak. hahahaa
hope you can wait for me sayang ;)


Thursday, March 27, 2014

I DON'T LIKE IT, BUT I LOVE IT :*

wani takkan lupa saat nie :* 


thanks syg. i know , dia mesti malu kan? hahaa. habis muka mcm korea je. tapi dia turut kan jugak. :*



230114 :*  Aliff Aiman    Norshafawani Elias 

MASANYA HAMPIR TIBA.

Assalamualaikum dear readers,

apa khabar semua? sihat? hope sihat semuanya. insyaAllah.
guys, lagi seminggu wani dah nak gerak PLKN. hmm. cepatnya. i gonna miss you guys.
nanti dah x boleh nak update blog dah. kalau kat sana ada makmal komputer. cun ah kan? hehe. hm.
feeling? excited plus sedih. excited sebab nak rasa hidup kat kem. sedih sebab terpaksa tinggalkan semua kat sini. tapi x pe. wani terpaksa tinggalkan mereka sementara waktu untuk berkhidmat demi  negara dan membina jati diri. insyaAllah. wani nak berubah jadi lebih baik. insyaAllah kat sana boleh mengubah diri wani :')
apa pun, doakan wani eh? thanks guys. love you :* okaylah. wani nak tidur nie. sebelum wani gerak PLKN. wani akan update lagi okay? see yaa.



salam sayang
- wani -

Sunday, March 23, 2014

2th MONTHSARRY ! ;)

#Np Dealova.

Happy 2monthsarry sayang :) i can't wait for today. going out with you. spent all my time with you.
kesian sayang. sekarang tengah berpenat kerja kat DC. hope dia baik baik je kat sana. hm.
mula mula marah jugak bila kerja. sbb hari nie nak keluar. tapi wani faham :)
okay. tepat pukul 12. :*

Thursday, March 20, 2014

BIG DAY !

Assalamualaikum dear readers,

today is the day, big day for me. hari nie result SPM akan diumumkan. ya Allah. sungguh wani berdebar menunggu keputusan yang satu itu. hm. lagi berapa jam saja lagi sebelum wani pergi ke sekolah. tempat dimana wani menimba ilmu selama hampir lima tahun. wani harap wani dapat keputusan yang cemerlang. keputusan yang boleh membanggakan dan menggembirakan hati ibu dan abah :') and kepada batch 96. goodluck for your result :) kita dah berusaha sehabis mungkin dan sekarang tugas kita hanya berdoa dan tawakal :) insyaAllah. kejayaan milik kita, wani rasa tenang sikit sekarang. wani perlukan doa dan restu ibu dan abah. :)

Sunday, March 16, 2014

NEED SOMEONE WHO CAN UNDERSTAND ME.

Assalamualaikum dear readers,

how are you guys? sihat? alhamdulillah ;) wani?
ermmm, xberapa nak sihat. hati tengah luka lara. aicehhh. ayat xmau kalah kan? hahahaa :')
hm, wani xtau nak luah kat siapa korang. xde siapa boleh faham wani. tapi xpe. wani xnak dorang faham pun. sbb dorang xkan faham. dorang xtau apa yang wani nak. dia xnampak apa yang wani tgh buat.
kadang kadang wani rasa penat. wani penat dengan cinta yang kebahagiaan dia hanya sementara.
wani sayang dia. kadang kadang wani tertanya. dia sayang wani x ehh? wani hanya mampu pendam pendam dan pendam. wani takut sampai satu tahap wani xberdaya untuk pendam lagi. wani kalau dah meletup susah. tapi selagi wani boleh pendam, wani pendam. cinta kadang2 menyusahkan kan? it drive me crazy. rindu itu menyakitkan. cinta itu melemaskan. tapi itulah wani rasa sekarang nie. yups. wani sayangkan dia. tapi.. jangan selalu uji wani. wani takut wani kalah. dah wani mengalah. tapi kalau itu yang dia nak. wani hanya mampu berserah. kalau dia bahagia tanpa wani.. kalau wani nie hanya mengganggu dia. wani akan pergi.. akan ! hm. bye. sayang korang ;) and of course. i love him.

Friday, March 14, 2014

MINGGU TERAKHIR

Assalamualaikum dear readers,

apa khabar korang semua? ada baik? sihat? kurang sihat? yelah, jerebu teruk sekarang kan?
dengan tak ada airnya lagi. payah nak buat semua benda dari segala segi. nak aeyakk pun susah. hahahaa

btw, minggu depan minggu terakhir wani kerja kat situ. semestinya wani akan rindukan adik adik kat situ. wani dah anggap dorang semua mcm adek sendiri. ada yang nakal, ada yang manja ada yang baik.
dalam masa 3 bulan wani berkerja kat situ. dah dua budak yang menangis sbb wani. hahaa. bukan buat apa pun. wani mengusik je. seorang perempuan. sorang lelaki. yang perempuan tu wani mengusik, konon2nya ada pontianak dalam tandas sbb wani mengilai sambil menyorok belakang pintu. lintang pukang dia lari. yang lelaki pulak wani ugut tak nak kawan, ek eleh. meleleh sbb wani tak nak kawan dengan dia. pulakkkk. nama adek perempuan tu hazwani, lelaki pulak adam. yang peliknya, budak yang kacau tu laa yang jadi rapat dengan wani. ingat dorang merajuk. tapi tak. wani nak pujuk memang x reti, so dorang pujuk diri dorang sendiri, kejam kan? tapi nak buat mcm mna. wani x reti nk memujuk. uhuks.

tadi, masa wani nak balik. adam sempat tanya wani. dia kata betul ke wani nak pindah? wani tgk muka dia sedih je, hmm. alahai. nie yang lemah nie. wani cakaplah 'acik bkn nk pindah, tapi nk pergi PLKN, adam tau tak PLKN tu apa?' and dia cuma menggelengkan kepala. haihh, mcm mna nk terangkan. klu terangkan pun mesti dia xfaham. 'okay, mcm nie, acik nak pergi sambung blajar' :) pastu adam tanya, acik kerja sini balik x nanti? then wani cakapm 'tak tahu lagi lah dam.' 'adam suka kawan dengan acik tak?' 'suka'. adam suka acik kerja kat sini?' 'suka' 'adam sayang acik?' 'sayang' 'haha, acik pun sayang adam jugak, nnt acik xde jgn mkn byk tau? minum air masak banyak sikit, jangan minum air manis. ingat nie?' 'ingat' 'goodboy, camni ah adek acik ;) *cubit pipi dia' adam hanya tersengih. aduhai. mesti wani akan rindukan budak montel nie. :') plus wani akan rindukan moment nak main sabun pungpang dengan pinggan kat dapur dengan ekah.
btw korang, nanti selama wani ke PLKN, wani mungkin xkan dapat update blog dah. tapi kalau rindu, baca ah post wani yang lelama. haha :p gonna miss you guys too.  nanti wani balik dari PLKN, wani update semua aktiviti wani kat sana eh? just wait :) okaylah. wani pun dah ngantok nie. nak tidur. esok cuti. so nak tidur puas puas. hehe. yeayyyy :* goodnight. Assalamualaikum.

Tuesday, March 11, 2014

PRAY FOR MH370

Assalamualaikum dear readers,

Malaysia digemparkan dengan kes kehilangan jejak pesawat MH370 MAS. pada 8.3.2014 yang lalu,
dan sampai kini kita belum menemui kapal terbang tersebut. ramai yang tertanya2, kemana pesawat itu?
ada yang kata, pesawat itu terhempas. tapi sehingga kini jawapan masih belum ditemukan. operasi mencari dan menyelamat masih lagi dilakukan. diminta jasa baik korang semua supaya berdoa agar mangsa dalam pesawat itu selamat. selagi kita tak dapat jawapan yang sahih, selagi itu kita masih ada harapan. insyaAllah. atas Izin Allah. #PrayForMH370

SAYANG APA KHABAR DENGANMU? ;)

Sayang apa khabarmu,
disini ku merindukan kamu,
ku harap cintamu takkan berubah,
kerna dirimulah semangat hidupku,
sayang apa khabar denganmu,
cubalah kamu telefon diriku,
ku rindu dengar suara indahmu,
kerna disini ku tetap untukmu ~

Heyy heyy, Assalamualaikum dear readers,

hehe. dah kenapa tetiba nyanyi lagu shae nie kan? nie kes rindu punya pasal ah nie, eteteteee. ngada, puipuipui..

haih. tak sabarnya nak nak tunggu 23 nie. asal lambat sangat. banyak yang wani plan. tapi.. wani takut dia tak suka, mana tau dia malu ke? erghh. optimis wani optimis. tak apalah. try lu, insyaAllah. mana tau dia suka kan? hehe. act wani nak buat sesuatu yang dia tak boleh lupa. wani nak dia ingat kenangan nie. wani nak dia jadikan kenangan nie kenangan paling manis dalam hidup dia. sbb wani dah plan dah lama dah. hehe. apa dia? nak tau apa yang akan jadi nanti? just tunggu entri pada 23 hari bulan nnt. ;)

Monday, March 10, 2014

HMM, TERASA.

Assalamualaikum dear readers,

hm, hm, hm, T.T wani nak nangis boleh?  hahahaa. hm. tak de lah. gurau je. benda kecil je buat apa nak nangis. :/
cuma wani sedih sikitlah.. wani harap dia dapat datang masa wani ambil result tu. hmm. xpelah. bye.

SWEETDREAM EVER :*

Assalamualaikum dear readers,

guysssssss, wanna know something? tadikan. tadikan tadikan... hehee. tadikan, wani mimpi indah gila gilaaaaa. peh peh pehhh. sweet doe,

hehe. wani mimpi yang time wani pergi ambil result SPM, wani dapat keputusan yang cemerlang. insyaAllah, semoga wani betul2 dapat keputusan yang cemerlang. orang pertama yang wani peluk of course la Ibu :* and you know what? apa yang sweet sangat tu? wani mimpi yang si dia, bawak teady bear kecil comel, datang kat wani and say, congratulation sayang. :* auwwwww. hm. tapi tu cuma mimpi je. hahaaa. kalau lah betul2. kompem wani nangis kat situ. hoho. k ahhh, nk text kesayangan jap. bbye :*

JANGAN MAIN GILA.

Assalamualaikum dear readers,

hey hey heyyy. hehehe. hai korang, wani baru balik dari Sg. Buloh nie. ohoks.
nak tau tak? tadikan ada kejadian yang agak kelakar bagi wani. hoho. nak tau?
nak tau ke nie? betul nak tau? hahaa. k k k . ileks, nak bagitau lah nie,


tadikan wani nak g buat buku akaun BSN. masa tengah lintas kat depan bank tu,
ada orang buat bunyi 'tikus' kat wani. kononnya nk ngorat. ceh. pehlis laaaa. erghh. wani pun jeling ahhh, dia sengih. time tu wani tengah jalan sekali dengan ibu, tgh dok jalan tetengok ibu dah ada kat tempat lelaki tadi. wani cam dah dapat agak. mamat tu mesti kena sembur punya dengan ibu. nahhhh, sekali betul kena. ibu wani cakap,
' kau bunyi kat siapa tadi? ' tiga kali ibu tanya. suara garang., abang tu tergagap gagap jawab, dia kata buat kat member dia. masalahnya tak ada siapa pun kat situ. ceh. wani kat belakang dah terkekek2 gelak. hah. padan muka. gatal lagi. :p

then ibu datang dekat wani. time tu wani dah gelak barai dah, hahahahaa. ibu tanya, dia bunyi kat akk kan? wani pun cakap, entah dia. mana akk tau. then ibu cakap, kalau ibu tau dia buat kat akk, ibu dah bantai dah dia tadi, wahhaahahahah. wani dah tergelak dalam hati dah. haaa. jangan main gila sama wa punya mak. dia memang cukup jaga., so siapa yang main main dengan anak dia. jagalah ~ hahaa.

Saturday, March 8, 2014

OVER THINKING.

Assalamualaikum dear readers,

hmm. korang.. wani kan.. hm, entahlah. wani pun tak tahu macam nak tafsirkan apa yang wani tengah rasakan sekarang. semenjak wani dapat tau yang wani dapat panggilan kedua utk PLKN nie. wani banyak fikir. fikir apa yang akan terjadi sepanjang 3 bulan wani tak ada kat sini nanti.
berjauhan dengan family. berjauhan dengan si dia. sometime i think to much. over thinking. how if dia berubah hati. atau wani yang berubah hati. tapi.. wani yakin, hati wani hanya ada nama dia. wani mengaku wani senang suka orang, tapi bukan senang jatuh cinta. but when i'm in love with someone, i just love him. only him. no one else. wani harap dia pun mcm tu.

wani harap dia ikhlas sayangkan wani. if don't. just let me go. wani nak hubungan yang berlandaskan keikhlasan bukan kasihan :') dan wani ikhlas sayangkan dia. wani terima segala kekurangan dia dan kelebihan dia. i don't force myself to fall to him. i'm just.. fall.

i miss you.

Thursday, March 6, 2014

WHEN I'M GONE.

Assalamualaikum dear readers,

hehe. finally, wani tau jugak kat mana wani kena 'campak' untuk latihan khidmat negara nie.
baru pagi tadi wani check. okayy. and yess, wani dapat panggilan kedua.
kat mana? jap eh?? tengok gambar kat bawah nie :)



haaa. dekatkan? kawan wani kebanyakkannya dapat kat Pahang. wani je sesat kat Selangor.
tapi apapun. wani bersyukur sangat tempat wani tak jauh. so ibu dengan abah boleh lah selalu melawat wani. hehee :*
act, wani rasa berat jugaklah nak pergi PLKN nie. nak kena tinggal family, lover and friends, uhuks. berat berat. tapi nak buat mcm mana. wani antara insan yang kena pergi. tapi tak dapat dinafikan yang wani teruja jugak nak pergi. nak rasa pengalaman baru, mungkin wani akan jadi lebih baik lepas pergi sana. mana tahu kan? wani hanya mampu mendoakan semoga Allah menjaga orang orang yang wani sayang disini sepanjang ketiadaan wani nanti. wani harap bila wani pergi PLKN nie boleh merubah diri wani. dan target utama wani ke sana nak turunkan berat badan. hahaa.

Wednesday, March 5, 2014

RESULT SPM 2013 HAMPIR TIBA !

Assalamualaikum dear readers,

okayy. post kali nie about RESULT SPM 2013 yang akan keluar pada tarikh 20.3.2014.
oh am jie !!!! wani tak bersedia lagi ah. takut, cuak, bimbang, nervous, teruja semua cukup. wani takut akan kecewakan ibu abah wani. tapi apa yang wani tau, wani dah buat sehabis mungkin. yang the best utk SPM nie. insyaAllah. semoga Allah memberi kejayaan kepada wani dan rakan seperjuangan.
ya Allah. semoga Norshafawani Elias dan sahabat2nya mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM 2013 ini. berikanlah kami kejayaan atas usaha usaha kami.
yang wani target tinggi lah kan ? subjek bm of course, agama, ekonomi asas, sejarah and bi. math and sains, so so, tapi wani rasa sains spm tahun lepas agak senang ah jugak. insyaAllah boleh. dapat A- pun jadi ah. asalkan A and lulus. ya Allah, sungguh wani berdebar menanti keputusan nie. uhuks :'/doakan wani eh semua? :')

target 5A 2B 1C wani ambil 8 subjek je. 1 subjek wani xhadir. iaitu addmath, sayangkan? tapi nak buat mcm mana? redho je laaa.