BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, February 26, 2014

WA SAYANG LU :*

sebulan.. genap sebulan..
wani sayang dia. wani nak dia jadi yang terakhir. insyaAllah. :*
baru sebulan? hehe. ek eleh. biarlah :p insyaAllah sebulan, 5 bulan. 1tahun. 10 tahun. 25 tahun. 50 tahun dan sampai syurga wani dengan dia ;) insyaAllah.

YOU ARE MY WORLD :*

Assalamualaikum dear readers,

post kali nie wani nak bagitau kat korang, yang wani sayang sayang dekat wanita ini. she is a great woman. :*
and she is my mom. i do love her. i love her more than i love myself.
she is the number one for me.



tadi, sebelum wani start tolong ibu kat dapur, wani sempat pasang lagu kat youtube, bertajuk "Number One For Me - Maher Zein. and i said ' this song is for you my love' :*
tetiba wani nampak mata ibu bergenang. hmm. why dear? :') then ibu cerita, pasal mcm mana susahnya nak lahirkan wani dlu. ibu kata ibu ingat ibu akan pergi lepas lahirkan wani. no no. do say that :'/ ibu kata wani dah cukup bulan, tapi x keluar keluar lagi. ibu takut wani mati dalam kandungan, so ibu kata kat doktor, ibu nak lahirkan wani jugak. maksudnya, paksa utk keluarkan wani. hmm. doktor bagi ibu ubat. hmm. doktor kata wani mati dalam perut. ibu tak percaya, sbb ibu dapat rsakan wani masih hidup, ibu suruh doktor check sekali lagi and doktor sahkan wani masih hidup. heyy. doktor nie -.-
masa ibu cerita sambil menahan sebak, wani peluk ibu dari belakang dan cium pipi ibu. 'thanks ibu' akak tak mampu nak cakap apa. pengorbanan ibu besar buat akk. i'm sorry for take a granted of you. i'm sorry because always making trouble to you. akk selalu susahkan ibu. hmm. only God know how much you mean to me, :') ya Allah. berikan aku peluang utk berbakti pada ibu dan abah, semoga Norshafawani binti Elias mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM 2013.  dan dapat melanjutkan pelajaran yang lebih tinggi. amin. wani nak kerja dan bantu ibu abah. ya Allah, wani tak nak jadi anak yang lupa diri. wani nak jadi anak yang soleh dan selalu berbakti utk orang tua wani, dan jadilah wani hambaMu yang taat dengan perintahMu serta menjauhi laranganMu, berikan wani jodoh yang baik baik, dan mampu membimbing wani ke jalanMu. wani tak minta sebaik ustaz. wani hanya minta jodoh yang boleh menyayangi wani seperti wani menyayangi dia. boleh menjaga wani seperti abah menjaga ibu, boleh menjadi bapa yang bertanggungjawab kepada anak anak wani. ya Allah, wani sayangkan Aliff Aiman, wani ingin dia menjadi yang halal utk wani, tapi jika nama dia bukan ditakdirkan utk wani di lohmahfuz, berikan dia wanita yang lebih baik daripada wani. dan semoga dia berjaya dalam hidup dia. :')

Wednesday, February 19, 2014

MACAM KEJAM JE? MACAM JAHAT JE? NAKAL DIA NIE ~

Assalamualaikum dear readers,

uhuksss. okayy. post for today is about kejadian kat tempat wani kerja. pagi tadi punya cerita. haiyoo.
terasa kejam, jahat pulak wani nie. uhuksss.

alkisahnya cenggini. wani pergi tandas,.... apa? asyik asyik citer pasal tandas? hahaa. kan? tak habis habis dengan tandas. mcm xde tempat lain je kan? post sebelum nie pun kat tandas jugak. haiyooo.
dah dah dah. wani nak cerita nie. diam dulu.

cerita dia bermula bila wani tengok bebudak nie seronok sangat main kejar kejar dlm tandas, tau ah tandas tu besar. tapi kalau tergelincir acano? plus bising pulak tu. haih. then, tetiba ada idea nakal muncul dalam otakk. tinggggggg *tanduk sudah keluar.* hahhaaa. wani sembunyi belakang pintu bilik air, then buat suara mengilai. berlari lintang pukang dorang keluar dari situ, hahahaa. okay stop sampai situ.

lepas tu, time wani tengah berniaga. ada sorang budak perempuan nie datang kat tempat wani,
dia tanya, "akak, tadi akak ada g tandas tak?" then wani pun jawab ah "ada, kenapa?"
then dia tanya lagi "akak ada dengar suara pelik tak? suara hantu?" wani pun balas " ada, ada.. uish seram"
adek tu kata " tu akak yang buat kan?" wani pun serbasalah nak jawab, karang kalau wani tipu, dorang takut pulak nak masuk tandas tu. then wani pun mengaku " a ahh, akk yang buat, akk saje je bergurau. hehehe"
tetiba adek tu merengek sambil berkata "alarh akak nieeee, buat orang nak menangis je :'(" dan itu budak mula menangis, adoihhhh. serbasalah dibuatnya, wani bergurau je, takkan takut sangat kut? alahai. maknanya suara wani sebijik macam hantu lah eh? hahahaa. aduh jahatnya wani buat bdak menangis tanpa niat. adohai. maaf ye dek? akk bergurau je. habis lah wani, jadi akak kantin most wanted kat situ., hoho. xpelah. kalau wani jumpa adek tu, wani minta maaf kat dia lagi, act kat semua budak yang lari lintang pukang tu lah. ish ish. kesian ~

Monday, February 17, 2014

FLIRT WITH HIM, I KILL YOU.

Assalamualaikum dear readers,

wani pernah janjikan yang wani nak kenalkan insan yang mendapat tempat dalam hati wani kan?
okayy, hari nie wani nak tunaikan janji wani, siapakah gerangan Mr. DoubleA wani tu ;)

inilah orangnyaaaa. heyy, tengok sekali pandang je tau? jangan tengok lama lama, nanti wani jealous. hahaa
joke. korang boleh pandang je. tapi dia wani punya ;p hey hey. nampak tajuk tu? flirt with him, i kill you. hahaa.



Aliff Aiman aka Lelep aka Mr. Dragon aka Cinta :*

apa yang wani suka tentang dia ialah, dia nie comel sebenarnya, hahaa. lesung pipit dia tu yang xleh tahan tu. cair bakk hang :'3 perangai dia, penyayang, ada sifat pelindung, tapi dia nie degil tau ! geram ! kengkadang rasa nak tumbuk je. hahaa. kenapa wani cakap dia penyayang? sbb hari tu wani pernah tgk dia dengan budak budak. ade budak comel tu datang kat dia. dia senyum kat budak tu sambil hulur tangan, budak tu sambut tangan dia then dia bawak g kat mak ayah budak tu, wani tengok je dari jauh. dalam hati wani mcm dah lemah iman. hahaa. kuatkan wani kuatkan. sweet sangat :*

btw dalam banyak banyak gambar, wani paling suka gambar dia yang nie, nampak handsome, cute and banyak lagi, senang citer wani suka gambar dia berbaju melayu. caiyak bak hang. hahaa

tapi, ada banyak benda yang mengusutkan kepala otak wani, wani cuma nak dia tau yang wani sayang dia, sayang sangat sangat, andai ditakdirkan jodoh wani dengan dia, wani harap Allah satukan dan tetapkan hati kami. tapi, andai dia bukan jodoh wani, wani tetap mendoakan dia. mendoakan dia agar dapat pengganti yang lebih baik daripada wani. dan semoga dia dapat mencapai cita cita dia :') sayang, better awak jadi Chef. menjamin masa depan :)

je't aime Mohd Aliff Aiman bin Abdul Aziz :* I Love You For No Reason

'TERPERANGKAP'

Assalamualaikum dear readers,
 heyy heyy, whatsupp? hehee, lama tak dengar cerita kan? well? wani kan wanita ber'kerja'ya. hoho. busy. tak sempat nak update update bagai nie. hoho. keyekkk je ayat. hahaa.

okayy, tajuk post utk hari nie ialah, "TERPERANGKAP"

apa yang terperangkapnya?
okayy macam nie. bagi wani benda ini boleh dikategorikan sebagai cerita yang agak melucukan dan mencemaskan. agaklah jugak ~

kejadian nie terjadi kat tempat kerja wani, haiyoo. wani terperangkap dalam tandas senanya.
mcm nie ceritanya. tapi wani singkatkan je lah eh? xkan wani nak bagitau apa yang wani buat dlm tandas tu. tak senyonyoh namanya, hahahaaa.

selalunya wani guna tandas tu okay je., entah kenapa hari nie kunci dia cari pasal pulak dengan wani. haih.
dahlah wani sengsorang je kat dalam tu. bila otak wani memproses perkataan 'TERKUNCI" "PINTU TAK BOLEH BUKA" perkara pertama yang wani cuba buat ialah "RILEKS". rileks wani, wani rileks, tarik nafas, hembus, tarik, hembus, fuhh. okay dah rileks. dah rileks. wani cuba praktikkan balik kepakaran wani masa wani darjah 4 dulu., masa darjah 4 wani power dalam bab bab memanjat dinding nie. sebab tu wani pernah dapat gelaran "CICAKGIRL" daripada Hemavathi, sesedap hati dia je tukar nama wani yang sedap lama manis nie. haih. hahaa. lupakan. so, wani campak selipar wani keluar then wani pun berdiri atas tempat duduk tu, seterusnya cuba memanjat. tapi tak berjaya. dinding dia tinggi sangat, wani xsampai. dengan keadaan berat wani yang agak 'ringan' nie. lagi menyukarkan aktiviti memanjat. hmm, lepas puas memanjat dan puas mencalarkan lengan dengan dinding, wani give up utk memanjat. jalan terakhir yg wani buat ialah, buat 'Hi, Please Call Me Back' kat ibu and Ekah.

haihh. seboleh bolehnya wani xnak susahkan sesiapa. tapi apa boleh buat, nak panjat dinding xboleh. terpaksalah minta bantuan member. nasib baik Ekah call. then wani pun bagilah tau apa yg jadi kat wani nie. wani minta tolong Ekah sambil tergelak gelak. sempat pulak? dia pun gelak sama. eh eh. orang terperangkap, dia boleh pulak gelak gelak. wani gelak tak apa, tu cara utk menutup keresahan dihati. aicehhhh. ayat xnak kalah. hahaa
tapi kelakar jugak ah. elok elok wani letak fone, wani dengar ada orang masuk, dengar suara perlahannya, wani cakap. 'Tolong, saya terkunci' sambil ketuk pintu. haihh. suara Ustazah pulak kedengaran "siapa kat dalam?"

sekali wani dengar suara Ekah, dengan ibu. yang wani terharunya Ekah boleh pulak buat cubaan merempuh pintu. hahahaa. lawak siaaaaa. btw thanks honey sbb cuba selamatkan aku walaupun xjadi. aku hargai :*
kemuncak ceritanya, ibu dan ustazah pergi meminta tolong kat Ustaz Nasir. setelah beberapa kali mencuba, akhirnya pintu dapat dibuka. Alhamdulillah. terima kasih kat Ustaz Nasir, ibu, Ekah and ustazah. dan terima kasih jugak kat handfone wa. muah muah muahhhh. hehe. tamat. itu je ceritanya. moral of the story, sentiasa bawa handfone anda kemana jua. hahahaa. :p bbyeeeee.



salam sayang.
- wani -

Sunday, February 2, 2014

NEVER GETTING BACK.

Assalamualaikum dear readers,

heyy dah lama wani tak update post kan:? hahaa. i miss you guys too :*
apa cer sekarang? wani busy dengan kerja lah sementara tunggu result SPM.
btw kali nie wani nak post about never getting back with ex.

pesanan buat my love, sebesar mana kita bergaduh, please, don't let me go, melainkan awak rasa kita betul2 dah x serasi, because once you say that, you will enable to take it back. and i will never getting back . because if he really love me, he will never be my ex. btw, i love you sayang. i will never let you go ;)